Tuesday, October 13, 2009

Org lain sibuk mengundi..kiteorg?

Ahad lepas sepertimana satu Malaysia dah tahu, kat PD ni ada pilihanraya kecil untuk DUN Bagan Pinang. Mmg meriah betul suasana kat sini. Kadang-kadang seram pun ada gak. Mcm2 gelagat ada. Ada yang 'bersilat', ada yang main 'lontar peluru' dan macam2 lagi. Aku tak gi mengundi pun sbb aku bukan pengundi berdaftar kat sini. Eden ngundi kek ghombau.

Kiteorg datang PD pun bukan sbb nak tgk org mengundi aje..kebetulan wife punye kawan kawen...wife mmg pengundi kat Bagan Pinang ni. Tak tahu lah die pangkah ape. Undi kan rahsia...cewah....jadi kiteorg pegi gak ke PD. Sebelah ptg tu kiteorg anak beranak gi jalan kat tetepi pantai yang sebelum batu 4 tu. Klu dari bandar PD sebelum masjid Bagan Pinang. Kat bawah gambar2 kiteorg melangok kat tepi pantai.
Ni gambar first time Husna mencecahkan kaki kat air laut. Tgk muke die. mcm takut2 je. tak tahu lah sejuk ke atau pasir tu lembek2 die rase geli agaknyer. Memule muke die mcm nak nangis aje...rasenyer die pelik tgk air ombak tu asyik nak gi kat kaki die kot. Seronok plak tgk bdk kecik ni first time jumpe laut.

Disebabkan Husna masih tak selesa dgn air laut, kiteorg letakkan kaki die kat pasir pantai plak. kali ni die releks aje. Dok dlm umah kaki pakai stokin aje. tak penah main kotor2. kat pantai ni dapat pijak tanah best giler agaknyer.
Aku sendiri pun dah lame tak lepak2 tepi pantai ni. Walaupun dah hampir 3 tahun keje kat PD ni. jarang2 lepak2 kat pantai. Time bercintan2 dulu ade lah jugak. dok tepi pantai sambil berangan-angan nak honeymoon kat Hawaii. Tak gi Hawaii pun tak apelah...Langkawi pun ok gak. Pantai kat sana pun lawa gak. banyak tempat boleh melawat. boleh jugak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. cewah...


Dulu kiteorg dating kat tepi pantai berdua aje. skrg ni dah tambah lagi sorang. Itulah antara hikmah perkahwinan. meramaikan umat Islam dan pengikat kasih sayang.



Gambar-gambar kat bawah ni pulak gambar bukak kecik yang memule td kemain takut nak pijak pasir tetibe aje die plak yg lebih2. Mari sama2 kita saksikan.


Tak puas duduk, die baring dan menyarap plak...abislah...tak bawak baju spare...baju dah tinggalkan kat umah tok lang die td...adusss....
Dan apabila tiba masanya untuk balik, budak kecik ni kemain liat lagi nak balik. Tak puas main kot. Tgklah nak kena pujuk die balik. Esok ayah nak kojo Husna..ibu pun kojo...jomlah balik...malam kang nak tgk TV..nak tahu sapo monang kek Bagan Pinang ni.

Malam tu kiteorang lepak kat umah pak lang kat taman dato. Lepas tahu result pilihanraya dan makan malam, kiteorg berlotak ke Melaka. Sampai umah dlm kul 10.30 mlm. Esoknya pegi PD semula. tapi bukan nak lepak tepi pantai, tapi kena kerja! ;)
PS: Hari ni Husna gelap 5 Bulan. Sekejap aje rasenye.

2 comments:

Lin said...

apsal gmbar mcm bersepah-sepah..ni mesti asal siap je kn...jadi laa dr tk de entry..hikhikhikhik! ;)

eiNa said...

Lin, Husna 5 bulan tu? Alhamdullillah.. sehat sungguh dia.. bila leh jumpa husna ni.. :)