Monday, July 19, 2010

Nikmatnya Menyusukan Anak..

Ade seorang Mr.X, membuat lawak bodoh dengan mengatakan puting aku mesti panjang sebab breastfeed kan anak lama sangat.Mr.X=suami org,mempunyai isteri.mempunyai anak-anak.


Ade jugak Mrs.Y, menasihatkan aku supaya berhenti breastfeed demi untuk menjaga kecantikkan badan, utk mengelakkan breast menjadi layut.utk mengelakkan suami mencari yang lain.untuk mengelak badan berbau masam.Mrs.Y=Isteri Org,mempunyai suami,mempunyai anak.

kata-kata daripada org2 seperti di atas, menunjukkan betapa jahilnya diaorg mengenai Breastfeeding.Sekaligus, menunjukkan betapa bodohnya dia...konon2 pandai dan tau macam2..tapi apa yang dia ckp, tak tally dgn fakta.Semuanya mitos semata-mata..

Kesian orang-orang yang macam ni...bukan setakat kesian kt dia..kesian sekali kan anak dia..disebabkan mentality yang bodoh tuh, anak dia terheret sama...

Husna sekarang dah 1 tahun 2 bulan.And I'm very glad until now i can still breastfeed my daughter and also yet to buy any formula milk..Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku untuk terus menyuskan Husna.Harap-harap dapat la capai target menyuskan husna AT LEAST umurnya 2 tahun...Ibu akan buat segala-galanya yang terbaik untuk kau nak..

Husna 1 bulan=6.1kg


sila google sendiri untuk mencari kebaikkan menyusukan anak..


(Husna 5 bulan-dah pandai memapah-mapah)



Kebanyakkan kita, selalu educate para2 ibu, tentang kebaikkan menyusu.Tapi aku rasa para-para lelaki/suami pun patutnya sama kena educate supaya mereka tidak cakap perkara-perkara yang boleh menunjukkan kebodohan mereka sendiri di khalayak umum.

Ibu yang menyusukan anak sangat memerlukan sokongan orang-orang yang terdekat.Terutama para suami. (Terima kasih sang perchentaan, kerana sungguh tabah menyokong isterimu ini..hehe).

(husna 4 bulan)


Suami boleh memberikan sokongan dengan membelikan set/equipment utk memudahkan ibu memerah susu di tempat kerja.contohnya belikan mesin perah tuh ke..belikan cooler bag ke..milk storage bottle ke...nursing bra ke..dan macam2 lagi lah.Isteri yang menyusukan anak memang akan cepat lapar. Jadi kalau dalam kereta utk perjalanan yang jauh, si isteri mintak nak makan...sila berhenti cepat-cepat di RNR or kedai2 yang berdekatan ye..dia punya tahap lapar..kadang-kadang badan sampai mengigil-gigil atau nak jalan pun tak terdaya.Sila prihatin ye suami-suami. :).

Suami akan kelihatan tersangat chomel,kiut,hensem,macho,gagah perkasa kalau dia menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya yang menyusukan anak...

Pernah satu ketika, ade seorang doktor yang advice kan supaya aku start campurkan susu utk Husna.Masa kerja, kasi husna minum Formula Milk. dan Malam baru kasi susu ibu.Alasan doktor tuh ialah, nanti baby dah ada gigi, dia akan gigit breast kita, pastu kalau luka, boleh dapat infection which is not good to both baby and mother.

Jika para isteri berhadapan dengan situasi seperti di atas, sang suami perlulah dengan gaya machonya mempertahankan pendirian isteri. Tak backing depan2 doctor pun tak pe lah. Bila balik rumah sang suami ckp:
"itu pendapat peribadi doktor tuh..sayang teruskanla dengan misi syg sampai anak umur 2 tahun.Dah banyak fakta buktikan breastfeed mmg banyak kebaikkannya utk ibu, anak dan keluarga."
Bila suami cakap sedemikian rupa..percayalah, isterinya akan rasa macam nak peluk-peluk,timang-timang,cium-cium suami terchenta. hehe..
:)

Wahai ibu-ibu yang menyusukan anak.Hanya kita je yang tau betapa nikmatnya rasa sewaktu menyusukan anak. Anak akan direct attach dengan kita.Sambil menyusu, tangan kecil itu merayau-rayau ke muka,ke badan,ke tangan...pada masa yang sama, kita pun akan melakukan perkara yang sama.Usap2 kepala si kecil.belek-belek tangannya yang kecil dan sebagainya. Kadang-kadang rasa macam nak nangis.Macam tk percaya. melihat anak kecil itu membesar.Dulu time baby, bile menyusu, badan dia kecik je.Skng dh besar.kalau nak menyusu siap panjat-panjat badan lagi."owh..anak aku sudah besar."

Kepada sesiapa sahaja yang masih menyusukan anak, sama-sama lah kita meneruskan misi.Pedulikan mereka yang mengata-ngata/mengejek kita.Allah tak zalim kepada wanita. Sebab itu,Kalau kita buat observation, sapa-sapa yang menyusukan anak, pasti akan kelihatan cantik dan menawan... :)
Cuba Tgk tangan baby yang kecik tuh kat mane?? :)
p/s: terima kasih kpd kawan2 yang telah menggalakkan aku utk bf kn husna.Aza and Lin Kecik.I love you! muah!muah!.hehe

8 comments:

Iryani Noor said...

aku rasa agak budus la mamat yg ckp mcm tu ngan ko.. nampak sgt die tak tau kebaikan BF nie.. serious aku ckp, aku sgt sgt sgt sgt jeles ngan member2 yg dpt fully BF anak masing2.. aku just dpt tumpang happy je sbb aku tak mampu nk susu kn sofia mcm tu... since dr pregnant lg aku mmh dh pasang niat nk BF kn die sampai umur 2thn, class aku dh pegi, gadget2 utk pump, storage smer dh ader.. tp sampai masa susu xder.. sgt2 depress okehh..
ape pon lyn, aku doa kn moga Allah permudahkan urusan ko utk BF kan husna sampai 2thn.. pedulikan apa org ckp, yg penting ko tau kebaikan BF & itu sememang nyer hak anak ko smpi die berumur 2 thn =p..
teruskan usaha ko.. chiok chiok..

Diyana said...

lin,ape ko makan utk tmbhkn khasiat susu bdn ek?*fuh,sgt bersemangat ek husna time kecik.ali 5 bln baru 7 kg.

lynnlyana said...

yani:tk de rezeki sofia utk fully bf mummy dia..maybe rezeki sofia kt tempat yg lain...tp tk pe yani, ko dah ade niat tuh dah kira cukup murni dah tuh..patutla ko pun nmpk mcm berseri-seri..hehe..aku doakan, turn adik2 sofia nnt,ko dpt fully bfkn diaorg..Thanks sbb doakan utk aku gk.. :)

donat:alin 5 bulan=7kg, kire semangat gk tuh..muke ali sungguh otai ok..hehehe..aku makan byk buah2an.terutama buah pair n makan pil calcium magnesium..selamat mengbfkn ali... :)

Diyana said...

mkn pil kalsium ek..ok.esok jg aku gi carik.:)

chika said...

Breastfeeding la membantu badan ibu jadi langsing. Kan? Breastfeeding is healthy. To both mommy and baby.

NM said...

muah kat ko gak lin! :D teruskan perjuangan ko yek.

abaikan mulut takde insurans tu..

3740Journal said...

huhu. ko la idola ku skang weyhh..

doakan aku dapat fully BF alyff sampai umur dia 2 tahun.

sarah said...

sebab tuh cuna dobot waaa hala cuna debot dobot