Tuesday, September 21, 2010

Hari Raya..

Rasa macam dah lama gila tak update blog..pejam celik-pejam celik dah raya dah...raya pun tak lama lagi nak abeh...sang perchentaan target berat badan dia turun 5-6 Kg time bulan puasa..tapi makin hari kulihat perutnya semakin tersasar dari landasan..bulat dan berkilat...kadang2 aku tengok macam mau meletup pun iye jugak..isk..isk..isk..(sambil menggeleng-gelengkan melihat perut sang suami)..aku harap beliau segera sedar akan keadaan yg kian meruncing terhadap perut beliau..


(suami ku terpaksa amik gmbar duduk,smbil mendukung husna demi mengcover perutnya)
Aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua..mintak maaf zahir dan batin..kot-kot ada benda-benda yang aku buat mengecik kan hati korang, membuatkan korang menyampah, membuatkn hati membara dan sebagainya..aku hanyalah insan kerdil yang tidak lepas dari melakukan kesilapan... (smbil buat muka Ella tengah bersedia nak nyanyi nasyid).



(pagi raya di melaka.upacara bersalam-salaman di ketuai oleh husna..hehe)

Raya tahun ni adalah raya ke-4 aku bergelar isteri..turn raya tahun ni adalah di Melaka (rumah aku)..lepas bersalam-salam..bermaaf-maafkan bersama suami, mak,ayah dan adik beradik..aku dan sang perchentaan lari kejap ke Rembau untuk bertemu pula dengan Martua ku yang terchenta sambil membawa pelbagai juadah, lauk pauk ke kampung Rembau..ini adalah demi menjaga imej ku yg berpestij tinggi sebagai menantu solehah di sana..lepas lepak rembau..kitaorg berdesup ke Port Dickson pulak..jumpa sedara mara (sedara belah ayah aku)kat sana pulak..petang skit, agak-agak dalam pukul 5.00 pm..aku,sang perchentaan dan Husna kembali ke rembau..kitaorg stay rembau sampai la ahad malam..raya sakan youuuuuuu!



(raya di PD-sesekali jumpe mmg havoc!)

Alhamdulillah, aku rasa setakat ini, masih lagi menyambut hari raya dalam suasa ceria dan gembira..aku rasa tak de apa lagi yang paling bahagia selain dapat bersalam dengan kedua-dua orang tua yang tersayang (mak+ayah+mak mertua+ayah mertua). Dan keempat-empat si tua ini alhamdulillah, masih lagi bernyawa serta sihat sejahtera...mereka berempat masih lagi mampu ketawa, tersenyum riang dan gembira apabila melihat anak dan cucu berkumpul di depan mata... :)

(gmbar husna ngn atuk rembau+sepupu sepapat)

Moga-moga syawal yang akan datang akan lebih bermakna, untuk kita bermaaf-maafan serta bergembira dengan saudara mara...

(Husna ngn Mimi-patung kesayangan dia)

p/s: time raya, ramai tnya "bila husna nak dapat adik?" aku hanya membalas soalan itu dgn tersenyum malu sambil mengerling manja kepada suami terchenta..

5 comments:

Iryani Noor said...

wahh korg satu family mmg havoc la..
ngan baju sedondon merah menyala...
bestt bestt..
weyh kalu trun kl jemput la dtg rumah...

areyoy said...

Mcm sambut tahun baru cine plak...ehehehehe

name anak patung tu bukan mimi lah...memey...Husna sebut memey...

lynnlyana said...
This comment has been removed by the author.
lynnlyana said...
This comment has been removed by the author.
Cik Shiqa said...

comey ny husna pegang patung tu.. suweeettt