Monday, May 10, 2010

Engkaulah Ratu Hatiku

Post kali ini ditujukan khas kepada para ibu terutama sekali kepada kepada Hjh Maimunah, Pn. Noorliana, dan Cikgu Noorsha.


Saya ucapkan selamat menyambut hari ibu kepada semua para ibu terutama sekali kepada ibu tersayang dikampung yang telah bersusah payah melahirkan, memelihara serta mendidik saya dengan baik dan penuh kasih sayang. Begitu juga pada ibu Husna yang kali pertama menyambut hari ibu pada tahun ini. Terima kasih kerana mengandung, melahirkan dan menjaga Husna dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Sungguh banyak jasa ibu hinggakan dalam Islam diletakan kedudukan ibu pada darjat yang sangat tinggi.

Sungguh banyak dugaan dan cabaran menjadi seorang ibu. Pelbagai ujian yang harus ditempuhi. Ada yang mendapat ujian ketika mengandung, ada yang yang ketika melahirkan, ada yang mendapat ujian ketika membesarkan anak dan ada yang mendapat ujian pada ketika anak telah dewasa dan berumah tangga. Tapi ada juga yang menghadapi ujian selepas anak buang air besar(Nama penerima ujian dirahsiakan). Terpaksalah ujian tu diserahkan kepada suami yang baik dan perihatin. Semoga segala ujian yang diterima dapat diharungi dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Sebagai seorang ibu, doa anda sangat mustajab dan mudah diperkenankaan oleh Allah s.w.t. Oleh itu berhati2 dengan apa yang anda minta dan anda niatkan. Walaupun terdetik didalam hati sekali pun ianya mungkin akan diperkenankan dengan cepat. Sebagai seorang anak, kita pun selalu mengharapkan doa dan keampunan daripada ibu kita sendiri. Walaupun sudah dewasa dan berkawin, kite tetap dahagakan doa ibu kite. Sampaikan bini bersalin pun mintak ibu doakan semoga selamat segalanya. Kalaulah ditakdirkan anak kite ambil pekse diwaktu ibu kite masih ada, memang kemungkinan besar kite akan harap juga doa ibu kite demi kebaikan anak kite.

Sangat akrab hubungan anak dan ibu sehinggakan hampir nak mati pun syaitan sanggup menyerupai ibu kite untuk memesongkan kite pada saat akhir kehidupan kite. Sebagai sebagai suami saya menasihatkan pada kaum hawa supaya klu boleh jangan ditanya pada suami anda siapa yang dia paling sayang. Sayang anda atau ibu die.Sudah tentu die akan sayang ibu die lebih daripada anda semua. Bayangkan anda ada anak lelaki. Anda mengandung, melahirkan dan menjaga die dengan susah payah hinggalah die dah kawen. Dan, pada satu hari anda terdengar menantu anda bertanya kpd anak anda, "sape yang abg sayang lebih? saya atau ibu? " dan, bayangkan anak anda menjawab. "saya sayangkan awak lebih daripada saya sayang ibu saya". Amacam? rase mcm kene toreh tak hati anda?. Jika anda tidak mahu hati anda sebagai ibu dilukai, anda jangan melukai hati ibu yang lain.

Selain mengucapkan selamat hari ibu dan membeli hadiah tanda penghargaan, kite juga patut sentiasa berdoa akan kesejahteraan ibu kite dan selalu menghadiah al-Fatihah kepada mereka. sedekah kan al-Fatihah bukan sahaja untuk para ibu yang telah meninggal dunia, tetapi juga ketika mereka masih lagi bernyawa. Kepada yang telah berkawen, semasa berdoa boleh diniatkan sekali kepada ibu dan bapa mertua masing2. Tanpa didikan dan perhatian ibu dan ayah mertua kite tak mungkin kite mendapat pasangan yang begitu baik dan serasi dengan kite.
Mengakhiri post kali ini saya menyeru kepada pembaca yang beragama Islam, marilah bersama2 kita menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah kite kepada ibu bapa dan mertua kite semua.. al-Fatihah...

0 comments: