Friday, September 24, 2010

Melatih Anak Menabung..

selalunya,aku akan kumpul sebanyak-banyak syiling dulu sampai kembung purse aku. Bila purse tk tk boleh nak tutup, aku akan masukkan suma syilling tuh dalam tabung haji husna. Ayah husna pun sama. Dengan kata lain, segala syiling-syiling kitaorg ada, akan masukkan dalam tabung husna..

Selain tuh, memang dari dulu habit aku, kalau membeli belah, atau membuat apa-apa bayaran, aku akan try elakkan guna syiling. kalau RM 6.20 jumlah yang perlu dibayar, aku akan kasi RM 7. Dengan cara ini ianya akan dapat mengembongkan purse aku dengan begitu pantas dan berkesan sekali.

Bila husna dah masuk 1 tahun,aku mula ajar dia masukkan syiling sendiri dalam tabung. Mula-mula kita buat depan dia, masuk kan syiling satu per satu.Syiling yang lebih tuh suruh dia masukkan pulak. Mula-mula agak kekok sikit.nak kasi sebijik syiling masuk pun susah.Tapi bila 4-5 kali try,lama-lama laju je dia masukkan.Kalau dia agak-agak susah nk masukkan syiling tuh, siap dia adjustkn kedudukan tabung or kedudukan tangan dia lagi...hehe




syiling yang paling laju husna masukkan ialah syiling 20 sen.


Setelah mengadakan 2-3 kali session "mari menabung bersama ibu dan ayah", husna dah paham sendiri dah.Kalau dia jumpa syiling, dia akan amik syiling tuh, terus lari ke tabung dia dan masukkan sendiri syiling tuh.Selalunya husna boleh jumpa banyak syiling kat bilik atuk dan nenek dia..hehe..kadang-kadang kalau nak pujuk dia nangis, kasi je syiling kat dia .Nanti dia akan senyap dan terus masukkan syiling yang kita kasi tuh kat tabung dia.(kadang-kadang la).

Biasanya, kalau letak syiling sampai penuh dalam tabung haji punya tabung, dapat la dlm RM 70 ke RM 80. Kadang-kadang, kalau aigin pus-pus dah datang, aku dan sang perchentaan plak yang terlebih-lebih excited nak penuhkan tabung tuh.Bila penuh je sampai syiling tk boleh masuk lagi, kitaorg akan terus bank-in kan ke akaun tabung haji husna..

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...harap-harap, saving husna dapat bertambah la dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun.Aku dan sang perchentaan dah buat perjanjian dan bertekad, kalau susah/terdesak macam mana pun, kitaorg try elakkan untuk keluarkan/guna saving husna ni sampai la dia nak masuk university nanti..


Harap-harap jugak tak de la upacara goda menggoda antara suami isteri utk memujuk pasangan keluar kan duit saving anak nnt..kekekeke..

budak ni semakin anak dara tau..selalu berangan,bercakap,main-main dgn mimi dia.

6 comments:

eiNa said...

becakap2, main-main dengan mimi tu tanda nak adik tu lyn..ekekkeke

areyoy said...

Husna klu ada adik nnt kene beli katil Double King pulak lah...lasak tul anak ayah.

lynnlyana said...

kak ina..tetibe terase mcm nk tercekik plak dgr pasal adik husna..aira lagi anak dara dr husna..aira tk mintak2 adik ke?
heheheh..
blog kak ina kite tk dpt access lame dah kak ina..jd mcm dulu tuh..yg kite email kak ina tuh..

abg: husna dh lasak, tuh tanda nya abg akan kene nyahkan dr katil..bersiap sedia ok..hehehe.;)

.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. said...

haa..bagus..sama cam aku neh..kecik2 kite praktikkan "dapat syiling,terus masuk tabung.." berkesan kan cara tu?mcm aku..setahun sekali baru aku bank in kan, sbb tabung si sara tu besar gabak.sekali bank in dapat rm700..insyaAllah..duit tu xkan terusik sampai die masuk U, sbb xmo die terikat ngan ptptipu..huhuhu..

.........m@ttk!cjr.. said...

bagusnya dah start mengajar anak menabung..ahaha, best ayat ko " upacara goda menggoda antara suami isteri utk memujuk pasangan keluar kan duit saving anak"

Lin said...

good girl husna..bagusla korg dh ajar husna dari kecik ni..erk, aku ni tak menabung..laki aku jek..sbb aku dh wat potongan gaji.aci tak?hehehe