Thursday, June 2, 2011

Aku dan si dia ..

Hari ini anniversary aku yg ke 4 tahun.Owh..kejap je masa berlalu.Kadang-kadang macam tak percaya, dah 4 tahun aku hidup dengan sang perchentaan sebagai suami isteri..Rasa macam baru je bermain-main mata, berchenta,berdating,bergayut di talipon dan ber‘sms-sms’an. Owh..alangkah indahnya zaman berchenta di univerisiti dulu.Donia penuh warna warni,disamping burung-burung berkicau-kicauan menyaksikan dua hati yang tengah asyik berchenta, bergembira menikmati alam remaja..hehe..(sambil kajol n shah rukh khan sedang menari-nari di tengah Bandar sambil orang2 disekeliling, termasuk penjual cendol pun turut menari-nari)


Time Konvo.Masa ini tawakal je la.Kalau ada jodoh kita, adalah.Kalau tak dak, setakat inilah jodoh kita

Mula kenal sebagai kawan. Dari kawan mula la timbul perasaan sayang (chewah!).Jodoh itu memang Tuhan yang tentukan. Tanggal 2 jun 2007, kami di satukan..(pewit!pewit!pewwit!). Di university, dia ada motor merah, EX 5 kalau tak silap. Aku adalah budak yang baik gile. Sepanjang berchenta, tak pernah naik moto bersama-sama dia. Nak dating I naik bassss you….Solehah tak aku? Hehe


Berchenta di Library. Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dalam kenangan..

Selama 4 tahun berkahwin, si dia mengajar aku mengenali erti suami. Tempoh 4 tahun berumah tangga adalah tempoh yang masih singkat dan mentah. Memang banyak lagi yang perlu aku dan dia pelajari dan perbaiki. Aku harap rasa kasih, sayang dan cinta aku terhadap sang perchentaan ku bucuk macham akan bertambah dari hari ke hari. Aku harap juga dia pun turut ada perasaan yang sama terhadap aku. :) amin..


Aku tak suka pakai kasut high heels.Tengok kaki aku time bersanding.Aku rasa dia dah faham apa yg aku suka dan apa yang aku tak suka. :)


Dulu, masa mula-mula kawin, aku selalu cakap, aku tak faham macam mana aku boleh suka kat dia. Aku cakap dia tak hensem. Aku punya tahap tak suka sampai aku penah suruh dia buat pembedahan plastic soh kasi dia hensem. Aku penah benci tengok rambut dia yang kerinting tuh. Aku suruh dia buat teknik rebonding kasi rambut dia lurus.Aku cakap gigi dia senget benget tak lawa langsung! (masa aku cakap ni, aku bajet muka aku cantik ala-ala Lisa Surihani.)

Yang peliknya, dia boleh ketawa berdekah-dekah time aku mengamuk sakan! Dia hanya cakap “alahai sayang…macam mane la rupe abang nanti kalau abang buat teknik rebonding! Tak sanggup abg nak tengok muka abang kat cermin nanti..” dia cakap mcm tuh sambil terkekek-kekek ketawa.

Aku rasa, kalau laki-laki lain, dah lama dah aku kena tempeleng kot. Mesti dah lama mulut aku senget.

Dia lah lelaki yang paling cool yang pernah aku jumpa setakat ini. (ecececece! Kasi le i chance berjiwang-jiwangan. Hari ini kan anniversary i …) hikhikhikhik..

Hari ini hari pertama sang perchentaan di tempat kerja yang baru.Aku doakan semuanya dipermudahkan olehNya.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke 4 sayangku! Moga Allah merahmati kita sekeluarga..

Moga-moga juga, kita dapat menambah bilangan ahli keluarga (Mode:senyuman manja, Posing menggoda! awww!)

Amin…

4 comments:

Nieja said...

happy anniversary kak olin n abg ayoy.. moge berbahagia hingga ke sOrga..

tang menambah bilangan ahli keluarga tu saye sokong.. abg ayoy cpt2 approve yer =P kekekeke

NM said...
This comment has been removed by the author.
3740Journal said...

happy anniversary lin & ayoi. thn depan tambah baby lg. hehe

areyoy said...

Pertama:
Sungguh comel muke dlm kad matrik tu.gambo tu ambik mase dlm library tu.mase tu muke mude remaje budak lepasan SPM.skrg dah muke mak bapak budak.

Kedua:
Bile plak aku ade motor EX 5 ni.memandai je.