Tuesday, May 25, 2010

Semoga Sentiasa Dirahmati Allah s.w.t

Hari ni besday ibu Husna pulak. besday Husna same bulan dengan ibu die. Bagus gak tu. Leh jimat nak beli kek. ehehehe...Dulu susah gak nak ingat tarikh 25 Mei ni. Tapi sib baik tarikh lahir ayah aku dekat aje ngan tarikh tu, 26 Mei. jadi senang sikit nak ingat. Senang cite esok ari jadi ayah aku plak.

Tak tahu ape nak buat ari ni. Maybe gi kuar makan aje kot malam kang. Nak kasi hadiah pun tak tahu ler nak kasi ape. kang kasi mekap kang cakap kite perli muke die plak. Banje gi London or Slim World kang cakap aku perli perut die menggeleber plak. Adoi...dilemma lah mcm ni. Ni lah salah satu dugaan jadi suami yang soleh dan misali. muahuahua!

Oklah...permulaan ni terimalah lagu daripada suamimu yang misali ni. lagu daripada seberang. Nyayian Jamrud. Tajuk die Selamat Ulang Tahun. Sekali lagi, sape rajin gi google dan download. Pastu nyanyi same2. Mase nyanyi tu jgn lupe sound2 indon tu mesti ada.

"Hari ini...
Hari yang kau tunggu
bertambah satu tahun, usiamu
Bahagialah kamu

Yang kuberi...Bukan jam dan cincin
Bukan seikat bunga, atau puisi
Juga kalung hati

Maaf, bukannya pelit
Atau gak mau, modal sedikit
Yang ingin aku, beri padamu
Doa setulus hati...

Semoga Tuhan
Melindungi kamu
Serta tercapai
Semua angan dan cita-citamu
Mudah-mudahan
Diberi umur panjang
Sehat selama-lamanya...Amin...

Slamat ulang tahun..."


Happy besday syg...semoga sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Malam ni nak makan kat mane makanlah...asalkan jgn kat restoran bawah ni. dah nak termuntah dah makan kat sini.


Amaran : Berbaju kuning tu bukan aku.

Thursday, May 13, 2010

13 Mei - "Peristiwa berdarah"

13 Mei adalah satu peristiwa berdarah yang memberi kesan yang mendalam dalam diri aku. Pada hari tersebut doktor bedah perut bini aku sebab nak keluarkan Husna. Memang berdarah. "Peristiwa berdarah". Hari ini Husna genap 1 tahun. Selamat hari jadi Husna. Semoga hidup Husna sihat dan sejahtera selalu. Terkenang peristiwa semasa Husna dilahirkan.Sungguh manis. Walaupun berdebar-debar tunggu kat luar dewan bedah tu. Alhamdulillah semuanya selamat.


Ayah ada lagu untuk Husna. Lagu ni dah diubah suai. jadi takyah lah google. Mmg tak jumpe. ;). Sape yang tahu melodi lagu ni boleh nyanyi kuat-kuat.


"Engkaulah permata, anak kesayangan
Kebanggaan ayah dan ibu
Engkau dibesarkan dengan kasih sayang
Hanya yang terbaik untukmu
Menjadi harapan dimasa hadapan
Engkaulah anak yang cemerlang.. "

Hepi besday Husna.
Peristiwa setahun yang lalu.......
Ayah dan nenek memberi semangat yang padu kepada ibu

2 malam kat spital pastu kite checkout dengan senyuman. terutama dikaunter bayaran. ;)

Monday, May 10, 2010

Engkaulah Ratu Hatiku

Post kali ini ditujukan khas kepada para ibu terutama sekali kepada kepada Hjh Maimunah, Pn. Noorliana, dan Cikgu Noorsha.


Saya ucapkan selamat menyambut hari ibu kepada semua para ibu terutama sekali kepada ibu tersayang dikampung yang telah bersusah payah melahirkan, memelihara serta mendidik saya dengan baik dan penuh kasih sayang. Begitu juga pada ibu Husna yang kali pertama menyambut hari ibu pada tahun ini. Terima kasih kerana mengandung, melahirkan dan menjaga Husna dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Sungguh banyak jasa ibu hinggakan dalam Islam diletakan kedudukan ibu pada darjat yang sangat tinggi.

Sungguh banyak dugaan dan cabaran menjadi seorang ibu. Pelbagai ujian yang harus ditempuhi. Ada yang mendapat ujian ketika mengandung, ada yang yang ketika melahirkan, ada yang mendapat ujian ketika membesarkan anak dan ada yang mendapat ujian pada ketika anak telah dewasa dan berumah tangga. Tapi ada juga yang menghadapi ujian selepas anak buang air besar(Nama penerima ujian dirahsiakan). Terpaksalah ujian tu diserahkan kepada suami yang baik dan perihatin. Semoga segala ujian yang diterima dapat diharungi dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Sebagai seorang ibu, doa anda sangat mustajab dan mudah diperkenankaan oleh Allah s.w.t. Oleh itu berhati2 dengan apa yang anda minta dan anda niatkan. Walaupun terdetik didalam hati sekali pun ianya mungkin akan diperkenankan dengan cepat. Sebagai seorang anak, kita pun selalu mengharapkan doa dan keampunan daripada ibu kita sendiri. Walaupun sudah dewasa dan berkawin, kite tetap dahagakan doa ibu kite. Sampaikan bini bersalin pun mintak ibu doakan semoga selamat segalanya. Kalaulah ditakdirkan anak kite ambil pekse diwaktu ibu kite masih ada, memang kemungkinan besar kite akan harap juga doa ibu kite demi kebaikan anak kite.

Sangat akrab hubungan anak dan ibu sehinggakan hampir nak mati pun syaitan sanggup menyerupai ibu kite untuk memesongkan kite pada saat akhir kehidupan kite. Sebagai sebagai suami saya menasihatkan pada kaum hawa supaya klu boleh jangan ditanya pada suami anda siapa yang dia paling sayang. Sayang anda atau ibu die.Sudah tentu die akan sayang ibu die lebih daripada anda semua. Bayangkan anda ada anak lelaki. Anda mengandung, melahirkan dan menjaga die dengan susah payah hinggalah die dah kawen. Dan, pada satu hari anda terdengar menantu anda bertanya kpd anak anda, "sape yang abg sayang lebih? saya atau ibu? " dan, bayangkan anak anda menjawab. "saya sayangkan awak lebih daripada saya sayang ibu saya". Amacam? rase mcm kene toreh tak hati anda?. Jika anda tidak mahu hati anda sebagai ibu dilukai, anda jangan melukai hati ibu yang lain.

Selain mengucapkan selamat hari ibu dan membeli hadiah tanda penghargaan, kite juga patut sentiasa berdoa akan kesejahteraan ibu kite dan selalu menghadiah al-Fatihah kepada mereka. sedekah kan al-Fatihah bukan sahaja untuk para ibu yang telah meninggal dunia, tetapi juga ketika mereka masih lagi bernyawa. Kepada yang telah berkawen, semasa berdoa boleh diniatkan sekali kepada ibu dan bapa mertua masing2. Tanpa didikan dan perhatian ibu dan ayah mertua kite tak mungkin kite mendapat pasangan yang begitu baik dan serasi dengan kite.
Mengakhiri post kali ini saya menyeru kepada pembaca yang beragama Islam, marilah bersama2 kita menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah kite kepada ibu bapa dan mertua kite semua.. al-Fatihah...

Emak..

Emak,
walaupun engkau sudah tua..
tapi engkau masih lawa...
muka kau redup..dan bersahaja..
engkau tidak kenal erti putus asa...
engkau percaya betapa mustajabnya doa ibu..
sentiasa mengiringi langkah anak-anakmu dgn restu dan doamu..

Emak,
aku masih ingat..
kau marah dan pukul aku...
kau heret aku ke almari mu..
kau kata..
"lihatla baju-baju ku wahai anak aku...tiada satu pun baju yg baru...semua duit hanyalah utk mu.."
kau menangis tersedu-sedu...
kau kecewa kerana aku malas baca buku...
pada waktu itu aku masih lagi tingkatan satu..
kau terima byk betul komplen pasal aku...
dari cikgu-cikgu ku...yang jugak temanmu..
kau berasa sungguh malu...kerana kau juga cikgu di sekolah ku...

Emak,
aku tk kan lupa
kau mengamuk macam org kena histeria....kerana aku malas belaja..
"apa lagi yang kau mahu wahai anak??" soalan itu kau tnya..
"kau senaraikan sahaja...nnt emak dapatkannya...janji engkau rajin belaja.."
gaji yang kau dapat dari penat lelah kau bekerja, wahai emak
sumanya utk anak-anak dan rumahtangga..
kau tak ada perhiasan diri...
kereta pergi ke kerja pun buruk gila,bunyi enjennya macam lori..
kau tk pernah ada baju raya....asalkan anak-anak mu dapat sakan beraya..
setiap sorang...lengkap,baju raya,songkok raya,kasut raya,beg raya,kuih raya..etc..etc..
kau tk kisah kau nmpk selekeh..janji anak2 mu gumbira...

Emak,
smpai sekarang, kau masak sungguh sedap..
kadang2 aku rasa pelik...mcmne kau boleh masak macam tu punya sedap..
sudah la sedap..kau masak dgn cekap dan cepat..
kau mmg emak ku yang hebat!!

Emak,
kini anak-anak mu sudah dewasa...
kau katakan lah apa shj yg kau mahu wahai emak..
aku akan cuba dapatkannya..
tapi itu la masalahnya..asal aku tanya apa yang kau nak..
kau akan jawab..."tk de pape lagi..suma dh ckup dah...janji hidup kau bahagia..."

Emak,
walaupun aku sudah punya keluarga sendiri..
aku dah punya anak dan juga suami..
aku masih perlukan engkau wahai emak..sebagai penyeri hidup ini..
aku sungguh takut kalau kau mati..
hidup aku akan kosong tak berseri....
emak..percayalah..aku mmg cakap ini dari hati..

Emak,
Kini, kau sudah tua....
kedut-kedut pun sudah byk di wajah..
tk pe la emak..kedut pun kedut la...janji kau tetap lawa...
berbahagialah engkau wahai emak....
aku tak sanggup lihat kau terluka...
aku janji sampai mati utk jadi anak yg berguna...
dapat buatkan kau rasa bahagia dan gembira...
janganlah engkau menangis lagi kerana terluka...
kerana kalau kau nangis kerana terluka...aku akan rasa terseksa..

Wahai Allah,
Engkau tolonglah jangan ambil nyawa Emakku lagi..
walaupun aku sudah besar dan tua..aku tak puas lagi nak manja-manja..
dgn Emakku ini....
aku juga masih perlukan doa dari seorang ibu...utk mengiringi setiap langkahku..
dan juga aku masih tak puas lagi merasa setiap masakkan emak yg sedap itu..
Engkau jadikanlah emak ku seorang emak yang paling bahagia di dunia ini wahai Allah..
dia memang Emakku yang mulia...
Emakku yang lembut tapi hatinya waja...

Wahai Allah...sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Dan Penyayang..
Engkau Maha Mendengar..
moga-moga Engkau perkenankanlah doaku ini..
amin..

Wednesday, May 5, 2010

Dilema seorang pelajar PJJ yang telah bekeluarga..

Skang ni aku tengah choti semester...pertengahan bulan 6 atau awal bulan 7 baru mula kelas balik...itu pun kalau layak la naik semester 3...macam biase, aku harap aku lulus suma subject...dan layak naik semseter 3...semester 3 ni tk silap aku kena purpose tajuk utk project semester 4...klu tak lulus project ni..alamatnye tk dpt le viva..

baru satu minggu aku rasa nikmatnya choti hari sabtu dan ahad...fikiran aku mcm lapang gile dan rasa bebas sangat...aku rasa sang perchentaan pun sama...husna jugak..

selalunya sepanjang semester yang aku lalui..ianya berlarutan selama hampir 4 bulan...selama hampir 4 bulan ni, akan ada 3 subjects utk dihabiskan...1 subject ada 2 hari choti (sabtu n ahad) untuk study week..study week ni akan aku gunakan utk balik kampung atau attend kenduri kawin sedara mara..ataupun spend masa jalan2 kejap bwk husna...walaupun dpt jalan-jalan...tapi otak tetap berserabut...hati tetap tidak akan tenang...ye lah..terpikir exam n assignment...kadang2 mcm terasa mau pura-pura pengsan...sedar2 dari pengsan, lecturer akan ckp "tk pe lah..saya phm keadaan awak...awak tk perlu hntr assignment n amik exam...saya tulun kasi awak lulus shj.semoga awak cepat sembuh" perghh..best gila mcm tuh.!! hehe..tapi itu suma hanya angan-angan yang mmg tk mungkin jd kenyataan...sekali gus ianya membawa maksud :
selama hampir 4 bulan, hari sabtu dan hari ahad totally burn utk husna dan perchentaan..... :(

kau sebagai isteri dan ibu akan rasa dalam dilema untuk pergi ke kelas apabila :

  • rumah metua ada kenduri...so, suami ko terpaksa balik kampung sorang2...dah tentu la 1 kampung termasuk sedara mara dan orang kampung akan tnya "mana org rumah ko?", "mana anak ko?". Suami kau terpaksa menjawab satu-satu soalan tersebut sampai suami kau penat..yelah kena jawab benda yg sama..kalau 10 orang tanya..maka dia terpaksa menjawab 10 kali..kalau 40 orang=40 kali..dan begitulah seterusnya.Kau jugak akan rasa bersalah bila suami kau ckp "abg rase mcm nk bwk recorder je..so that..bile org tnya..abg bole terus play kn recorder tuh..tk payah penat2 nak jawab...adei! "..selain itu, kau juga akan rasa tak tenteram bila mana, di kelas kau terima sms dari suami ko yg bertanya dari kampung "agak-agak, hari ni ade chance tak kelas abes awal?"..ye la..sudah tentu la dia kat kampung teringatkan kat anak n bini diakan..anak2 buah riang-ria bermain-main tanpa anaknya...bila ko terima sms macam tuh, ko akan rasa kesian gila kt suami ko...
  • Adik Nikah...kau akan rasa nak nangis bila kau tak dapat attend majlis nikah adik sendiri sebab terpaksa attend kelas...masa adik kau nikah, ko ada presentation yg agak penting dan final exam..lepas je presentation session selesai, ko kena hadap final exam..pagi-pagi suma dah betolak ke KL (pengantin pompuan kt KL)..dan bila kau ke kelas..tinggala anak kau dgn bibik berdua di rumah...aku rasa mcm nak nangis time tuh weii..aku ckp kt husna "kesian kau nak..suma org attend pak ngah kawin..tp kau plk kene dok umah tinggal ngn bibik". ye lah.husna kan menetek lagi..takut dia meragam la pulak kalau ayah dia bwak jalan tanpa ibu...dan aku jugak menagis bile suami dan adik aku kasi MMS, gmbar adik n adik ipar time nikah dan time dah selamat nikah. Kau akan rasa macam TAK BEST giler dan serba salah sebab tak dapat attend majlis pernikahan adik sendiri.
  • Anak Demam..bila anak demam, sudah tentu la banyak ragamnya...kalau husna demam, dia asyik nak melekat ngan aku jek...asyik nak menetek...dan kadang2 nak aku baring-baring dgn dia...tengah-tengah dia sedap menetek, kau terpaksa stop kan, dan bersiap-siap pergi ke kelas...dah tentu la dia akan menangis kan??kau tinggalkan rumah masa dia sedang menangis-nangis.....aduhai! masa tuh aku akan kdrive ke kelas sambil air mata jatuh berjurai-jurai...hati takkan tenteram di kelas..dan susah jugak nak focus...tangan asyik sms suami..tanya macam mana keadaan anak...dapat tido ke tak..merengek ke tak...demam dah kebah ke tak..anak nak makan ke tak....etc...etc...rasa macam serba salah sangat..
  • Weekdays kau sungguh Pack..bila isnin-jumaat, ko banyak kerja gila kat opis...sampai terbawak-bawak balik kat rumah...malam kau spend 1 jam je dgn anak...anak pulak tido awal...alih-alih hari sabtu baru je nak main-main dgn anak kene siap2 pegi kelas pulak...hadoiiii!! sakit otak aku wei.
  • Hari sabtu or hari ahad itu ada final exam tapi kau tak prepare and tak baca satu hape pun...bangun-bangun je dari tido..kau terpaksa siap-siap pegi kelas untuk attend final exam padahal ko tak sempat baca 1 hape pun lagi...kau akan rasa macam mahu pura-pura mati....ataupun, kau akan rasa macam mintak-mintak la universiti ko dilanda banjir yg hebat dimana paras airnya setinggi 4 pokok kelapa...so secara automatiknya exam di tangguhkan...perghhhh! lega gila kalau mcm tuh...aku takut la aku fail utk subject strategic marketing wei...sbb aku jwb final exam utk subject ni cincai-cincai..pastu assignment dia aku hantar lewat 2 minggu...time tuh aku sibuk,teleconference+buat keje sampai malam sebab sistem nk launch...
  • bergaduh/merajuk dengan suami pasal issue balik kampung. bile kau dah bergaduh dgn suami kau...dan tak bertegur sapa since 1 malam...esoknya kau akan rasa malas gile pegi kelas...kau pegi kelas tk salam suami kau sebab ko marah atau pun kau merajukk...hati kau rasa mcm sedih/menyampah/sakit hati/pedih..etc..etc...kau akan rasa suami kau tk paham kau...dan suami kau pun rasa kau tk paham dia...apabila kau terpaksa pegi kelas dgn keadaan begini...aku jamin ko takkan boleh focus punya sbb hati tengah tak tenteram...

aku rase 6 perkara diatas la yg boleh menganggu perasaan aku secara extreme untuk kelas...aku harap-harap supaya lambat la masa berjalan...boleh aku spend masa puas-puas dgn anak dan suami..dapat jalan-jalan dgn riang ria...dapat tgk movie (weiii dah lame aku tk tgk movie dgn sang perchentaan ku weiiiiiiiiiiiiii..) dan lain-lain perkara yg semestinya best!!...bile kenang2 balik skang dh masuk 2nd week of may...terus lemah badan aku...hohohohohoho...tak sanggup la pikir bulan 6 ni..! aku tanya senior...semester 3 sibuk dia 3 kali semester 2...hadoiiiiii!!!

Memang betul la cakap ayah...orang yang belajar part time ni memang kena banyak-banyak sabar...kena pandai bahagi-bahagi masa...kena belajar erti cekal...aku pernah rasa menyesal sambung belajar...aku jugak penah rasa aku amik salah course and nak quit...aku pernah rasa menyesal tak sambung belajar awal-awal...dan macam-macam lagi yang aku penah rasa terutama time aku stressed...tapi aku bernasib baik...sang perchentaan tidak jemu-jemu memberikan sokongan...mak juga tak putus-putus kasi nasihat...ayah pulak sangat memahami dan banyak kasi tips dan panduan...setakat ni, dah 3 org quit..dengar2 1 org lagi nk quit..kalau betul yg sorang lagi nk quit..maka kelas aku tinggallah 11 orang..lagi sekali aku harap, aku tak buat master ni half-way..aku dapat abeh kan study ni on time...aku tak repeat paper....dan aku tak extend semester...

Wahai masa...lambatlah engkau berlalu sebab aku mau menikmati cuti ku...(chewahhh!)