Monday, June 6, 2011

Persediaan awal utk melatih anak ke tandas

Minggu ni adalah minggu ke tiga husna dilatih untuk ke tandas. Maksudnya sudah 3 minggu husna tak pakai pampers lagi waktu siang. Alhamdulillah, pencapaian husna amat memberangsangkan, ada peningkatan. Dia sudah pandai mengawal pundi kencingnya. Setiap kali duduk di Pottynya, dia pasti akan kecing. Dia pun dah pandai berak di Potty.


untuk minggu ke-3, kekerapan TERkencing menjadi kurang.Itu tandanya, dia sudah mula pandai mengawal pundi kencing. Setiap kali duduk di Potty ini, Husna pasti mengeluarkan 'hasil'. hehe

Setelah tiga miggu aku buat rumusan, perkara yang paling penting skali adalah persiapan yang rapi, dari segi mental dan fizikal ibu. Dari segi mental, ibu harus setkan dalam mindanya, ‘Anakku sedang belajar satu perkara baru,dan aku harus memberikan anakku apa saja bantuan yang dapat memotivasikannya untuk terus belajar sehingga mahir’. Dari segi fizikalnya, ibu harus bersedia untuk penat.! (huhuhu)


Apabila ibu sudah ada mindset begitu, kemudian, bolehlah membelikan potty untuk anak.Kenalkan kepada anak, Potty ini adalah untuk kencing dan berak (dengan kata sopan santunnya, buang air kecil dan besar).Aku belikan husna warna purple sebab aku carik kaler pink tak dek.(hehe). Harga dia RM 3.90 jek. Dalam memilih Potty pertama anak, aku prefer yang simple,senang di cuci dan di simpan.




potty Husna.. :) (mentang2 le anak 1st..gambau potty pun i nak amik youu!)

Satu bulan sebelum Husna di train, Potty ni jadi alat mainan husna agar dia tau, Potty adalah tempat untuk kencing dan berak. Untuk langkah awal, purak2 belakon,kasi susu kat bear/mimi (patung husna).Lepas menyususu, bear mau kencing. Kemudian letak bear atas Potty. Kemudian, purak2 wash bear. (ala-ala bear dah settle kencing). Proses ini, buat la berulang-ulang tanpa jemu. Agar, anak tau, Potty adalah tempat buang air kecil dan besar. Dan selepas settle kena la ‘wash’ . Untuk anak lelaki, bolehlah gantikan bear tu dengan ultraman,batman,spiderman, atau apa-apa saja yang ‘man-man’. :)




sessi memahamkan anak kegunaan Potty: Untuk apa?Bila? Dimana? dan bagaimana?.


Satu minggu sebelum anak dilatih ke tandas, pesanlah kepada anak secara berulang-ulang (terutama semasa memakaikan pampers),katakan kepadanya, dia sudah besar, dan tak boleh pakai pampers lagi. Kena kencing dan berak di Potty. Aku pesan kat husna masa pakaikan dia pampers dan masa susukan dia waktu malam time nak tido. Sambil menyusukan, ceritakan pada husna yang dia sudah besar dan kena berdikari (pot-pet.pot pet) sambil tunjukkan seberapa banyak gambar abang,abang atau kakak-kakak yang sedang duduk di Potty. Ini akan membantu anak untuk lebih bersedia melangkah ke fasa baru..chewah!!hehe..


Perlulah diingatkan bahawa, dalam konsep pembelajaran, tiada istilah TERCEPAT atau TERLAMBAT.Ianya adalah berkaitan samaada BERSEDIA Atau TIDAK BERSEDIA. Jika anak telah Bersedia, apakah strategi kita sebagai ibu bapa untuk menggalakkkan anak memulakan langkah seterusnya. Jika sebaliknya (anak masih TIDAK BERSEDIA), apakah pula strategi kita untuk bagi anak bersedia?

Untuk percubaan anak di peringkat awal, bukan ibu dan ayah saja yang harus memberikan sokongan moral.Orang2 sekeliling juga harus terlibat. Bergembira la dengan 'bahan buangan' yang berjaya dikeluarkan oleh anak sambil mengucapkan tahniah dan ciuman kasih sayang! Seperti ibunya, anak juga akan gila gembira apabila telah berjaya mengeluarkan 'hasil'. hehe


Bear-bear husna pun kasi sokongan dekat Husna..! Husna akan lebih bersemangat jika semua org bersemangat serta positive terhadap percubaannya. :)



Jangan sesekali MARAH anak kalau dia Terkencing ATAU Terberak! (minggu 1st to 4th). Dalam tempoh ini, anak masih lagi BELAJAR dan dia masih lagi SEDANG MENCUBA. Jika terkucil, terberak, ataupun duduk di Potty tanpa apa-aa hasil, ucapkan la juga tahniah. pesan kat dia, 'it's ok dear! we can always try again next time!'.(sambil peluk kuat2 anak dan urut2 belakangnya.dia pun tau frust youu!.) Bergembiralah, kerana at LEAST anak telah MENCUBA.


Apabila aku marah husna klu dia terkucil dgn cakap 'kan ibu dah pesan, kalau nak kencing bagitau ibu', ataupun buat muka frust, ianya telah membuatkan husna Demotivated, pressure apabila duduk di Potty. Dia akan menjadi 'takut-takut' serta 'yakin tak yakin'.. Dia akan lebih kerap terkencing, dan mukanya masam setiap kali duduk di Potty. Sessi pembelajaran akan menjadi BOSAN dan TEGANG. Aku buat conclusion, dengan memarahi anak di minggu2 awal sessi pembelajarannya akan hanya membantutkan hasrat anak untuk terus mencuba serta meng 'explore'.


Jika ibu bapa positive=anak juga positive. Jika ibu bapa bersemangat, anak juga akan bersemangat. Anak akan berasa Yakin jika kita Yakin. Anak adalah nyawa kita. Dan jgn lupa, kita juga adalah nyawa anak. Sekali kita putus asa, anak akan putus asa 10 kali.

Untuk sesiapa sahaja yang sedang Potty Train anak, sila lap air kencing atau kutip najis anak di lantai dengan senyuman yang paling solehah serta mithali sekali sebagai ibu atau ayah. hehe.

Thursday, June 2, 2011

Aku dan si dia ..

Hari ini anniversary aku yg ke 4 tahun.Owh..kejap je masa berlalu.Kadang-kadang macam tak percaya, dah 4 tahun aku hidup dengan sang perchentaan sebagai suami isteri..Rasa macam baru je bermain-main mata, berchenta,berdating,bergayut di talipon dan ber‘sms-sms’an. Owh..alangkah indahnya zaman berchenta di univerisiti dulu.Donia penuh warna warni,disamping burung-burung berkicau-kicauan menyaksikan dua hati yang tengah asyik berchenta, bergembira menikmati alam remaja..hehe..(sambil kajol n shah rukh khan sedang menari-nari di tengah Bandar sambil orang2 disekeliling, termasuk penjual cendol pun turut menari-nari)


Time Konvo.Masa ini tawakal je la.Kalau ada jodoh kita, adalah.Kalau tak dak, setakat inilah jodoh kita

Mula kenal sebagai kawan. Dari kawan mula la timbul perasaan sayang (chewah!).Jodoh itu memang Tuhan yang tentukan. Tanggal 2 jun 2007, kami di satukan..(pewit!pewit!pewwit!). Di university, dia ada motor merah, EX 5 kalau tak silap. Aku adalah budak yang baik gile. Sepanjang berchenta, tak pernah naik moto bersama-sama dia. Nak dating I naik bassss you….Solehah tak aku? Hehe


Berchenta di Library. Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dalam kenangan..

Selama 4 tahun berkahwin, si dia mengajar aku mengenali erti suami. Tempoh 4 tahun berumah tangga adalah tempoh yang masih singkat dan mentah. Memang banyak lagi yang perlu aku dan dia pelajari dan perbaiki. Aku harap rasa kasih, sayang dan cinta aku terhadap sang perchentaan ku bucuk macham akan bertambah dari hari ke hari. Aku harap juga dia pun turut ada perasaan yang sama terhadap aku. :) amin..


Aku tak suka pakai kasut high heels.Tengok kaki aku time bersanding.Aku rasa dia dah faham apa yg aku suka dan apa yang aku tak suka. :)


Dulu, masa mula-mula kawin, aku selalu cakap, aku tak faham macam mana aku boleh suka kat dia. Aku cakap dia tak hensem. Aku punya tahap tak suka sampai aku penah suruh dia buat pembedahan plastic soh kasi dia hensem. Aku penah benci tengok rambut dia yang kerinting tuh. Aku suruh dia buat teknik rebonding kasi rambut dia lurus.Aku cakap gigi dia senget benget tak lawa langsung! (masa aku cakap ni, aku bajet muka aku cantik ala-ala Lisa Surihani.)

Yang peliknya, dia boleh ketawa berdekah-dekah time aku mengamuk sakan! Dia hanya cakap “alahai sayang…macam mane la rupe abang nanti kalau abang buat teknik rebonding! Tak sanggup abg nak tengok muka abang kat cermin nanti..” dia cakap mcm tuh sambil terkekek-kekek ketawa.

Aku rasa, kalau laki-laki lain, dah lama dah aku kena tempeleng kot. Mesti dah lama mulut aku senget.

Dia lah lelaki yang paling cool yang pernah aku jumpa setakat ini. (ecececece! Kasi le i chance berjiwang-jiwangan. Hari ini kan anniversary i …) hikhikhikhik..

Hari ini hari pertama sang perchentaan di tempat kerja yang baru.Aku doakan semuanya dipermudahkan olehNya.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke 4 sayangku! Moga Allah merahmati kita sekeluarga..

Moga-moga juga, kita dapat menambah bilangan ahli keluarga (Mode:senyuman manja, Posing menggoda! awww!)

Amin…