Wednesday, June 30, 2010

Penat..

skang ini jam telah menunjukkan pkul 12.45 pagi..aku masih lagi berjaga mengadap pc ku ini..(cesss..macam cerita hantu le pulaak..hehe) malam tadi tido pukul 3 a.m. mata dah tak boleh angkat gile dah ni..tapi ku gagahkan juga demi mengupdate blog yang sudah beberapa hari tidak berupdate ini..

(aku menaip sambil diiringi oleh dengkuran beralun-alun sang suami yang kadang-kadang sungguh mendayu-dayu, tapi kadang2 terbatuk-batuk akibat tersedak air liurnya sendiri.)

owh..bulan june adalah sungguh sibuk..aku sibuk sampai berat aku dah turun dah..hari tuh attend kelas, ade budak cakap aku dah kurus,cengkung dan macam orang sakit..aku mcm tak percaya sebab setiap kali aku berdiri di depan cermin, aku rasa muka aku masih lagi ala2 lisa surihani...masih chomel, kiut, lagi manjaa...yehaaaaaaaaa!! hehe..

awal june, ianya dimulakan dengan kedatangan Laura(perghhh ayat), one of my team mate dari US.Dia datang jumpa aku kat sini untuk finalize kan sistem yang aku tengah buat ni..nasib baik aku tak kena datang sana..tak sanggup nak tinggalkan husna lama-lama(2 minggu tuh)...stok susu husna pun cukup untuk 3-4 hari..Laura mengalah and dia yang visit aku kt sini selama 2 minggu..Trip ni aku request dengan boss aku sebab dah tak larat nak discuss through teleconference..project ni dah delay 4 bulan dah..kalau tak dapat siap before end of august, abeh le aku kena sembelih ngn bos aku nnt..huwawaawawawa!!mampu kah aku?..kelas aku dah start dah ni.....adei..
gambar diagram tuh aku snap sebab aku malas nak salin..summary pasal tuh belum siap lagi..tetiba terasa macam kepala otak ni berserabut gila..

pastu, projek cendawan "the 2nd phase" telah start.banyak nye cendawan nak kena handle...kadang-kadang rasa macam mau berhenti kerja and focus kat cendawan 100%..cendawan ni ala-ala anak nombor 2 aku & sang perchentaan la..tiap-tiap hari kena tengok-tengok dan bersih-bersihkan..



husna pulak semakin hari semakin lasak..sekarang dia dah pandai merangkak.tapi dia merangkak sangat kelakar..kadang-kadang nampak mcm ala2 labi-labi yang tengah berenang di kolam..kekeke...penat gak aku ajar husna macam mana nak merangkak..akhirnya dia dapat juga walaupun agak terkedek-kedenk dan selalu tertonggeng-tonggeng, tapi jadi laa...daripada tak tau langsung.. gambar kt bawah ni husna tengah tergonggeng bila dia nk merangkak..sib baik nangis kejap je..kesian husna..tak pe lah wahai anak...practice makes prefect.. :)

husna jugak dah pandai menyibuk..asal ayah dia nak urut kaki je, dia mesti nak menyibuk..kalau tak kasi urut dia akan menangis..so nak tak nak terpaksa la layan kan ajee..hehe...bukan setakat tuh ajek. kalau ibu dan ayah pegi kutip cendawan..dia pun sibuk kutip jugak..abeh rosak cendawan bila husna yang petik..tak pe la wahai anak..dah besar nanti tolong ayah n ibu ye..husna anak sulung..anak sulung kena tough and strong... :)




p/s: kejap je dah bulan July..jom list down kan apa achievement kita untuk azam 2010.hanya tinggal 5 bulan lagi untuk 2010...harap2 suma azam kita tercapai.. amin..
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..
kecuali mereka yang beriman,beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran..
serta berpesan-pesan dengan kesabaran..
(Al'asr 103:1-3

Thursday, June 17, 2010

Kanak-Kanak Istimewa..

antara perkara yang paling benci untuk aku buat ialah menahan nangis..menahan air mata daripada jatuh adalah perkara yg sangat susah bagi aku...tapi aku benci menangis depan2 orang ramai..kalau menangis..mata jadi merah..muka pun sama jadi merah jugak...kadang2,kalau tak dapat control..siap sampai kuar2 hingus lagi..

tadi, aku pergi ke sini bersama-sama dgn team member..big2 boss Procurement Team Leader (PLT) datang dari jauh melawat staf2nya..masa lunch..kitaorg lunch bersama kanak-kanak di sini..company belanja KFC..serius tak tertelan ayam bila melihat kanak2 disini..



masuk-masuk je rumah ni..aku terus nampak seorang budak chomel sedang duduk di kerusi roda..muka dia choooooooomel sangat..

sebaik je tengok dia duduk di kerusi roda sambil baca buku...terus mata aku bergenang-genang...sakit dada aku nk tahan nangis..sungguh sebak gila melihat
keadaan budak ini...

akhirnya aku menangis jugak..(tapi cover2..)..aku tak mo la nangis sampai budak-budak ni perasan..takut-takut nnt dia terasa or kecik hati..kesian kat diaorg..

Jolyn umurnya 7 tahun..sangat pandai walaupun tak boleh bercakap...aku tanya dia "can you spell your name?"...serta merta jari-jemari dia tunjuk kat huruf-huruf J.O.L.Y.N...aku tanya "where's the little girl?" then jari jemari dia point kt little girl dlm buku tuh..sekali lagi aku sebak...terpaksa lagi tahan nangis..

mamat kt bawah(one of PLT member) ni sungguh tekun layan dia baca buku..aku rasa dia pun rasa sedih jugak..boleh nampak jelas kt muka dia.. lama jugak mamat ni layan Jolyn baca buku..dia bukan setakat layan baca buku eh..dia juga siap suap kan Jolyn makan..




aku rasa Joylin akan nganga kan mulut untuk senyum..lepas snap je gambar ni, aku tunjuk kat Joylin, terkekek-kekek dia ketawa..setiap kali dia ketawa, aku rasa macam nak nangis gila...rasa sebak sangat..

sebelum balik, kitaorang menari poco-poco bersama-sama...cikgu2,kanak-kanak, mat2 salleh tuh nampak enjoy sangat...aku tak join poco-poco tuh sebab melayan Jolyn..



selain Jolyn, ada ramai lagi kanak-kanak istimewa kat sini..ni je yang sempat aku snap..


ramai org ingatkn aku pregnant bile aku pakai baju ni..haihhsssssssssss!!!


ni pakai tudung hijau tuh pengetua and tudung putih tuh cikgu kanak2 kat sini.. yang cina tuh office mate aku..


masa nak balik, Joylin macam tarik-tarik tudung aku..adei..part ni yang paling tak tahan..tapi lepas cikgu dia pujuk2...dia pun babai sambil senyum -senyum..(dia senyum sambil nganga2 mulut dia..)

Moga-moga, Allah berikanlah kekuatan serta kegembiraan untuk ibu bapa serta cikgu-cikgu kepada kanak-kanak ini..
Bergembira lah engkau wahai kanak-kanak...
kanak-kanak seperti engkau di janjikan Allah untuk menjadi bidadari syurga di akhirat nanti..
amin..
p/s: Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana menjadikan aku seorang yang sempurna,lengkap sifat kejadian seorang manusia..

Wednesday, June 16, 2010

cukup makan..

result dah kuar..alhamdulillah aku lulus suma subject..suma subject aku score paras2 hidung je..suma cukup-cukup makan...tapi tak pe la..janji tak kena repeat sudah...overall aku senang hati dgn result aku ni walaupun score takat cukup makan...


kalau level masters kena score at least B. kalau dpt B- kena repeat. nasib baik la satu sem 3 subject je...kalau tak confirm la muka aku akan bertukar menjadi nenek tua..3 subject ni pun tk cukup tangan, tak cukup masa di buatnya..

Disebabkan degree aku adalah science computer, dan kerja aku 100% kerja2 technical...aku rasa subject/course yang aku amik ni agak susah la..sebab aku totally tak de basic langsung...terms2 yang lecturer ajar dalam kelas suma nya tak familiar/tak pernah dengar sebelumnya..so agak terkedek-kedek dan kura-kura la nak paham apa yang lecturer ajar...dalam kelas, aku la orang yang paling lewat hantar assignment and paling terkial-kial nak jawab final exam (aku rasa la)...ntah kenapa subject marketing aku rasa subject paling susah..ramai budak kelas aku score A- & B+ ..ntah2 aku punya markah paling rendah..sebab masa final pun aku jawab lobang-lobang (aku rasa aku jawab 40% je dari soalan yang dia kasi)

walaupun course yang aku amik ni tak de kena mengena dgn apa yang aku belajar time degree dulu, tapi aku rasa BEST gila bila aku dapat tau satu-satu knowledge yg baru..rasa BEST tuh sampai ke tahap rasa nak terus sambung PHD pulak..kekeke..kawan-kawan pun dari background yg berbeza..pemikiran pun boleh la mencapah sikit..tak de la dok pikir pasal computer/coding/design/timeline potpetpotpet je lagi...best jugak belajar pasal ekonomi..pasal marketing..pasal behaviour,pasal finance....bla..bla..bla...contohnya : aku penah buat mini research pasal: Air Asia-how can AirAsia survive during economic turbulence..perghhh, lepas dah dapat outcome tuh tetibe aku bayangkan aku ala2 Prof.Di Raja Ungku Aziz... (icon sengeh YM)

secara totalnya aku rasa course ni agak interesting walaupun kadang2 aku selalu terpikir aku tersalah amik course..

bukan mudah sebenarnya nak belajar part-time dengan status kita yg telah berkahwin dan ada anak...tambahan pula tengah bekerja...bukan setakat melibatkan pengorbanan duit sahaja..tapi ia melibatkan pengorbanan masa sekali..kalau korban kan masa kita je tak pe la..tapi ianya sudah tentu sekali melibatkan pengorbanan masa orang-orang yang kita sayang...

tak sangka masa berlalu dengan pantas..minggu depan kelas dah nak start balik...ntah kenapa aku tetiba rasa sedih gila..rasa macam nak nangis..lepas ni tak de dah weekend bersama-sama husna dan sang perchentaan.. :( . aku tak sanggup nak pikirkan mcm mana keadaan aku untk semester depan dengan subject2 yang tough and more challenging+kena buat proposal untuk project final year+keje aku yang memang tgh byk..

harap-harap aku masih lagi mampu breastfeed kan husna sampai umurnya at least 2 tahun. Takut-takut kalau tengah pressure, susu makin kurang..isk..mintak-mintak la di jauhkan..

Moga-moga, Allah permudahkan segala urusan dan di sihatkan tubuh badan..amin..

p/s: setiap kali dekat2 nk final, mesti ade 'sedikit' pergaduhan dengan sang perchentaan..owh perchentaan ku bucuk macam intan payung kucik-kucik ku.....are you ready to face again such moment???????? btw..terima kasih diatas pengorbanan yang telah kau lakukan.. (tak payah le nak ckp kt sini ape pengorbanannya itu..nnt perut dia pecah la pulak akibat terlalu kembang bila di puji..keke)..Semoga kita berdua akan berjaya mencapai cita-cita kita seperti yang selalu kita angan-angankan.. :) (perghh! ayat aku..)

Friday, June 11, 2010

Apo nak buek ni?

Petang2 Jumaat ni mengantuklah pulak. Pepaham aje lah keje pepetang Jumaat ni. Otak asyik pikir cuti esok dan lusa. Sodap betullah bile pikir psl cuti.huhuhu... Apo nak buek hujung minggu ni ontah lah. Sabtu ado kenduri dopan umah. Sedaro plak tu. Klu nak merayap pun Ahad kot. Skrg ni Melaka tgh ada SUKMA. Byk tul kete. Esok ada perasmian kat Stadium Hang Jebat. Dah sah lorong masuk kampung tu sesak ngan kete. Mlm td Husna ikut nenek ngan mak ude die gi tgk raptai kat stadium. Kiteorang mmg tak larat ikut sbb mlm semalam tido lewat. Jadi mlm td ngantuk yang amat! Skrg ngantuk lagi ni. Rase nak tido mcm Husna kat bawah ni.

Sedapnye klu dapat bantal ngan tilam skrg ni. Hmmm.....

Monday, June 7, 2010

Konvoi ke Cameron Highland

Apa sudah jadi dengan Cameron Highland? Selalu sgt tgk karam singh walia kat tv3 tu buat report psl penerokaan tanah pertanian secara haram dan minggu lepas baru aku dapat rasakan ape yg si karam singh ni report. Minggu lepas kiteorang anak beranak, mak ayah mertua and adik2 ipar gi bercuti kat cameron Highland. Sepanjang perjalanan naik ke tanah tinggi tu pun dah nampak permandangan yang tak begitu menarik. Banyak sgt tebing2 bukit atau gunung yang ditarah secara berleluasa dan tidak sistematik. Sebelum ni, last sekali aku gi ke sana mase aku darjah 4. Lebih kurang 18 tahun yang lalu. Mase tu aku ingat lagi punyerlah sejuk cameron ni. Baju panas mmg selalu kene pakai. Tak kire dalam atau luar bangunan. Klu bercakap pun mulut kuar kabus. tapi yang aku pegi baru2 ni mmg berbeza sgt2. Aku yg tak tahan sejuk ni selambe je tak pakai baju panas. Pastu siap leh berpeluh2 lagi jalan2 kat kebun teh tu. Dunia semakin panas? atau lemak aku yang semakin banyak? tapi aku rase alasan pertama tu yang paling logik. alasan yg kedua tu tak masuk akal langsung.

Oklah. Lupekan kejap psl global warming tu. Tapi jgn lupekan langsung plak. Kang ade yang lagi 18 tahun Cameron Highland tu jadi Cameron lowland plak. ataupun Cameron Hotland. Perjalanan kiteorang bermula dari Melaka dengan 2 buah kereta. dari Melaka bertolak ke KL sbb kiteorang plan nak tido umah adik ipar(apis dan nanad) kat Sentul. Bebudak ni kire baru gak kawen. saje je nak tgk tempat tinggal dierang. takut gak klu2 dierang tido bawah jambatan kat KL tu. Tapi sebelum tu ambik sorang lagi adik ipar(ain) kat PPUM. kiteorang bwk die sbb die ade belikan Husna seluar. klu tak malas nak bawak. buat berat kete aje. Selepas melangok selama setengah jam kat A&W kat PJ tu, sampailah si apis ngan nanad jemput keteorang gi umah die. best jugak rumah dierang. sofa, meja makan, meja komputer, katil die semua same tinggi ngan lantai. ada satu katil aje yang tinggi sikit drpd lantai.tak penah aku tgk perabot yg mcm tu punye canggih.

Esok harinya kiteorang berkonvoi 3 buah kete. nape sampai 3 kete?9 orang naik 3 kete? pelik kan? tp tak pelik klu korang tgk kat bonet kete sampai mesin basuh dan dapur gas pun kiteorang bawak.Kat sane tuang2 sewa satu apartment. Besau gak lah. ade 3 bilik. pastu perabot semua ada. nak masak2 pun boleh. tv siap ade astro. yg tak ade cume kipas dan aircond aje. Seronok gak jenjalan kat Cameron tu. tp kadang2 ade gak terkene pencemaran udara kat apartment tu akibat mak mertua aku awal2 lagi dah kasi kiteorang makan keledek rebus. pastu ayah mertua aku plak banje minum teh yang leh kasi buang angin tu. jadi korang pepaham aje lah pencemaran yg dasyat berlaku. kat bawah ni adelah gambo2 yg boleh share same2 tgk.



kiri: Test baju panas mlmnya.
kanan : Esoknya baju panas dah tak pakai.


Kiri: Kiteorang dtg sini sbb nak ambik gambo kat depan public phone
Kanan : Minum teh buang angin kat ladang teh.



Kiri : Kelihatan seorang pekerja asing ladang teh sedang posing. Dipercayai warga Nepal. Aku pakai topi ala2 pelakon Home Alone sbb terpengaruh dgn pekerja asing ni.
Kanan : Isteri pekerja asing warga Nepal dipercayai berasal dari China, adik ipar yg belikan seluar Husna(tengah) dan seorang warga Indonesia.



Kiri : Gaya Husna kat ladang strawbery dan sayur.
Kanan : gaya mak bapak Husna. Sungguh sopan.


Kiri : Pasangan pekerja asing membazirkan 2x50sen.
Kanan : Aku sengaja buat-buat perut buncit. Supaya nampak sepadan.


Husna yang keletihan di Ladang Lebah. Muke ibu Husna tu muke sbb penat dukung Husna ye....bukan muke menahan kentut.


PS: Amaran kepada semua. Pastikan minyak kereta anda cukup untuk naik ke Cameron Highland jika tak mahu tersadai ditepi jalan sambil menunggu bantuan.

Friday, June 4, 2010

Persediaan Sebelum Melancong

Cuti sekolah pun dah nak mula ni. Maybe antara kite dah plan nak bercuti kat mane2. Aku ada terbace kat suatkabau psl satu portal ni. Portal ni mengandungi semua info yang kite perlukan sebelum memulakan perjalanan atau pengembaraan. terutama sekali mengenai penyakit2 yang berkaitan dengan travel. Sangat berguna untuk mereka yang mempunyai anak2 kecil atau yang mempunyai family yang mempunyai penyakit tertentu. Tip2 yang lain juga disediakan. Nak tahu lebih lanjut, sila pegi ke laman web Fit2Fly .

ps: jgn sesekali mengeluarkan kentut yang busuk semasa anda dan family di dalam kereta untuk perjalanan yang sgt jauh. sgt sengsara penumpang terutama pemandu dan anak kecil yang tidak berdosa.

Wednesday, June 2, 2010

3 tahun..

Kanda,

Hari ini genap 3 tahun usia perkahwinan kita..
kenangan itu tak pernah hilang di minda..
kita telah pun ada Husna, penyeri dalam rumahtangga,
kadang-kadang tuh bergaduh tuh biasalah tuh kn kanda?..
gaduh macam mana teruk sekali pun, tapi kanda tetap di hati dinda..
:)

Kanda,
3 tahun lepas..
kenangan itu masih jelas..
dinda sah menjadi milikmu dgn 6 kali lafaz..


Kanda,
walaupun perut kanda sekarang telah tersasar agak jauh dari landasan seluar jeans mu,
walaupun setiap malam dinda tidur bertemankan dengkuran mu yang agak beralun-alun serta mendayu-dayu ithew,
walaupun kanda buat kerja agak terkedek-kedek,sangat lembab dan sangat tak laju..
walaupun kita pernah bergaduh besar pasal rendam baju,
gara2 kanda rendam baju dgn air sahaja tanpa sabun basuh baju.
(alasannya sbb dinda hanya pesan "tolong rendam baju" tk pesan lengkap2 mcm ni: "tolong rendam baju,letak air paip 3/4 baldi,letak sabun 1 scoop sekali")
dinda tetap "I love you.."





Kanda,
kadang2 perbuatan kanda mmg sungguh menyakitkan hati dan sakit otak adinda..
sakit hati dan sakit otak sampai kadang2 dinda mmg tidak boleh focus langsung di kelas utk belaja..
kadang-kadang tk boleh focus di office utk bekerja..
tapi dinda tetap chenta dan sayang pada kanda..
kanda lahh yang paling hensem sekali di hati dinda..



kanda,
harapan dinda yang pertama sempena ulang tahun perkahwinan kita yg ke tiga,
kanda akan pandai pergi ke kedai untuk membeli halia..
sebagai persediaan dinda untuk masa berpantang melahirkan anak nombor dua..
sampai sekarang kanda reti-reti lagi pergi ke kedai utk memilih halia,
kanda tak reti nk bezakan mana halia muda dan tua,memang menaik kan darah adinda..
sudah banyak kali adinda ajar, tapi kanda masih tak paham-paham juga..
macam mana la dinda tak sakit otak wahai kanda..?
so kanda...tolonglah belajar sampai paham, macam mane utk membeli halia..
ok kanda?



kanda,
harapan dinda yang ke-2,
agar kanda juga dapat membawa balik perut kanda ke landasan jeans mu yang sebenar,
sekarang dinda lihat, perut kanda telah jauh terkeluar dari landasan..
macam mana harapan kanda kepada perut adinda...
macam tuh jualah harapan dinda terhadap perut kanda..
bezanya cuma, lemak-lemak di perut adinda semakin hari semakin kurang..
manakala, lemak-lemak di perut kanda pula semakin hari dinda tengok semakin membesar bagaikan johan..
kalau kanda berjalan, boleh lihat dgn jelas, lemak-lemak ithew bergoyang-goyang,atas ke bawah dan kadang-kadang ianya ke kiri dan ke kanan..
jadi tolong la wahai kanda...tolonglah tunaikan harapan dinda..
seperti mana dinda tunaikan harapan kanda
utk meng'nyah'kn lemak-lemak diperut adinda yang masa tuh tengah melimpah-limpah..
sejurus selepas adinda lahirkan anak kita...



Kanda,
dinda tak suka demand lebih-lebih...almaklumlah dinda kan isteri solehah..
hanya 2 itu sahaja harapan dinda..
harap-harap kanda boleh tunaikan ye kanda..
please..please..please....dinda merayu sayangku kanda..
kalau chenta kanda terhadap adinda masih membara..
dinda harap kanda dapat lah untuk menunaikannya...
demi isterimu yang sangat baik hati, chomel, cantik, anggun bergaya..
;)



kanda,
semoga rumah tangga kita di rahmati Allah S.W.T,
semoga kasih sayang dan chenta kita kekal hingga ke syurga..
semoga kita akan dapat ramai cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga..
semoga akan tercapai segala cita-cita dan impian kita..
semoga kanda semakin hari semakin sayang pada adinda..
semoga adinda pun semakin hari semakin sayang pada kanda..
semoga adinda semakin hari semakin cantik di mata kanda.
semoga kanda juga semakin hari semakin hensem di mata adinda..
i love you kanda!
muah!muah!muah!
;)






From,

~Your Dinda ~