Thursday, March 25, 2010

Husna 10 bulan ++

Alhamdulillah, 13 mac ari tu genap 10 bulan umur Husna. Dah banyak dah perkara yang die dah blaja dan reti buat. Berjalan pun dah konfiden dah. Dulu klu nak berjalan kene pagang tangan die. Skrg ni pegang sebelah tangan aje dan kadang2 tak perlu pegang pun die dah berani jalan sorang2. Sekali sekala jatuh tu biasa lah. Tak jatuh bile plak nak pandai jalan.

Alhamdulillah jugak hingga saat ini Husna masih lagi menyusu badan. Belum campur susu tepung lagi. Syukur kepada Allah kerana menganugerahkan susu badan yang banyak untuk Husna. Ibu Husna jangan merungut letih tau...nnt kurang pahala. Klu kene ejek pun bersabar aje kerana tu pun satu dugaan jugak. ;)
Husna pun dah pandai bagi respon-respon yang mencuit hati. Contohnya dah boleh lambai tangan (bye bye), flying kiss, goyangkan badan klu dengar muzik, buat gaya jawab telefon, buat bunyi kentut, buat memek muke bau busuk dan mcm2 lagi.

Ada juga beberape perkataan yang die dah boleh sebut. nak tahu perkataan pertama yang die sebut dengan betul dan paham maksud perkataan tu? bukan ibu ke..ayah ke... tapi LAMPU. Die pandai sebut perkataan tu dan die paham lampu tu ape. Perkara lain yang die paham ialah KIPAS, ATUK, NAK, BURUNG, KUCING, CICAK, BUKU, AIR dsb. Sib baik ramai yg nak melayan die. Boleh gak die blaja sikit2 kat umah.
Banyak lagi perkembangan Husna yang mengembirakan hati kiteorg dan telatah yang boleh menghilangkan penat kerja seharian. Syukur kepada Allah s.w.t dan semoga Husna membesar dengan sihat dan cerdas. Gambar kat bawah ni antara gambar terbaru Noorhusna.


Akhir sekali ayah ada lagu khas buat anak ayah Noorhusna. Kepada yang rajin download sendiri lagu ni. Timang-timang Anakku Sayang nyanyian Amat Amigos. Lagu ni ayah selalu dengar atuk nyanyi mase ayah kecik2 klu naik kete ngan atuk.

Timang timang anakku sayang
Buah hati ayahanda seorang
Jangan menangis dan jangan merajuk sayang
Tenanglah tenang di dalam buaian

Betapakah hati kan ria
Bila kau bergurau dan ketawa
Semogalah jauh dari marabahaya sayang
Riang gembira sepanjang masa

Setiap waktu ku berdoa
Pada Tuhan Yang Maha Kuasa
Jika kau sudah dewasa
Hidupmu bahagia sentosa

Timang timang anakku sayang
Kasih hati permata ayahanda
Tidurlah tidur pejamkan mata sayang
Esok hari bermain kembali



ps: pipi Husna kene geget nyamuk....

Monday, March 15, 2010

Mak ngah husna

Semalam, 14 mac 2010, alhamdulillah Husna dapat sorang lagi mak sedare yang diberi gelaran mak ngah. Mak sedare yang ni adalah mak sedare yang pertama klu ikut keluarga sebelah ibu die. Aku plak dapat lah sorang lagi biras atau beras bak kate p.ramlee. Tahniah diucapkan kepada adik ipar diatas pernikahan die semalam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Mak ngah husna yang baru ni secara tak langsung menjadi menantu kedua kepada mertua aku. Kepada mak ngah husna a.k.a Nanad (nama tak berape manje), lepas ni bolehlah ambik borang kat bang long. Borang tu ialah borang permohonan menjadi ahli Persatuan Anak-anak Menantu Cikgu Noorsha (PAMCiNo). Oleh sebab bang long menantu yang pertama, bang long istiharkan diri ini sebagai Presiden. Jadi klu ko nak jawatan, bang long leh kasi jawatan Timbalan Persiden.

Oleh sebab kat Rembau husna cucu yang ketujuh, jadi susah die nak dpt jawatan yang best2. Dia nnt rasenyer boleh jadi bendari aje kat Persatuan Cucu-cucu Haji Hasan( PerCuH). Kat Melaka ni die secara otomatik jadi Presiden Persatuan Cucu-cucu Cikgu Noorsha(PeCCiNo).

Kepada pak ngah dan mak ngah husna, tahniah diucapkan sekal lagi. Klu masuk bilik air kiteorang nnt jgn terkejut dengan bau die sbb bau tu mmg kiteorang dah biase. Punca bau tu daripada sisa ibu husna yang dari dulu, kini dan selamanya bau busuk pekong nak termuntah.

ps: semalam aku tanye mak mertua aku "best tak mak dpt menantu?" die jawab best .."best...". Bile aku tanyer.."mane best, dapat menantu perempuan ke atau dapat menantu lelaki?"..die jawab dengan mata terkebil2..."dua-dua best...." Tu mmg jawapan yang selamat. klu tak aku bawak husna lari ke rembau. huhuhuhu!