Tuesday, November 23, 2010

Kegemaran Cok Atok

Salam semua. Lama tak update blog ni. Dah bersawang dah pun. Dah name pun laman sesawang kan...jadi penuh sawang lah.

Diam tak diam, Husna dah pun satu setengah tahun. Kejap aje rasenyer. macam2 dah si kecik ni dah pandai. Penat2 keje, atau pening2 pikir psl nak jadi kaye raye, bile dpt main2 ngan si kecik ni ilang rase penat tu.

Untuk post kali ni cukuplah kite tgk gambar ajelah kan. gambar2 kat bawah ni antara perkara yang Husna suke sgt buat.

Pertama : Naik troli kat shopping complex. Mcm2 aksi die kalau dapat naik atas troli ni. Dulu elok aje duduk diam2, skrg ni asyik nak berdiri plak.

Kedua : Pantang jumpe playground or playhouse. dah start main mmg susah nak ajak balik.





Ketiga : Menulis dan mewarna. Setakat ni belum lagi kat dinding lah. masih lagi kat buku or kertas. Kertas tu termasuklah surat2 dan bil2 kiteorang atau assignment ibu die.



Keempat: Urut2 dan picit2 belakang ayah. Best gak die urut. Semayang pun dah tahu dah skrg ni.












Kelima : Suke membaca buku. Setakat ni die bace buku bahasa jerman sahaja.





Keenam : Tgk pengantin atau lebih tepat tgk kepak2 geboom2....

Sekadar gambar hiasan sahaje ye... aku tak ada niat tak baik pun nak tunjuk gambo ni. Walaupun agak pelik sebenarnya gambo ni. Lom penah aku tgk pengantin tambah nasik mase makan beradab. ganas tul.


Nanti ada masa aku sambunglah lagi perkembangan Husna.

Tiba2 aku terpikir sesuatu. Boleh tak anak kedua, ketiga dan seterusnya dapat perhatian sama seperti apa yang anak sulong dapat? Setiap tingkah laku, perbuatan, percakapan semuanya jadi perhatian. Klu tgk balik album lame2, gambo akak sulong aku yang paling bnyk gambo. Aku punye gambo paling sikit.

Ni ape yg aku terpikir aje. Bukan nak dengki ngan anak sulong. bini aku pun anak sulong gak. muhuahuahua... Salam geng.