Wednesday, July 20, 2011

Bibik owhhh Bibik!

Bibik pertama dah hantar balik, setelah bekerja 2 tahun. Sebelum hantar balik, aku dah pesan awal-awal kalau nak kerja balik contact aku. Tak sampai sebulan dok indon, dah kring-krong kring-krong aku. Asyik cakap dia risaukan husna. (konon2 husna akan terabai gilas babas la klu dia tak de).Setelah 1 bulan lebih berdolak dalik,last2 dia cakap dia mau kerja balik. Dan dia suruh aku kirimkan RM 3000 dulu. lepas raya dia datang..Sang perchentaan ckpowhhh..kite tk terdesak maukan dia…rm 3000 tuh banyak..mane leh main pas2 mcm tuh je..


Setelah bibik 1st blah..aku pun amik le bibik 2nd ni.Mcm aku dh ceritakan kat entry sebelum ni,bibik 2nd kerja dgn aku 1 bulan je. Dia kena hantar balik sebab sakit.Leher dia macam bengkak, dan maybe kena buat operation kot.


Lepas hantar bibik 2nd ni, agent gantikan dengan bibik 3rd. Bibik 3rd ni datang masa aku tengah kalut prepare nak siapkan thesis aku.Lepas satu masalah ke satu masalah yang timbul. Pe’el bibik 3rd ni menyakitkan hati aku.Siang malam pagi petang menangis. Asal husna menangis, dia pun nangis sama. Dia cakap dia rindu kan anak dia. Asal keluar je bilik muka macam nak mati. Jalan pun macam lembik gila. Ye la..tak makan tak minum.Dia cakap dia betul2 rindukan anak-anak dia. Yang paling kecik baya husna. Setiap kali tengok husna, dia mesti teringat kan anak dia.Baiklah..kasi la masa dia skit nak hilangkan homesick dia tuh kan. Bibik ni aku tak penah Nampak dia semayang.Dia datang pun tak bawak telekung. Aku kasi telekung kt dia, dia ckp dia datang kotor. Layankan aje.

1 minggu keje, dia cakap dia mengandung. 'saya hamil, mana bisa kerja'. Baiklah, masa mula2 datang, cakap datang kotor. alih2 cakap dia mengandung. Dia cakap macam tuh, dengan harapan aku adalah sangat percaya kepada beliau. Baiklah.


3 hari sebelum present, masa ni aku memang tak cukup tidur. Satu hari tido 1 jam-3 jam je.Jalan pun sampai dah nampk bintang bulan. Masa maghrib, aku nak mandikan husna, aku masuk bilik dia berkunci. Aku masuk bilik dia sbb almari husna kat situ, (saje letak situ so that aku leh suka suki purak2 amik baju anak aku kan.Boleh skodeng dia tgh buat ape.) Aku ketuk pintu sampai dia bukak pintu. Alih-alih bila dia bukak pintu, tangan dia dah berdarah-darah, Dia toreh tangan dia pakai pisau. Dia nak bunuh diri.


Oleh kerana aku masa tuh tak cukup tidur, kebetulan pulak tengah period kan,dan masa tu tengah Maghrib, aku betul-betul mengamuk macam orang kena hysteria. Aku rasa masa tuh aku dah bertukar jadi gorilla. Ape yang aku ingat, aku tendang dia 3x sampai la ayah aku stop kan aku. Aku jugak bedok2 dia. Aku suruh dia berambus dari rumah aku. Aku malas nak layan orang mengada-ngada. Kalau mau bunuh diri, pegi pakai parang.Lagi cepat boleh mampos. Memang darah aku gile2 mendidih. Aku siap cakap kat diako pikir ko sorang je ade setan?? Aku pun ade setan tau!! Meh kita tengok setan mane yang kuat.’-wakakkakaak..tetibe aku rasa dialog itu sungguh budus.


Ok cik kiah-cik kiah. Apabila maid anda tiap2 hari mcm orang gila sampai cuba nak bunuh diri, boleh kah cik kiah-cik kiah meninggalkan anak dalam jagaan maid tersebut dengan hati yang gumbira serta aman bahagia? Boleh kah cik-kiah? Justeru itu, aku hantar dia balik kat agent dengan hati yang tekad serta menyampah tengok muka dia.


Aku betul-betul dah penat gila layan issue maid ni. Aku fedup. Hari ni hari ke tiga husna di Taska. 3x aku hantar dia, 3x aku nangis. Dengar suara dia menangis dan menjerit, rasa macam pedih gila hati ni.Harap-harap husna cepat la menyesuaikan diri.Kalau tak aku tak, aku takkan tenteram .

Akhir kata, aku harap, aku dapat bebas dari cengkaman bibik..(perghhhh ayat!)..

Yeahh!!! aku boleh!!sang perchentaan boleh!!husna bolehhh!!


p/s: husna dah kenal A,B,C,E,I,H,G,M,N,O,P,R,W,V,T,Z. Aku rasa mainan yang hurup2 mcm dalam gambau tuh bagus lah. Sambil main, dapat belajar.. :) (tetibe je lari topic kejap.hehe)

8 comments:

Nieja said...

ishh seramnye dengo cite pasal maid2 akak ni..

Firdaus said...

siap ko kasik lipat bibik ko lynnn .. ganas2 ... minta2 lak roomates aku selamat .. aminnn :)

areyoy said...

Mmg ganas..tp ex-roomate ko masih selamat lagi daus..

Mmg pening layan maid ni..minta2 lah lepas ni kiteorg boleh terlepas dari belenggu maid. Amin...

Diyana said...

huhu,chaiyok2 kpd lin ,ayoy & husna ;).*kejap je die meraung gi taska tu..apapun positif je pk.mamanye tu la..jgn lama sangat meraung..haha

eiNa said...

perhh.. gile la dpt maid cam tu kan lyn.. xpe2.. lama2 husna ok la tu..

azzamoro said...

perghh lin. giler aaa ko naik hantu sampai belasah bibik. kah kah

tp kalau jadik kat aku pun menyirap betul huuhu

Lin said...

perghhh ganas sih lynn..dasat.sib baik tak masuk paper 'seorang maid ditendang majikan'.

tapi aku pun cuak dengar cite ko.psycho la, sampai toreh2 tangan...gilee...

bagus gak ko anta husna. takpela awal2 ni dia melalak.sok dia dpt kawan,dia dh seronok kat taska takdela dia nangis dah :)

bettermoms said...

jemput tengok SPY device

http://bettermoms.blogspot.com/2011/07/new-spy-device-4gb-usb-voice-recorder.html