Kanda,
3 tahun lepas..
kenangan itu masih jelas..
dinda sah menjadi milikmu dgn 6 kali lafaz..
Kanda,
walaupun perut kanda sekarang telah tersasar agak jauh dari landasan seluar jeans mu,
walaupun setiap malam dinda tidur bertemankan dengkuran mu yang agak beralun-alun serta mendayu-dayu ithew,
walaupun kanda buat kerja agak terkedek-kedek,sangat lembab dan sangat tak laju..
walaupun kita pernah bergaduh besar pasal rendam baju,
gara2 kanda rendam baju dgn air sahaja tanpa sabun basuh baju.
(alasannya sbb dinda hanya pesan "tolong rendam baju" tk pesan lengkap2 mcm ni: "tolong rendam baju,letak air paip 3/4 baldi,letak sabun 1 scoop sekali")
dinda tetap "I love you.."
Kanda,
kadang2 perbuatan kanda mmg sungguh menyakitkan hati dan sakit otak adinda..
sakit hati dan sakit otak sampai kadang2 dinda mmg tidak boleh focus langsung di kelas utk belaja..
kadang-kadang tk boleh focus di office utk bekerja..
tapi dinda tetap chenta dan sayang pada kanda..
kanda lahh yang paling hensem sekali di hati dinda..
kanda,
harapan dinda yang pertama sempena ulang tahun perkahwinan kita yg ke tiga,
kanda akan pandai pergi ke kedai untuk membeli halia..
sebagai persediaan dinda untuk masa berpantang melahirkan anak nombor dua..
sampai sekarang kanda reti-reti lagi pergi ke kedai utk memilih halia,
kanda tak reti nk bezakan mana halia muda dan tua,memang menaik kan darah adinda..
sudah banyak kali adinda ajar, tapi kanda masih tak paham-paham juga..
macam mana la dinda tak sakit otak wahai kanda..?
so kanda...tolonglah belajar sampai paham, macam mane utk membeli halia..
ok kanda?
kanda,
harapan dinda yang ke-2,
agar kanda juga dapat membawa balik perut kanda ke landasan jeans mu yang sebenar,
sekarang dinda lihat, perut kanda telah jauh terkeluar dari landasan..
macam mana harapan kanda kepada perut adinda...
macam tuh jualah harapan dinda terhadap perut kanda..
bezanya cuma, lemak-lemak di perut adinda semakin hari semakin kurang..
manakala, lemak-lemak di perut kanda pula semakin hari dinda tengok semakin membesar bagaikan johan..
kalau kanda berjalan, boleh lihat dgn jelas, lemak-lemak ithew bergoyang-goyang,atas ke bawah dan kadang-kadang ianya ke kiri dan ke kanan..
jadi tolong la wahai kanda...tolonglah tunaikan harapan dinda..
seperti mana dinda tunaikan harapan kanda
utk meng'nyah'kn lemak-lemak diperut adinda yang masa tuh tengah melimpah-limpah..
sejurus selepas adinda lahirkan anak kita...
Kanda,
dinda tak suka demand lebih-lebih...almaklumlah dinda kan isteri solehah..
hanya 2 itu sahaja harapan dinda..
harap-harap kanda boleh tunaikan ye kanda..
please..please..please....dinda merayu sayangku kanda..
kalau chenta kanda terhadap adinda masih membara..
dinda harap kanda dapat lah untuk menunaikannya...
demi isterimu yang sangat baik hati, chomel, cantik, anggun bergaya..
;)
kanda,
semoga rumah tangga kita di rahmati Allah S.W.T,
semoga kasih sayang dan chenta kita kekal hingga ke syurga..
semoga kita akan dapat ramai cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga..
semoga akan tercapai segala cita-cita dan impian kita..
semoga kanda semakin hari semakin sayang pada adinda..
semoga adinda pun semakin hari semakin sayang pada kanda..
semoga adinda semakin hari semakin cantik di mata kanda.
semoga kanda juga semakin hari semakin hensem di mata adinda..
i love you kanda!
muah!muah!muah!
;)
From,
~Your Dinda ~