Hari ni dah masuk bulan Februari 2012. Ini bermakna sudah genap 1 bulan husna ke sekolah. Terasa sungguh aku dah semakin makcik. Setiap kali siapkan anak ke sekolah, mesti teringatkan mak. Agaknya, macam ni la keadaan mak pagi2 siapkan anak-anaknya.
Minggu pertama ke sekolah, memang mencabar. Husna bangun menangis-nangis. owh..sayunye hati ni bila dengar dia merayu. 'Bu, jangan pergi kerja bu..'. Air mata meleleh-leleh. Muka dia mencemik-cemik. Sedih betul dia. Setiap kali dia begitu, aku peluk dia kuat-kuat. Peluk yang kuat, sehingga aku terasa dengupan jantungnya. Laju. Owh, emosinya tidak stabil dan barangkali dia ketakutan atau pun stres sbb akan dihantar ke sekolah. Aku terus memeluk sambil mengusap-ngusap belakang badan dia sehingga aku dapat rasakan dengupan jantungnya kembali stabil. Apabila tangisan dia reda, perlahan-lahan aku kata 'Husna kena pegi sekolah nak..rumah kita dah tak de bibik.Ibu,ayah pegi kerja.Carik duit untuk kita.Pukul 5 ibu janji ibu dan ayah akan amik Husna.Jangan menangis lagi..Husna sudah besar..Kesian la kat ibu Husna..'. Aku betul-betul rasa sebak setiap kali dia begitu. Rasa sakit dada ni tahan air mata drpd keluar.
Hari pertama ke sekolah.
Kadang2 rasa hampir kalah dengan tangisan Husna.Mujur sang perchentaan ada. dia la yang tukang kasi semangat. Dan kini, diam tak diam, dah satu bulan dia ke sekolah. Kadang2 Husna yang kejutkan aku.Dia yang ajak mandi.Dia yang pilih baju sendiri di almari. Anak ibu budak bijak.Budak bijak memang begitu.. :)..
Aku semakin lega dan selesa menguruskan rumah tanpa bibik. Cuma agak penat.Tapi rasa sangat puas hati dan berbaloi. Agak2 mcm ni la yg ibu2 lain rasa ye. :) Tahniah la kepada ibu2 yang bekerja yang dapat menguruskan kedua-duanya serentak. Kagumnya aku..
antara aktiviti aku dan Husna.Basuh baju bersama-sama.Ketiadaan bibik membuatkan banyak masa untuk kami bersama-sama.. :). Penat yang berbaloi..
Aku terasa aku seorang makcik yang comel setiap kali hantar Husna ke sekolah. Setakat ni, nama-nama kawan yang Husna sebut kat rumah semuanya laki-laki.Luqman,Aqil Iman,Abg Nukman,Darwish, Haqimi, Aqil Zarifudin. Balik rumah dia bahasakan dirinya 'Kita', dan 'Awak' untuk Ayah dan Ibu. Sangat Chomel. Kegemaran Husna adalah Ben10, Boboy, Upin&Ipin dan Agry Bird. Bag sekolah,Jam,Kasut=jenama Ben10. Tiap-tiap hari tunjuk pandai.. hihihi..
Kawan-kawan Husna.. :)
Dan sekarang aku faham maksud 'Your kids are your reflection..'.. :)
Kasut dan Beg Ben 10
Hari jumaat ni ada perjumpaan ibu-ibu yang pertama di skolah Husna. Ini aktiviti bulanan. Rasa tak sabar nak join. Kena bawak kotak. Gila tak sabar..hehe!!
Daily Report..Cikgu akan kasi report pasal anak setiap hari.
Wahai Husna,Husna dah nak masuk 3 tahun nak..membesarlah engkau dengan sihat dan gembira anakku. Doa ayah dan ibu sentiasa akan mengiringi langkah mu.. Kau takkan tahu bagaimana perasaan seorang ibu, sehingga engkau sendiri bergelar ibu...
Good luck untuk Husna dan semoga Husna akan terus berjaya.. :)
5 comments:
cayalah lin..gila kental ko kan? aku xcukup kuat aa nak anta die kesekolah..trasa mcm kecik lagi je dia tu..bercakap pun ada a few yg aku tak paham, then, masih belum boleh di diapersless..aku yg tak bersungguh rasanya ni..heheeh..
masa kat umah pengasuh, mmg ada aktiviti diorg sendiri actually..nyanyi2 laa..aktiviti membaca n mengira laa..baca doa apa semua lah..tu yg aku hold dulu nak anta die ke sekolah..biar die main puas2..taun depan, wajib kene pegi skolah!
ko sumber inspirasi aku la lin..hahaha..
Memang sedih tgk anak kene tinggal mcm tu...sayu je hati...klu die marayu lg mcm nak gugur jantung.
Tapi ape nak buat. Ni langkah pertama hidup berdikari. Alhadulillah nampaknya mcm dah serasi skrg ni.
wah..
sedih btol la kak dgr anak merayukan.. tp tpakse kan..
nak bg dia bedikari..
cuna skolah mane ek kak??
ain,aku lagi le kagum ngn ko..dgn buat cookies lg..coklat lagi..pastu leh maintain pakai tudung pesen-pesen..then rumah kemas..perghhh!!cayalahh!! aku baru tekedek-kedek nk seswaiii diri kak kiahh!! hehe
si sara pandai berkawan...husna belum pandai berkawan lagi..huhu..
abg : tq for your moral sapot..luv u.. :)
nieja :iye..mmg sedih dan sayu..hati ku bagaikan dirobek2..hihihihi..akak hntr dia kt tadika kemas..dah skolah tuh yg die nak..cikgu dia pun chomel-chomel..hehe.. :)
Lin: wawawawawa..rindu gile weii nk chat ngn ko..gmail aku slalu bengong.bencik2x!!!aku rasa laptop tuh dh mmg kene campak dlm longkang la..kakakak...aku tk sabau nk tgk adik si sara n..n tk sabau gk mcm ne sara layan adik die nnt..sama2 kite saksikan..!! aku plk yg saspen..kikikikiki
Post a Comment