Tuesday, April 12, 2011

Dugaan..

aku rasa sejak2 ni macam2 dugaan lah..masa dah semakin suntuk..macam-macam benda tak settle lagi..project paper baru sampai phase edarkan questionnaire..aku buat psl learning..aku rasa tajuk dia interesting..nanti kalau ada kelapangan, aku akan share kan sini..

bibik aku yang aku ceritakan kat entry ni dan ni, aku dah hntr balik hari isnin lepas..flight dia ke jogjakarta pkul 7 am..so subuh-subuh adam,pkul 3 am kitaorg bertolak ..2 hari sebelum dia bertolak, aku ajak dia pegi shopping dulu..untuk dia beli buah tangan keluarga dia..setelah 2 tahun berkhidmat, jaga cuna, tiba masanya untuk dia pulang..harap2 cuna OK lah..dan harap2 jugak, cuna ok dengan bibik baru..risau aku...ape2 pun aku berterima kasih kt bibik ni..


husna baru baik demam.1 minggu dia demam.ala2 semput..dada dia bebunyi macam air mengelegak tuh.2 malam aku tak tidur...alhamdulillah Husna dah semakin ok.


bibik baru kena hantar pulang indon next week. dia ada tiroid.leher dia bengkak.setakat ni, keja dia ok lah..dan aku puas hati..baik, dan semayang..tapi mcm tak sampai hati pulak tengok dia ala2 macam sesak nafas kalau penat..dia kalau penat, lehernya keras, dan akan rasa tercekik..risau pulak nak tinggalkan dia berdua dengan husna.So,aku dan sang perchentaan decide utk hantar dia pulang, buat operation dulu..kalau dah sihat nanti leh contact aku balik untuk kerja.

Aku buntu lah..next week bibik dah hantar balik, sape mau jaga husna? aku survey2..taska leh hantar seawal 7.30 am. dan boleh amik budak pkul 5pm..selalunya kalau balik kerja,aku sampai paling awal pun pkul 7pm..kesian anak aku..huhuhu..tengok la macam mana nanti nak handle.makin lama pikir,kepala makin pening dan serabut..

Budak yang semakin becok.hobi dia asyik nyanyi dan bercerita je.Cakap pun dah butir.ayat pun dah penuh.'Bu, tolakkan beskal una bu..', 'ayah jom main bola nak?' chomelnye suare die.. :) selalu buat ibu rindu..lps ibu abeh blaja, kita pegi jalan2 eh bucuk ??


aku present thesis on 7th May. Tadi boss call aku. dia nak f2f meeting in early May.ape aku nk update kat dia ni??progress keja sangat slow...besilat la aku nk jawab suma soalan dia nanti..boleh ke aku manage ni? aku tak mo extend study! aku pun tak mo performance keja aku terganggu..tak mo!tak mo! ...Adeii!!

sejak 1 bulan ni, mata aku mcm semakin kabur..kepala pun asyik pening.tadi 1 hari aku tak buat ape pun kerja kt opis.sbb aku macam tak boleh nak tengok skrin.mcm suma huruf tuh bersambung-sambung.tak dapat nk baca.dah lebih 1 minggu gak aku jalan macam tak jejak tanah dan tak nampk orang. bape orang ntah aku dah terlanggar time berjalan. Kenapa dengan aku ni?rabun semakin teruk kah? ke aku dah terlampau penat??


p/s : aku nak tidur..tapi tak boleh tidur, sebab hati runsing. mak cakap,mengadulah segalanya kepada Dia kerana Dia maha mendengar...


Ya Allah, Berikan lah kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini..tunjukkan lah aku jalan, untuk hilangkan akan segala kebuntuan..permudahkanlah segala urusanku, wahai Tuhanku yang Maha Pengasih dan yang Maha penyayang... amin..

Wednesday, April 6, 2011

Susu Ibu..

2 hari lepas, aku sempat chat dgn adik sepupu terchenta, si caca. Gila lama aku tak chat..sekali dapat chat rasa mcm ‘owhhhh..alangkah indahnya donia..’ hehe. Borak punya borak.. last2 masuk bab menyusu….dia runsing, stok susunya merudum, dan sudah start campurkan dengan Formula Milk…dia juga menceritakan keadaan kawannya, di mana, apabila mengepam, susunya tidak keluar..tetapi kalau di picit, baru susunya keluar…


Owh adik ku sayang…jika susu kering, itu tandanya ada 2 perkara kita kena review :

1) Ibu memerah/mengepam secara tidak konsisten.

2) Ibu mengamal kan diet berlebihan..

Adalah penting bagi ibu-ibu yang bekerja yang menyusukan anak maupun secara sepenuhnya atau separuh, mengepam atau memerah secara konsisten. Sebenarnya, proses mengepam bukan setakat nak dapat kan susu je, tapi sebenarnya dia merangsang urat2 saraf untuk sama2 berkerja (collaborate) menghasilkan susu. Kalau diceritakan secara saintifiknya, process pemahaman akan menjadi complicated. Jadi disini, aku akan buat summary berdasarkan pemahaman aku daripada pembacaan serta pengalaman..Harap2 entry ini dapat membantu.


cuna dari umurnya 2 hari (gambar di hospital) sampai la hari ni, tidur di bawah ketiak ibu.

Selama ini aku tidak menggunakan apa-apa pam untuk memerah susu. Dengan sangat-sangat yakin dan percaya bahawa wanita itu ciptaan yang terindah, serta Allah banyak kasi keajaiban pada wanita, maka apa saja yang ada pada badan ini, aku rasa ianya juga ajaib. Banyangkan lah, kita selaku wanita di pilih Allah untuk mengandungkan seorang manusia selama 9 bulan ++..bukan setakat itu, proses kelahiran yang pada mulanya kita anggap susah,ngeri,sakit dan sebagainya, dengan izin dari Allah, zuriat kita dapat dilahirkan dengan selamat di dunia..tidak cukup setakat itu, kita telah mengalami proses berpantang dengan jayanya..jadi Yakin la wahai ibu-ibu, menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, kita juga mampu melakukannya.


Cuma, caranya bagaimana?


Kalau tanya aku..aku akan strongly recommend untuk memerah pakai tangan.kerana apa? Oleh kerana aku percaya, wanita terutamanya ibu adalah ajaib, jadi, aku juga percaya, tangan ku juga ajaib (magic). Sebelum memerah/mengepam, kita harus lah mengurut cik kak kembar kita (kedua-dua breast). Untuk teknik urutan yang betul, boleh lah refer ke link ni : Click Here


Selepas urut, baru lah memerah/mengepam.Tak kisah la pakai tangan ataupun pakai pam. Teknik memerah pakai tangan, boleh la refer ke link ni :


Click Here , or Click Here, or Click Here or Click Here

ada banyak link yang menunjukkan teknik perahan pakai tangan..cik kiah-kiah boleh goole sendiri untuk memantop kan pemahaman.. :)


hasil dari sekali perahan daripada kedua-dua cik kak kembar ku..hehe.. (teknik mengurut memainkan peranan penting dlm penghasilan susu)

Teknik mengurut serta memerah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sewaktu ibu sudah confirm mengandung.Untuk ibu-ibu yang mengalami masalah kekeringan susu juga boleh buat teknik urutan ini. Aku practicekan urutan ini selalunya masa mandi since mengandung 2 bulan. Hasilnya, semasa mengandung 6 bulan, susu sudah mula keluar. Mengurut teknik begini juga, bukan semata-mata untuk merangsangkan pengeluaran susu. Tetapi teknik urutan ini juga, adalah teknik untuk menjaga bentuk cik kak kembar kita agar tidak jatuh, maupun menjadi layut maupun jadi tahap yang boleh di sidai di bahuuu..


(owhh..tak sanggup acik nk bayangkan tahap cik kak kembar boleh disidai di bahuuu!! Huhuhuhuh!)


Sambil mengurut-ngurut cik kak kembar,kita boleh la sertakan dengan selawat atau pun bacaan ‘Ya Rahman, Ya Rahim’ (dlm hati). Allah Tuhan yang Maha Pengasih serta Penyayang..mudah-mudahan dengan berkat kasih sayangNya, pengeluaran susu akan menjadi lancar. Percaya dan Yakin lah wahai ibu-ibu..kita adalah makhluk ciptaan Allah yang ajaib..


Ibu-ibu yang menyusukan anak juga tidak perlu diet. Mengikut pengalaman aku,bila aku diet, tak amik nasik, production susu akan merudum kepada 90% (byk kan?)..susu yang dihasilan akan menjadi sangat kurang dan cair. Banyakkan minum susu, atau amik pil calcium magnesium 3x sehari (bergantung kepada quantity calcium+magnesium utk sebiji pil). Banyakkan makan buah-buahan, dan minum air putih. Kesihatan Ibu adalah PALING PENTING dalam menghasilkan susu ibu yang berkualiti.



Cuna 13 bulan

Bayangkan kalau kita lapar, boleh kah kita menghasilkan mutu kerja yang baik?boleh kah kita focus? Begitu juga dengan system badan. System badan memerlukan tenaga,nutrient,zat-zat,vitamin-vitamin, utk sama-sama bekerja menghasilan susu ibu yang berkualiti. Jangan risau cik kiah-cik kiah.Macam mana punya gemuk pun kita, tapi kalau kita menyusukan anak, kita tetap nampak anggun dan lawa.(pewit!pewwitt!)

Untuk siapa-siapa yang mengalamai masalah susu kering atau susu kurang, boleh la cuba teknik urutan dalam link di atas. Dan review balik pemakanan.Lakukan proses mengepam/memerah secara konsisten..percayalah juga pada keajaiban Zikir Allah (Ya-Rahman,Ya-Rahim). Harap-harap segala yang kusut akan terlerai jua dan yang susah akan menjadi mudah.

Tidak kiralah samada memerah pakai tangan atau pun mengepam pakai Pam..kedua-dua teknik ada pro dan contra nya..terpulang kepada keselesaaan ibu-ibu…dan, jika anak menyusu sepenuhnya susu ibu, jangan risau jika anak debot/gumok. Ini kerana susu ibu adalah makanan yang paling senang di digest oleh baby…nnt bila baby dah active, dah pandai berjalan,melompat..insyaAllah slim melim balik la tu..Janji anak kite sihat dan dapat makanan berkhasiat Tak gitu cik kiah??

Cuna pernah overweight. lahir beratnya 3.49. 2 bulan, beratnya naik 2x ganda 6.9kg. Mula-mula aku risau..takut-takut anak obes..tapi lepas banyak buat pembacaan di google..hati kembali tenang. :)

Dalam pengalaman menyusukan Husna, aku dah list down kan beberapa kelemahan/kesilapan yang telah aku TERBUAT. Harap2 aku tak repeat lagi untuk anak-anak yang seterusnya. Adalah amat penting kita belajar dari kesilapan, supaya perjalanan kita sentiasa ada pergerakkan /anjakkan(Movement),serta kita tidak ketinggalan atau sentiasa di takuk lama.

Process yang perlu dilalui oleh semua orang untuk mahir dalam sesuatu perkara :

1)Belajar (Learn) 2)Beramal (practice) 3)pakar (skill/expertise)

Kenal pasti dimanakah kedudukan kita sekarang. Jika tiada ilmu, kita harus belajar..dari ilmu itu, kita harus praktikan (amal)…daripada apa yang kita praktik kan hari-hari, lama2 akan menjadi kebiasaan, dan kita akan menjadi pakar dalam bidang yang kita praktikan hari2 itu.

Tertarik dgn lirik ni (Lagu Raihan, Tajuk-Bismillah):



ilmu pelita menerangi kegelapan,.. darilah ilmu datangnya amalan..dari amalan lahirlah kasih sayang...saling membantu dan bekerja sama..



note: cuna suka sgt lagu ni..


moga-moga susu ibu yang mengalir dalam darah kau Husna, akan mengeratkan hubungan kita sampai lah ibu tua nanti nak..mudah-mudahan juga, kau menjadi anak yang mendengar kata, dan yang paling penting, kau menjadi manusia yang mulia akhlaknya..kau takkan tau bagaimana dalamnya kasih ibu, selagi engkau belum bergelar ibu…..

(dulu time aku anak dara, mak selalu ckp ayat ni, bila aku tanya 'antara anak2 mak, sape yang mak paling sayang?')




susu yang telah di buang sebab peti ais rosak…sedih..sedih…(antara dugaan org final semester)..