Showing posts with label Husna. Show all posts
Showing posts with label Husna. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Husna dan Sekolah..

*menaip sambil memegang bulu ayam..

Hari ni dah masuk bulan Februari 2012. Ini bermakna sudah genap 1 bulan husna ke sekolah. Terasa sungguh aku dah semakin makcik. Setiap kali siapkan anak ke sekolah, mesti teringatkan mak. Agaknya, macam ni la keadaan mak pagi2 siapkan anak-anaknya.

Minggu pertama ke sekolah, memang mencabar. Husna bangun menangis-nangis. owh..sayunye hati ni bila dengar dia merayu. 'Bu, jangan pergi kerja bu..'. Air mata meleleh-leleh. Muka dia mencemik-cemik. Sedih betul dia. Setiap kali dia begitu, aku peluk dia kuat-kuat. Peluk yang kuat, sehingga aku terasa dengupan jantungnya. Laju. Owh, emosinya tidak stabil dan barangkali dia ketakutan atau pun stres sbb akan dihantar ke sekolah. Aku terus memeluk sambil mengusap-ngusap belakang badan dia sehingga aku dapat rasakan dengupan jantungnya kembali stabil. Apabila tangisan dia reda, perlahan-lahan aku kata 'Husna kena pegi sekolah nak..rumah kita dah tak de bibik.Ibu,ayah pegi kerja.Carik duit untuk kita.Pukul 5 ibu janji ibu dan ayah akan amik Husna.Jangan menangis lagi..Husna sudah besar..Kesian la kat ibu Husna..'. Aku betul-betul rasa sebak setiap kali dia begitu. Rasa sakit dada ni tahan air mata drpd keluar.


Hari pertama ke sekolah.

Kadang2 rasa hampir kalah dengan tangisan Husna.Mujur sang perchentaan ada. dia la yang tukang kasi semangat. Dan kini, diam tak diam, dah satu bulan dia ke sekolah. Kadang2 Husna yang kejutkan aku.Dia yang ajak mandi.Dia yang pilih baju sendiri di almari. Anak ibu budak bijak.Budak bijak memang begitu.. :)..

Aku semakin lega dan selesa menguruskan rumah tanpa bibik. Cuma agak penat.Tapi rasa sangat puas hati dan berbaloi. Agak2 mcm ni la yg ibu2 lain rasa ye. :) Tahniah la kepada ibu2 yang bekerja yang dapat menguruskan kedua-duanya serentak. Kagumnya aku..





antara aktiviti aku dan Husna.Basuh baju bersama-sama.Ketiadaan bibik membuatkan banyak masa untuk kami bersama-sama.. :). Penat yang berbaloi..

Aku terasa aku seorang makcik yang comel setiap kali hantar Husna ke sekolah. Setakat ni, nama-nama kawan yang Husna sebut kat rumah semuanya laki-laki.Luqman,Aqil Iman,Abg Nukman,Darwish, Haqimi, Aqil Zarifudin. Balik rumah dia bahasakan dirinya 'Kita', dan 'Awak' untuk Ayah dan Ibu. Sangat Chomel. Kegemaran Husna adalah Ben10, Boboy, Upin&Ipin dan Agry Bird. Bag sekolah,Jam,Kasut=jenama Ben10. Tiap-tiap hari tunjuk pandai.. hihihi..


Kawan-kawan Husna.. :)

Dan sekarang aku faham maksud 'Your kids are your reflection..'.. :)



Kasut dan Beg Ben 10

Hari jumaat ni ada perjumpaan ibu-ibu yang pertama di skolah Husna. Ini aktiviti bulanan. Rasa tak sabar nak join. Kena bawak kotak. Gila tak sabar..hehe!!



Daily Report..Cikgu akan kasi report pasal anak setiap hari.

Wahai Husna,Husna dah nak masuk 3 tahun nak..membesarlah engkau dengan sihat dan gembira anakku. Doa ayah dan ibu sentiasa akan mengiringi langkah mu.. Kau takkan tahu bagaimana perasaan seorang ibu, sehingga engkau sendiri bergelar ibu...







Good luck untuk Husna dan semoga Husna akan terus berjaya.. :)

Wednesday, May 25, 2011

29..

Hari ni 25 may hari jadi aku..syukur masih lagi bernafas di bumi Allah ini..mati2 aku ingatkan birthday aku esok=khamis..hidup baru nak lega..fikiran baru nak rasa lapang..utk report thesis,baru je hntr buat hard cover bind..mintak2 lulus la..amin..
Setelah 2 tahun hidup terkejar-kejar..tido tak cukup..bilik besepah-sepah..makan tak tentu masa,akhirnya sampai jugak aku kt peringkat ini..klu lulus suma,maksudnya aku akan totally merdeka..klu tak lulus..alamatnya,terpaksa la repeat..

Adik ipar aku,skng kat labour room..aku skng kt spital,dengan sang perchentaan,husna,mak n ayah..tak sabar nk tgk kehadiran org baru dlm keluarga ini..mudah2han suma selamat..sekarang dh bukak 7cm..klu ade rezeki, berkongsi tarikh lahir la nmpknya baby baru dgn maklongnya.sang perchentaan ckp,jimat skit kek..hehe

13 may lepas,genap umur husna 2 tahun..ini bermakna,sudah dua thn husna minum susu ibu.. :) alhamdulillah..syukur Tuhan,Kau permudahkan segalanya..sejak semalam,husna dh di train tak pakai pampers..(Waktu siang je la)..utk 1st day,7x tukar seluar akibat terkencing..1x berjaya pegi ke toilet utk settlekn urusan..utk hari ni,husa menunjukkn improvement.dia dah pandai bgtau bila nk kencing dan 1 seluar pun tk basah utk hari ni..Tapi ibu dia penat la.asyik kena tnya setiap 15 min.. :) tak pe lah..ape2 pun tahniah anak!esok kita cuba lagi!
Harap2 esok pn ade improvement..kalau tk de improvement tk pe la nak,janji kita cuba.. :)

Untuk susu formula pertama husna,aku dah amik beberapa sample..setakat ni husna reject anmum..nnt try utk frisco..aku nk try s26 tp aku carik tanda halal tk de la pulak (ke aku tk nmpak)..lps ni nk try enfagrow n dutchlady harap2 jumpe la susu yg sesuai utk husna nnt..

Utk sang perchentaan..I always luv u..(Alhamdulillah,dia dah dapat pindah di melaka by next week) yeaa!!moga2 rezeki kita akan bertambah murah lepas ni..dan segala urusan akan dipermudahkanNya..

Utk ibu2..rasanya,masih tk telambat utk wish selamat hari ibu.ade seorang sahabat rasulullah sentiasa memangku ibunya yg dah lama sakit..satu hari dia bertanyakan kepada Rasullullah 'Ya Rasulullah,adakah apa yang aku buat ini berbaloi?' Lalu Rasulullah menjawab "apa yang kau buat sekarang ini (yakni menjaga serta memangku ibunya yg sakit) tidak sama dengan 1 hembusan nafasnya sewaktu ibumu melahirkan dirimu"

Subahanallah! Tingginya pengorbanan seorang ibu..
Hanya ibu memahami ibu!!

Tuesday, April 12, 2011

Dugaan..

aku rasa sejak2 ni macam2 dugaan lah..masa dah semakin suntuk..macam-macam benda tak settle lagi..project paper baru sampai phase edarkan questionnaire..aku buat psl learning..aku rasa tajuk dia interesting..nanti kalau ada kelapangan, aku akan share kan sini..

bibik aku yang aku ceritakan kat entry ni dan ni, aku dah hntr balik hari isnin lepas..flight dia ke jogjakarta pkul 7 am..so subuh-subuh adam,pkul 3 am kitaorg bertolak ..2 hari sebelum dia bertolak, aku ajak dia pegi shopping dulu..untuk dia beli buah tangan keluarga dia..setelah 2 tahun berkhidmat, jaga cuna, tiba masanya untuk dia pulang..harap2 cuna OK lah..dan harap2 jugak, cuna ok dengan bibik baru..risau aku...ape2 pun aku berterima kasih kt bibik ni..


husna baru baik demam.1 minggu dia demam.ala2 semput..dada dia bebunyi macam air mengelegak tuh.2 malam aku tak tidur...alhamdulillah Husna dah semakin ok.


bibik baru kena hantar pulang indon next week. dia ada tiroid.leher dia bengkak.setakat ni, keja dia ok lah..dan aku puas hati..baik, dan semayang..tapi mcm tak sampai hati pulak tengok dia ala2 macam sesak nafas kalau penat..dia kalau penat, lehernya keras, dan akan rasa tercekik..risau pulak nak tinggalkan dia berdua dengan husna.So,aku dan sang perchentaan decide utk hantar dia pulang, buat operation dulu..kalau dah sihat nanti leh contact aku balik untuk kerja.

Aku buntu lah..next week bibik dah hantar balik, sape mau jaga husna? aku survey2..taska leh hantar seawal 7.30 am. dan boleh amik budak pkul 5pm..selalunya kalau balik kerja,aku sampai paling awal pun pkul 7pm..kesian anak aku..huhuhu..tengok la macam mana nanti nak handle.makin lama pikir,kepala makin pening dan serabut..

Budak yang semakin becok.hobi dia asyik nyanyi dan bercerita je.Cakap pun dah butir.ayat pun dah penuh.'Bu, tolakkan beskal una bu..', 'ayah jom main bola nak?' chomelnye suare die.. :) selalu buat ibu rindu..lps ibu abeh blaja, kita pegi jalan2 eh bucuk ??


aku present thesis on 7th May. Tadi boss call aku. dia nak f2f meeting in early May.ape aku nk update kat dia ni??progress keja sangat slow...besilat la aku nk jawab suma soalan dia nanti..boleh ke aku manage ni? aku tak mo extend study! aku pun tak mo performance keja aku terganggu..tak mo!tak mo! ...Adeii!!

sejak 1 bulan ni, mata aku mcm semakin kabur..kepala pun asyik pening.tadi 1 hari aku tak buat ape pun kerja kt opis.sbb aku macam tak boleh nak tengok skrin.mcm suma huruf tuh bersambung-sambung.tak dapat nk baca.dah lebih 1 minggu gak aku jalan macam tak jejak tanah dan tak nampk orang. bape orang ntah aku dah terlanggar time berjalan. Kenapa dengan aku ni?rabun semakin teruk kah? ke aku dah terlampau penat??


p/s : aku nak tidur..tapi tak boleh tidur, sebab hati runsing. mak cakap,mengadulah segalanya kepada Dia kerana Dia maha mendengar...


Ya Allah, Berikan lah kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini..tunjukkan lah aku jalan, untuk hilangkan akan segala kebuntuan..permudahkanlah segala urusanku, wahai Tuhanku yang Maha Pengasih dan yang Maha penyayang... amin..

Wednesday, February 23, 2011

Husna Ibu.. :)

sekarang cuna dah 1 thn 9 bulan..bau baby pun dah ilang..husna ibu dah besar..dia dah pandai buat macam2.... :)


kalau aku call kat office :

aku : una tengah buat ape tuh?
husna : una mamam
aku : mamam ape?
husna : acik (nasik)
aku : lagi mamam ape?
husna : acik ngn ayammm

kadang2 :
aku : una tgh buat ape tuh?
husna : buu..mehhh cini buu ..mehh buuu
aku : ibu keje la..petang kang ibu balik ok..
husna : una nak nenen bu..plishhhhhhhhhhhhh..
haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...rasa mcm mau lari balik rumah..

dia dah pandai teropong..ni ayah dia yg ajar..teropong atuk dah jadi harta dia dah..malam2 tengok bintang ngn atuk.



kadang-kadang, dia tulun ayah packing cendawan..


pun dah pandai mintak atuk n nenek vitagen dan aiskem..

tokk..una nak tagen (vitagen) tok..plishhh...
nek..una nk askem nekk..plishh..

dan..hati atuk n nenek pun akan cair...kalau mintak confirm dapat..nanti kita tunggu anak mak ngah kuar ok cuna...saham cuna confirm jatuh nnt..hehehe

note : askem and vitagen di had kn minum/makan hanya sebulan sekali.tk boleh lebih2 ye cuna.


mengira 1-10 pun lepas..ABC dlm 75-80% kot betul..aku yg pandai2 kasi markah..hihihi..over tuh suara mak dia..



kejap je nk masuk bulan 3..misi aku menyusukan husna sepenuhnya sampai umurnya AT LEAST 2 tahun sudah hampir tercapai...mintak-mintak Allah permudahkan segalanya untuk kita nak.. amin..

beberapa jam sebelum husna di lahirkan...


masa itu, aku betul2 bertekad,dalam hati aku berazam.. aku takan beli susu formula/susu tepung sampai la umurnya at least 2 tahun..dan misi itu hampri tamat..berjayakah aku??

sama-sama kita tungguuuuuuuuuuuuu......

Friday, September 24, 2010

Melatih Anak Menabung..

selalunya,aku akan kumpul sebanyak-banyak syiling dulu sampai kembung purse aku. Bila purse tk tk boleh nak tutup, aku akan masukkan suma syilling tuh dalam tabung haji husna. Ayah husna pun sama. Dengan kata lain, segala syiling-syiling kitaorg ada, akan masukkan dalam tabung husna..

Selain tuh, memang dari dulu habit aku, kalau membeli belah, atau membuat apa-apa bayaran, aku akan try elakkan guna syiling. kalau RM 6.20 jumlah yang perlu dibayar, aku akan kasi RM 7. Dengan cara ini ianya akan dapat mengembongkan purse aku dengan begitu pantas dan berkesan sekali.

Bila husna dah masuk 1 tahun,aku mula ajar dia masukkan syiling sendiri dalam tabung. Mula-mula kita buat depan dia, masuk kan syiling satu per satu.Syiling yang lebih tuh suruh dia masukkan pulak. Mula-mula agak kekok sikit.nak kasi sebijik syiling masuk pun susah.Tapi bila 4-5 kali try,lama-lama laju je dia masukkan.Kalau dia agak-agak susah nk masukkan syiling tuh, siap dia adjustkn kedudukan tabung or kedudukan tangan dia lagi...hehe




syiling yang paling laju husna masukkan ialah syiling 20 sen.


Setelah mengadakan 2-3 kali session "mari menabung bersama ibu dan ayah", husna dah paham sendiri dah.Kalau dia jumpa syiling, dia akan amik syiling tuh, terus lari ke tabung dia dan masukkan sendiri syiling tuh.Selalunya husna boleh jumpa banyak syiling kat bilik atuk dan nenek dia..hehe..kadang-kadang kalau nak pujuk dia nangis, kasi je syiling kat dia .Nanti dia akan senyap dan terus masukkan syiling yang kita kasi tuh kat tabung dia.(kadang-kadang la).

Biasanya, kalau letak syiling sampai penuh dalam tabung haji punya tabung, dapat la dlm RM 70 ke RM 80. Kadang-kadang, kalau aigin pus-pus dah datang, aku dan sang perchentaan plak yang terlebih-lebih excited nak penuhkan tabung tuh.Bila penuh je sampai syiling tk boleh masuk lagi, kitaorg akan terus bank-in kan ke akaun tabung haji husna..

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...harap-harap, saving husna dapat bertambah la dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun.Aku dan sang perchentaan dah buat perjanjian dan bertekad, kalau susah/terdesak macam mana pun, kitaorg try elakkan untuk keluarkan/guna saving husna ni sampai la dia nak masuk university nanti..


Harap-harap jugak tak de la upacara goda menggoda antara suami isteri utk memujuk pasangan keluar kan duit saving anak nnt..kekekeke..

budak ni semakin anak dara tau..selalu berangan,bercakap,main-main dgn mimi dia.

Wednesday, July 7, 2010

Gembira walaupun penat

Memang tak dinafikan, mmg agak memenatkan aktiviti 2-3 minggu kebelakangan ni. Malam tido lewat, pagi bgn awal. Cume malam jumaat aje yang tido awal sikit. Sbb takut ngantuk mase khatib bace khutbah jumaat.cewah. Takpelah sume tu...mintak2 segala usaha membuahkan hasil yang baik.

Antara yang paling menggumbirakan hati ini ialah...Husna dah pandai panggil aku ayah. Comel aje bunyinye....'ai yaaa....' . Mcm tak caya pulak ade org panggil aku ayah. Aku asyik soh die panggil aku aje.. bile die panggil aaii yaaa... aku jawab 'sayeee...' . Pastu die panggil lagi, aku jawab lagi, panggil lagi, jawab lagi dan seterusnya sampailah aku penat. Walaupun sebelum ni ade yang panggil aku 'pak su' dan 'tok chu' (adei...aku ade ramai cucu sedare tau..cicit2 pak long dan pak ngah aku), tapi panggilan ayah ni mmg paling syok didengar lah. Rase seperti seorang yang gagah perkasa yang sentiasa berjuang untuk keluarganya. cewah....

Untuk ibu Husna plak lagi best, Husna panggil die 'ab buuuuu....'. ehehehe... teringat zaman ngaji muqaddam dulu2... abu, tausi, jaiha, huda.. ;) takpelah...lame2 pandailah sebut tu. Lepas ni klu Husna dah pandai panggil ibu bebetul mintak2lah die pandai cakap...'ibu, nak makan bu...', 'ibu, nak mandi bu.....', 'ibu, nak berak...', 'ibu, nak beli menan bu...', 'ibu, nak susu...'. ataupun pandai jerit mcm ni...'nak ibu buat! nak ibu buat! nak ibu buat!!!!!! ' . Ade mase nnt aku ajar die ckp mcm tu. muahuahuahua!

Oklah. kesimpulannya, mood kiteorang 2-3 minggu ni ialah...gembira dalam kepenatan. Sekian, terima kasih.

Wednesday, June 30, 2010

Penat..

skang ini jam telah menunjukkan pkul 12.45 pagi..aku masih lagi berjaga mengadap pc ku ini..(cesss..macam cerita hantu le pulaak..hehe) malam tadi tido pukul 3 a.m. mata dah tak boleh angkat gile dah ni..tapi ku gagahkan juga demi mengupdate blog yang sudah beberapa hari tidak berupdate ini..

(aku menaip sambil diiringi oleh dengkuran beralun-alun sang suami yang kadang-kadang sungguh mendayu-dayu, tapi kadang2 terbatuk-batuk akibat tersedak air liurnya sendiri.)

owh..bulan june adalah sungguh sibuk..aku sibuk sampai berat aku dah turun dah..hari tuh attend kelas, ade budak cakap aku dah kurus,cengkung dan macam orang sakit..aku mcm tak percaya sebab setiap kali aku berdiri di depan cermin, aku rasa muka aku masih lagi ala2 lisa surihani...masih chomel, kiut, lagi manjaa...yehaaaaaaaaa!! hehe..

awal june, ianya dimulakan dengan kedatangan Laura(perghhh ayat), one of my team mate dari US.Dia datang jumpa aku kat sini untuk finalize kan sistem yang aku tengah buat ni..nasib baik aku tak kena datang sana..tak sanggup nak tinggalkan husna lama-lama(2 minggu tuh)...stok susu husna pun cukup untuk 3-4 hari..Laura mengalah and dia yang visit aku kt sini selama 2 minggu..Trip ni aku request dengan boss aku sebab dah tak larat nak discuss through teleconference..project ni dah delay 4 bulan dah..kalau tak dapat siap before end of august, abeh le aku kena sembelih ngn bos aku nnt..huwawaawawawa!!mampu kah aku?..kelas aku dah start dah ni.....adei..
gambar diagram tuh aku snap sebab aku malas nak salin..summary pasal tuh belum siap lagi..tetiba terasa macam kepala otak ni berserabut gila..

pastu, projek cendawan "the 2nd phase" telah start.banyak nye cendawan nak kena handle...kadang-kadang rasa macam mau berhenti kerja and focus kat cendawan 100%..cendawan ni ala-ala anak nombor 2 aku & sang perchentaan la..tiap-tiap hari kena tengok-tengok dan bersih-bersihkan..



husna pulak semakin hari semakin lasak..sekarang dia dah pandai merangkak.tapi dia merangkak sangat kelakar..kadang-kadang nampak mcm ala2 labi-labi yang tengah berenang di kolam..kekeke...penat gak aku ajar husna macam mana nak merangkak..akhirnya dia dapat juga walaupun agak terkedek-kedenk dan selalu tertonggeng-tonggeng, tapi jadi laa...daripada tak tau langsung.. gambar kt bawah ni husna tengah tergonggeng bila dia nk merangkak..sib baik nangis kejap je..kesian husna..tak pe lah wahai anak...practice makes prefect.. :)

husna jugak dah pandai menyibuk..asal ayah dia nak urut kaki je, dia mesti nak menyibuk..kalau tak kasi urut dia akan menangis..so nak tak nak terpaksa la layan kan ajee..hehe...bukan setakat tuh ajek. kalau ibu dan ayah pegi kutip cendawan..dia pun sibuk kutip jugak..abeh rosak cendawan bila husna yang petik..tak pe la wahai anak..dah besar nanti tolong ayah n ibu ye..husna anak sulung..anak sulung kena tough and strong... :)




p/s: kejap je dah bulan July..jom list down kan apa achievement kita untuk azam 2010.hanya tinggal 5 bulan lagi untuk 2010...harap2 suma azam kita tercapai.. amin..
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..
kecuali mereka yang beriman,beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran..
serta berpesan-pesan dengan kesabaran..
(Al'asr 103:1-3

Friday, June 11, 2010

Apo nak buek ni?

Petang2 Jumaat ni mengantuklah pulak. Pepaham aje lah keje pepetang Jumaat ni. Otak asyik pikir cuti esok dan lusa. Sodap betullah bile pikir psl cuti.huhuhu... Apo nak buek hujung minggu ni ontah lah. Sabtu ado kenduri dopan umah. Sedaro plak tu. Klu nak merayap pun Ahad kot. Skrg ni Melaka tgh ada SUKMA. Byk tul kete. Esok ada perasmian kat Stadium Hang Jebat. Dah sah lorong masuk kampung tu sesak ngan kete. Mlm td Husna ikut nenek ngan mak ude die gi tgk raptai kat stadium. Kiteorang mmg tak larat ikut sbb mlm semalam tido lewat. Jadi mlm td ngantuk yang amat! Skrg ngantuk lagi ni. Rase nak tido mcm Husna kat bawah ni.

Sedapnye klu dapat bantal ngan tilam skrg ni. Hmmm.....

Tuesday, April 27, 2010

Gigi dan Demam

Husna demam sejak hari jumaat hari tuh..badan dia panas...malam pun tidur tk lena...asyik terjaga dan merengek-rengek...sepanjang malam asyik melekat je dgn ibu dia...lenguh badan ni menetekkan husna..mungkin sebab dia kurang makan...tak selera agaknya..so dia perlukan susu untuk kenyang kot..gigi baru je tumbuh 2 batang kat bawah...ni demam sebab nak tumbuh gigi atas agaknya..kesian husna...hari ni aku susah la nak focus kerja...asyik teringat je husna kat rumah....

yangg kt bawah ni pulak gambar pagi tadi..menangis-nangis nak ikut aku pegi kerja...kesian betul.. :(

cepat la husna sembuh...nanti boleh la ceria balik macam biasa....13 May ni genap Husna 1 tahun...tengah planning nk join besday aira...

p/s: aira, boleh tak husna join birthday aira? kite celebrate sama-sama nak ? ;)

Wednesday, April 21, 2010

Husna 11 Bulan

13 April minggu lps, genap umur husna 11 bulan..kurang 1 bulan lagi husna nk 1 tahun...kejap je la aku rase...mcm rindu plk saat2 mengandung..pastu kdg2 rase mcm tk sabar2 nk pregnant lagi..pastu rase baby tendang2 kt perut...best la..tp bile terkenangkn saat2 contraction..n sakit lps kene bedah..adeii...daku tangguhkn la dulu hasrat yg suci murni ithew..kekeke


mcm-mcm dh husna pandai buat..berlari dh laju, kalau kaki tersadung pandai dh topang tgn dia tk mo kasi jatuh..kadang2 time husna tgh jalan,saje je aku tolak sikit bdn dia..pandai dia balance badan..dh pandai turun katil..ayah dia ajar tiap2 mlm..skng ni dh expert..asal dia dpt turun katil je mesti sengeh n tepuk tangan..tapi nk naik katil tk expert lagi..tuh nnt tunggu ayah dia ajar for the next session plk..

husna jgk suka kumbah2 laci...bukak laci n kuar kan barang2 dlm laci tuh..lps tuh tepuk tgn...haihhhhhhhhhhhh.....tak tau le aku nk marah ke nk ketawa...mcm2 kerja dh pandai buat..sbb tuh berat dia dh susut skit..ari tuh timbang 9.6 kg.

husna akan amik kasut dia sendiri dan kasi kt kitaorg soh ajak jalan..gmbar kt bwh ni ,aku n sang perchentaan bwk dia g playground smbil2 suapkn makan lps si husna kasi sendiri kasut dia kt aku ajak jalan......badan mase tuh penat betul..satu hari suntuk g settlekn hal EPF...tp kitaorg layankn aje lah...alololololololololo..pandai betul..(izin kn aku memuji anak sendiri di sini..hikhikhikhik)
Baju dia byk dh tk muat...last 2 weeks aku g jusco ..aku shopping2 baju2 husna...sang perchentaan pulak temankan husna g main kt children play area tuh...enjoy betul bdk kecik ni.



masa dia tgk syok2 main keta...bila nk ajak balik dia nangis plk..nangis kuat gile..mcm kene pkul...adeeiii husna ...ibu kene semayang magrib le nak oi...nnt ade mase kite g lagi ok.kekeke



ape hadiah best nk kasi kt baby 1 year ek? korang ade idea tk? lupe plk nk bgtau...this week ialah aku punye final kelas utk sem 2...lepas tuh aku chotiiiiiiiiiiiiii..yehaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! mcm2 bende dh aku plan utk buat ni...bestnye dpt choti2 di hujung minggu bersama keluarga terchentaa! (tetibe terase mcm org baru kuar pnjara plk)...harap2 sem 2 ni lulus la suma subject..mls le aku nk extend2 n repeat2 ni..
finally : I'm looking fwd for our vacation in this May...yeahhh!! (smbill melompat-lompat kegirangan)
p/s: lps ni rase mcm nk touch blog ni la..pastu nk melawat blog2 kwn..pastu nk explore mcm ne nk letak kite jd follower kt blog org lain..(aku tk tau le mcm ne nk setkn kite jd follower kt blog org lain..sila jgn gelakkan saya.)

Tuesday, April 6, 2010

merangkak dan gigi

Husna skng ni bejalan dh laju dh..dia dh boleh berlari sikit2..minggu lps balik kmpung rembau..1 rumah dia jalan..penat betul nk ikut dia...ye la takut2 gk klu jatuh..husna klu jatuh nnt dia mcm fobia nk jalan sorang2..klu dia fobia..dia akan jalan sambil pegang tgn kita...smpai la dia rasa confident balik...bila dia dh rasa confident, then baru lah dia lpskn tgn kita pastu smbung jalan balik...skng ni dia mcm dh kemaruk nk jalan la...asal kita dukung je..menjerit2 n buat bdn macam ulat nk turun...hari sabtu lepas, kitaorg attend kenduri sepupu ayah husna kt dewan putrajaya...1 dewan tuh dia jalan..penat jgk nk mengekor dia dr belakang....boleh kurus laaa mcm ni youuuuuuuuuuuu....hehe..


walaupun husna pandai jalan kn..tp dia tk pandai merangkak or mengensot la....normal ke aa klu mcm tuh??katekn klu dia tgh baring kn..pastu nk amik satu barang yg dekat ngn dia...dia akan menyarap, pastu menonggeng..seboleh2 nk berdiri...pastu bile dh berdiri..menapak 2-3 langkah...then dia bongkok n baru la dia amik barang tuh......dia langsung tk reti merangkak..or mengensot..penat dah aku ajar dia merangkak..nangis2 dia tak mo..hmmm..

lagi satu kn..sampai skng gigi husna tk tumbuh2 lagi...lagi 2 minggu lagi, husna nk masuk 11 bulan dah..tp bayang2 gigi pun tk nmpk2 lagi...aku tgk gusi dia still rata..tk de tnda2 pun gigi nk tumbuh...org tua2 ckp klu cepat bejalan..lambat tumbuh gigi...n klu gigi tumbuh cepat..dia lmbat berjalan...walaupun aku tk nmpk mane logic nye...tp aku iyeekn aje lahh...mula2 aku risau gk...sampai la aku ade terbaca psl tumbuh gigi ni..dia ckp jgn risau sgt klu gigi baby lmbt tumbuh..ade baby dekat nk 2 thn baru nmpk gigi sebatang...husna baru nk masuk 11 bulan..so aku rasa tk payah le aku risau mcm nk rak kn...buat muka aku nmpk cepat tua jek..hehe..

pasal susu plak..skng ni aku perasan, husna kurang minum susu..walaupun susu byk...dia mcm tk suka la minum pakai botol....setiap hari aku bekalkn susu dia 10 oz..tp dia minum 5-6 oz jek..slalu 10 oz tuh abeh dia minum...skng dia prefer minum direct..tunggu smpi ibu dia balik..baru la dia minum ...dia tunggu nenen dia lah tuh...kdg2 tuh sakit2 badan aku..tk pe la..demi utk husna..akan ku lakukan apa shj (hehe)...tp aku still risau gk..kot2 dia tk mo langsung minum susu from botol...jd mcm si sara ...nk minum susu from nenen mama dia je..tk mo minum from botol or cawan..dh macam2 mama dia buat dh..tp tk mo jgk..tp dia punya active mengalahkn boy..hehe..

skng ni balik dr office aku slalu jiwang la...sang perchentaan dh burn kan satu cd lagu jiwang2..dlm cd tuh ade lagu Timang-timang anak ku sayang (Amat Amigos). berulang-ulang kali aku dgr..mcm tk muak plk..kadang2 dgr ..belinang-linang air mata aku..hehe..kita tkkan tau mcm mane mak bapak sayang kt kite smpai la kite ade anak ...then baru la kite tau mcm ne diaorg sayang kt kite...lirik yg paling buat aku tersentuh ialah yg ni :

Betapakah hati kn ria..
Bila kau bergurau dn ketawa..
Semogalah jauh dari mara bahaya sayang..
Riang gembira sepanjang masa..


ade sekali dua husna jalan, pastu jatuh..kepala berdentum kt lantai...2-3 hari jgk la ibu ngn ayah dia mcm mereng skit...rase risau,ralat,kesian suma ada...byk kali aku ckp kt sang perchentaan "mcm ni rupa2nya jd mak bapak"...
aku sedih ni..sejak smlm aku mcm tk boleh focus kerja tau..husna skng dh pandai tarik2 tudung aku smbil nangis2 nak ikut aku pegi keje..bile aku nk pass kn husna kt atuk or nenek or bibik dia..husna peluk aku kuat2..atuk dia umpan naik keta pun dia nangis2 tk mo...aku rase mcm aku nk nangis gila yg sampai kuar air hingus tuh..rasa mcm tk sampai hati sgt2 nk tinggal kn dia... :(

husna akan buat memek muka mcm kt bwh ni klu kita tnya dia "husna..ayah punye berak busuk mcm maneeeeeeee...??" nmpk sgt bau dia mcm tk boleh di maafkan.

p/s: korang penah rasa tk yg anak korang paling chomel dlm dunia ni..sape2 pun tk leh tanding kechomelan dia...anak kite la paling chomel dikalangan bdk2 sebaya dia..tp perasaan tuh korang pendam je...takut nnt org lain ckp korang perasan plk..hehe..penah rase mcm tuh tk? keke

Thursday, March 25, 2010

Husna 10 bulan ++

Alhamdulillah, 13 mac ari tu genap 10 bulan umur Husna. Dah banyak dah perkara yang die dah blaja dan reti buat. Berjalan pun dah konfiden dah. Dulu klu nak berjalan kene pagang tangan die. Skrg ni pegang sebelah tangan aje dan kadang2 tak perlu pegang pun die dah berani jalan sorang2. Sekali sekala jatuh tu biasa lah. Tak jatuh bile plak nak pandai jalan.

Alhamdulillah jugak hingga saat ini Husna masih lagi menyusu badan. Belum campur susu tepung lagi. Syukur kepada Allah kerana menganugerahkan susu badan yang banyak untuk Husna. Ibu Husna jangan merungut letih tau...nnt kurang pahala. Klu kene ejek pun bersabar aje kerana tu pun satu dugaan jugak. ;)
Husna pun dah pandai bagi respon-respon yang mencuit hati. Contohnya dah boleh lambai tangan (bye bye), flying kiss, goyangkan badan klu dengar muzik, buat gaya jawab telefon, buat bunyi kentut, buat memek muke bau busuk dan mcm2 lagi.

Ada juga beberape perkataan yang die dah boleh sebut. nak tahu perkataan pertama yang die sebut dengan betul dan paham maksud perkataan tu? bukan ibu ke..ayah ke... tapi LAMPU. Die pandai sebut perkataan tu dan die paham lampu tu ape. Perkara lain yang die paham ialah KIPAS, ATUK, NAK, BURUNG, KUCING, CICAK, BUKU, AIR dsb. Sib baik ramai yg nak melayan die. Boleh gak die blaja sikit2 kat umah.
Banyak lagi perkembangan Husna yang mengembirakan hati kiteorg dan telatah yang boleh menghilangkan penat kerja seharian. Syukur kepada Allah s.w.t dan semoga Husna membesar dengan sihat dan cerdas. Gambar kat bawah ni antara gambar terbaru Noorhusna.


Akhir sekali ayah ada lagu khas buat anak ayah Noorhusna. Kepada yang rajin download sendiri lagu ni. Timang-timang Anakku Sayang nyanyian Amat Amigos. Lagu ni ayah selalu dengar atuk nyanyi mase ayah kecik2 klu naik kete ngan atuk.

Timang timang anakku sayang
Buah hati ayahanda seorang
Jangan menangis dan jangan merajuk sayang
Tenanglah tenang di dalam buaian

Betapakah hati kan ria
Bila kau bergurau dan ketawa
Semogalah jauh dari marabahaya sayang
Riang gembira sepanjang masa

Setiap waktu ku berdoa
Pada Tuhan Yang Maha Kuasa
Jika kau sudah dewasa
Hidupmu bahagia sentosa

Timang timang anakku sayang
Kasih hati permata ayahanda
Tidurlah tidur pejamkan mata sayang
Esok hari bermain kembali



ps: pipi Husna kene geget nyamuk....

Sunday, December 13, 2009

Aset Husna 7 Bulan

Hari ni genap umur Husna 7 bulan. Sekejap aje mase berlalu. Dah makin lasak dan mcm2 perangai dah anak ayah ni. Sepanjang umur Husna 7 bulan ni byk jugak aset yang Husna dah kumpul. Aset tetap ni kalau ade rezeki lagi boleh dipeturunkan kepada adik die pulak. Itupun kalau husna tak karate semua barang2 die ni.

Ni aset pertama yang husna dapat. Terima kasih banyak2 kepada Unit Teknologi Maklumat, Politeknik Port Dickson kerana telah menyumbangkan baby walker ni mase husna baru lahir ari tu. Untuk makluman, husna dah gune baby walker ni mase umur die 4 1/2 bulan lagi. Tapi mase tu die masih pakai lesen L lagi. sekarang ni die dah gune lesen P. nampak gayanya tak lama lg dah boleh dapat lesen penuh. Boleh kurus nak kejar die nnt.


Stroller ni pulak dihadiahkan oleh staf-staf kat opis ibu. terima kasih banyak kepada staf-staf di Shell Refinery Company di PD kerana mengurangkan pengeluarkan aliran tunai kami ye.ehehehehe....senang gak ade bende ni. Husna masih lama makin sehat. nak dukung lame2 lenguh jugak tangan. Kalau pagi2 tu atuk pun gune stroller ni untuk bawak husna jalan2 kat luar kawasan umah ni sebelum atuk gi keje.

Aset ketiga ni adalah sumbangan daripada auntie2 member2 di UTM dulu. Kehadiran baby high chair ni telah mententeramkan kami untuk menjamah makanan di meja makan. kalau tak ade bende ni tak tahu nak sumbat Husna kat mane. klu pangku die gerenti tak kenyang nak makan. Tangan die dah laju dah. Lagi satu high chair ni portable. Klu nak bawak gi mane2 senang aje. Nak lipat & pasang balik senang aje. masa mula2 letakkan husna kt high chair tuh..menjerit-jerit dia..ingatkan dia takut ke gayat ke..rupe2nya husna mcm dia menjerit-jerit smbil ketawa terkekek-kekek..agaknya dia mcm excited kot..tetiba je dia tinggi dr biasa..hihihi..

Dan yang terkini sekali ialah sumbangan ibu Husna sendiri....ehehehehe...seekor singa untuk husna. Ibu husna beli online aje. Website mane tak tahu lah. tetibe aje balik daripada Terengganu ari tu dah ade aje kat umah ni. bende ni boleh ditunggang atau boleh digunakan untuk bantu Husna blaja berjalan. Tapi buat mase skrg ni Husna mcm tak peduli sgt singa die ni. Maybe muke singa ni tak hensem kot. tapi lame2 die suke lah tu.



Yang ni pulak? yang ni bukan Husna punyer....yang ni Jusco Seremban 2 yang punyer....huhuhuhuhu....bertuah lah Husna klu ayah belikan yang ni ek. Dah beli pun nak gune kene masukkan syiling 50 sen. Adei....