Thursday, July 29, 2010

Accident..

semalam, aku dan sang suami accident..hampir melanggar orang..dan hampir melanggar kereta orang lain...kitaorang time tuh on the way ke office...hujan turun renyai-renyai...bwk dlm 50-60km/j (kire perlahan la kn..)..semasa baru saja melepasi selekoh, tetiba ade sorang pakcik menonong-nonong kuar dari simpang...dan-dan makan jalan aku (dia dari arah bertentangan)...kalau aku elakkan ke kanan,aku akan langgar org..sbb ade sorang budak yg tengah bersiap-siap nk melintas...aku terpikir dan berpusing atau U-Turn..tapi takut kereta terbalik...dalam keadaan masa yang sangat limited..nak tak nak, aku terpaksa memilih utk masuk ke longkang...

keadaan sungguh pantas..tetibe aku terdengar bunyi berdentum yang kuat..asap pun kepul2 kuar kt depan keta tuh..aku dan suami mcm tergamam...aku nk suruh sang suami cepat2 kuar..tapi semuanya mcm terkaku..nak bercakap pun aku tak mampu...last-last aku dengar orang kat luar tuh jerit, suruh kuar cepat-cepat..sebab takut kereta meletup...terus aku memanggil sang suami...badan menggigil-gigil...rasa macam nak nangis...sang suami mententeramkan aku...dia ckp "tak pe..tak pe..kita kuar dari keta dulu..."

sib baik sumanya ok...hampir satu hari la gak nak settlekan semua...report police,pegi bengkel..potpetpotpet..
sambil tunggu towing truck tuh..ramai gak orang yang berhenti...ada yang sengeh-sengeh tanya "kenapa keta ni dik?" dan ada juga beberapa orang yang berhenti tengok nombor plat keta...nak pegi beli nombor la tuh..rasa macam nak lempang je sorang-sorang!eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!

kereta dijangka selesai di baik pulih before raya..harap-harap la cepat siap...tetibe rindu plk dengan kereta wira ku yang telah byk berjasa...Alhamdulillah kemalangan tersebut tidak membabitkan kemalangan jiwa...tak sanggup nak pikir kalau ade accident ni melibatkan kematian...isk..mintak-mintak la di jauhkan..
sambil tunggu towing truck, kitaorang berbual:
sang perchentaan :"pagi tadi semayang subuh tk?".
aku : "semayang la..kenapa?".
Sang perchentaan : "tak lah..kalau kita mati tadi dengan tak semayang subuh..macam mane la kite nak jawab kt malaikat nanti yek."

p/s: tetibe terasa takut plk...kalau lee aku mati...or..sang perchentaan aku mati...isk.!tak anggup le aku nak bayangkn!

Tuesday, July 27, 2010

Tikus..

Dulu, masa mula-mula nak involve tanam cendawan..macam-macam la dugaan...Salah satu nye ialah serangan tikus..tikus tuh bukan setakat sepah kan rumah cendawan (berak,kecing kt rumah cendawan) tapi siap beranak lagi kt situ youuuu!!


dia attack bongkah cendawan yang dah hampir penuh...lagi 2 minggu lagi boleh tuai..kat situ la tempat yg dia suka beranak...

bile ingat balik...geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nyeee!!
anak dia masih merah..berdenyut-denyut...bunyi berdecit-decit.....
semua yang duduk kt bongkah tuh masih hidup..yg jatuh kt bawah tuh rasanya dah mati

abeh bongkah cendawan rosak dikerjakan mak tikus

tapi tuh dulu...end of 2008...lps dah buat langkah2 penjagaan,alhamdulillah,semuanya kembali ok...
harap-harap semuanya di permudahkan..
amin..

Monday, July 19, 2010

Nikmatnya Menyusukan Anak..

Ade seorang Mr.X, membuat lawak bodoh dengan mengatakan puting aku mesti panjang sebab breastfeed kan anak lama sangat.Mr.X=suami org,mempunyai isteri.mempunyai anak-anak.


Ade jugak Mrs.Y, menasihatkan aku supaya berhenti breastfeed demi untuk menjaga kecantikkan badan, utk mengelakkan breast menjadi layut.utk mengelakkan suami mencari yang lain.untuk mengelak badan berbau masam.Mrs.Y=Isteri Org,mempunyai suami,mempunyai anak.

kata-kata daripada org2 seperti di atas, menunjukkan betapa jahilnya diaorg mengenai Breastfeeding.Sekaligus, menunjukkan betapa bodohnya dia...konon2 pandai dan tau macam2..tapi apa yang dia ckp, tak tally dgn fakta.Semuanya mitos semata-mata..

Kesian orang-orang yang macam ni...bukan setakat kesian kt dia..kesian sekali kan anak dia..disebabkan mentality yang bodoh tuh, anak dia terheret sama...

Husna sekarang dah 1 tahun 2 bulan.And I'm very glad until now i can still breastfeed my daughter and also yet to buy any formula milk..Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku untuk terus menyuskan Husna.Harap-harap dapat la capai target menyuskan husna AT LEAST umurnya 2 tahun...Ibu akan buat segala-galanya yang terbaik untuk kau nak..

Husna 1 bulan=6.1kg


sila google sendiri untuk mencari kebaikkan menyusukan anak..


(Husna 5 bulan-dah pandai memapah-mapah)



Kebanyakkan kita, selalu educate para2 ibu, tentang kebaikkan menyusu.Tapi aku rasa para-para lelaki/suami pun patutnya sama kena educate supaya mereka tidak cakap perkara-perkara yang boleh menunjukkan kebodohan mereka sendiri di khalayak umum.

Ibu yang menyusukan anak sangat memerlukan sokongan orang-orang yang terdekat.Terutama para suami. (Terima kasih sang perchentaan, kerana sungguh tabah menyokong isterimu ini..hehe).

(husna 4 bulan)


Suami boleh memberikan sokongan dengan membelikan set/equipment utk memudahkan ibu memerah susu di tempat kerja.contohnya belikan mesin perah tuh ke..belikan cooler bag ke..milk storage bottle ke...nursing bra ke..dan macam2 lagi lah.Isteri yang menyusukan anak memang akan cepat lapar. Jadi kalau dalam kereta utk perjalanan yang jauh, si isteri mintak nak makan...sila berhenti cepat-cepat di RNR or kedai2 yang berdekatan ye..dia punya tahap lapar..kadang-kadang badan sampai mengigil-gigil atau nak jalan pun tak terdaya.Sila prihatin ye suami-suami. :).

Suami akan kelihatan tersangat chomel,kiut,hensem,macho,gagah perkasa kalau dia menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya yang menyusukan anak...

Pernah satu ketika, ade seorang doktor yang advice kan supaya aku start campurkan susu utk Husna.Masa kerja, kasi husna minum Formula Milk. dan Malam baru kasi susu ibu.Alasan doktor tuh ialah, nanti baby dah ada gigi, dia akan gigit breast kita, pastu kalau luka, boleh dapat infection which is not good to both baby and mother.

Jika para isteri berhadapan dengan situasi seperti di atas, sang suami perlulah dengan gaya machonya mempertahankan pendirian isteri. Tak backing depan2 doctor pun tak pe lah. Bila balik rumah sang suami ckp:
"itu pendapat peribadi doktor tuh..sayang teruskanla dengan misi syg sampai anak umur 2 tahun.Dah banyak fakta buktikan breastfeed mmg banyak kebaikkannya utk ibu, anak dan keluarga."
Bila suami cakap sedemikian rupa..percayalah, isterinya akan rasa macam nak peluk-peluk,timang-timang,cium-cium suami terchenta. hehe..
:)

Wahai ibu-ibu yang menyusukan anak.Hanya kita je yang tau betapa nikmatnya rasa sewaktu menyusukan anak. Anak akan direct attach dengan kita.Sambil menyusu, tangan kecil itu merayau-rayau ke muka,ke badan,ke tangan...pada masa yang sama, kita pun akan melakukan perkara yang sama.Usap2 kepala si kecil.belek-belek tangannya yang kecil dan sebagainya. Kadang-kadang rasa macam nak nangis.Macam tk percaya. melihat anak kecil itu membesar.Dulu time baby, bile menyusu, badan dia kecik je.Skng dh besar.kalau nak menyusu siap panjat-panjat badan lagi."owh..anak aku sudah besar."

Kepada sesiapa sahaja yang masih menyusukan anak, sama-sama lah kita meneruskan misi.Pedulikan mereka yang mengata-ngata/mengejek kita.Allah tak zalim kepada wanita. Sebab itu,Kalau kita buat observation, sapa-sapa yang menyusukan anak, pasti akan kelihatan cantik dan menawan... :)
Cuba Tgk tangan baby yang kecik tuh kat mane?? :)
p/s: terima kasih kpd kawan2 yang telah menggalakkan aku utk bf kn husna.Aza and Lin Kecik.I love you! muah!muah!.hehe

Wednesday, July 7, 2010

Gembira walaupun penat

Memang tak dinafikan, mmg agak memenatkan aktiviti 2-3 minggu kebelakangan ni. Malam tido lewat, pagi bgn awal. Cume malam jumaat aje yang tido awal sikit. Sbb takut ngantuk mase khatib bace khutbah jumaat.cewah. Takpelah sume tu...mintak2 segala usaha membuahkan hasil yang baik.

Antara yang paling menggumbirakan hati ini ialah...Husna dah pandai panggil aku ayah. Comel aje bunyinye....'ai yaaa....' . Mcm tak caya pulak ade org panggil aku ayah. Aku asyik soh die panggil aku aje.. bile die panggil aaii yaaa... aku jawab 'sayeee...' . Pastu die panggil lagi, aku jawab lagi, panggil lagi, jawab lagi dan seterusnya sampailah aku penat. Walaupun sebelum ni ade yang panggil aku 'pak su' dan 'tok chu' (adei...aku ade ramai cucu sedare tau..cicit2 pak long dan pak ngah aku), tapi panggilan ayah ni mmg paling syok didengar lah. Rase seperti seorang yang gagah perkasa yang sentiasa berjuang untuk keluarganya. cewah....

Untuk ibu Husna plak lagi best, Husna panggil die 'ab buuuuu....'. ehehehe... teringat zaman ngaji muqaddam dulu2... abu, tausi, jaiha, huda.. ;) takpelah...lame2 pandailah sebut tu. Lepas ni klu Husna dah pandai panggil ibu bebetul mintak2lah die pandai cakap...'ibu, nak makan bu...', 'ibu, nak mandi bu.....', 'ibu, nak berak...', 'ibu, nak beli menan bu...', 'ibu, nak susu...'. ataupun pandai jerit mcm ni...'nak ibu buat! nak ibu buat! nak ibu buat!!!!!! ' . Ade mase nnt aku ajar die ckp mcm tu. muahuahuahua!

Oklah. kesimpulannya, mood kiteorang 2-3 minggu ni ialah...gembira dalam kepenatan. Sekian, terima kasih.