Wednesday, July 6, 2011

Susu Ibu Vs Susu Formula

Mengikut dari apa yang aku telah baca, untuk bercerai susu, hanya 2 orang je yang bole melakukannya. Ianya samaada ibu, atau anak, atau kedua-duanya sekali. Husna telah reject suma susu formula yang aku kasi kat dia. Itu tandanya dia masih belum bersedia. Aku pula, masih tak sampai hati lagi nak berhenti menyusukan Husna. Aku rasa macam sayu sangat, bila aku kasi susu formula, Husna cakap ,’husna tak nak susu ni..husna nak susu ibu..susu ibu beshh. Kadang-kadang lepas menyusu, husna cakap emmm..cedapnye susu ibu..’..adeihh..cair hati dibuatnya..


suma susu ni telah direject oleh husna termasuk dutch lady danPediasure.

Setakat ini, aku rasa mcm tak tergamak lagi nak nak letak apa2 bahan, untuk berhenti menyusukan Husna. Aku rasa macam tak sanggup nak tengok muka husna kelat semacam bila aku letak Nescafe, atau apa2 yang seangkatan dengannya. Orang cakap, nak putuskan susu or bercerai susu badan, ibu kena kuatkan semangat. Masalahnya bab2 ini, aku hanya boleh kuatkan semangat paling lama pun 1 minit je.Last2 aku mengalah sbb terlampau tak sampai hati.Oleh itu, aku buat conclusion, aku pun masih belum bersedia utk bercerai susu dengan Husna. Ntah kenapa, aku rasa, saat2 menyusukan anak adalah moment yang sangat indah dan aku sayang nak tinggalkan.


Percubaan husna minum susu formula pada minit pertama (sila abaikan jejaka tersebut)

Persoalan yang selalu datang dalam fikiran aku adalah ,’adakah cukup bekalan kalsium,protein,DHA,B,atau apa2 vitamin yang sewaktu dengannya untuk husna melalui susu aku tanpa apa2 tambahan daripada susu formula?’. Setelah buat beberapa pembacaan, aku mengambil keputusan untuk meneruskan penyusuan ini, sehingga, salah sorang dari kami, (aku or husna) bersedia untuk bercerai susu. Dan aku dpt rasakan, bila tiba masanya nanti, apabila salah seorang dari kami telah bersedia, itu akan menjadi moment yang paling sedih buat aku..




selepas 1 minit, tak luak sikit pun. 1 0z pun tak kurang. Last2 susu tu basi. Ini terjadi utk suma susu yang dicuba husna.

Untuk itu, aku harus kembali mengamalkan diet seimbang, dan mengambil makanan dan supplement secara consistent demi memastikan Husna terus mendapat susu yang berkualiti dari aku..Aku yakin ini adalah keputusan yang terbaik buat Husna dan aku. Aku takkan amik pedulik dengan kata-kata orang lain yang mempunyai pendapat yang bertentangan. Ini kerana, sebelum membuat keputusan ini, aku telah membuat pelbagai bacaan selama 2 bulan, dan aku yakin ini adalah keputusan yang tepat. Pada masa yang sama, aku akan terus train Husna untuk menerima susu formula..


Di office, aku kena gelar container susu dan kadang2 tangki susu. Mereka yang gelarkan aku itu adalah lelaki. Tapi acikkkk tak kisahhh punnn..mula2 dulu time husna baby, boleh la sentap2. Tapi sekarang mcm dah lali..Semuanya untuk mu anak.. :)




Husna dan Baby Insyirah. Mereka bukan setakat sepupu, malah mereka juga adik beradik susuan. Aku susukan Insyirah masa Adik ipar aku dalam pantang.. :) ..Hubungan tuh rasa sampai ke hati sanubari. Rindu dgn baby Insyirah nii.

Pengalaman menyusukan Insyirah juga adalah pengalaman yang indah. Ianya bukan setakat merapatkan hubungan aku dengan Insyirah, malah ianya juga merapatkan hubungan Husna dgn Insyirah, hubungan aku dengan adik ipar (Nadia), dan hubungan aku dgan adik aku (Hafiz).


To Adik ipar aka Mak Ngah Husna : Semoga Mak ngah dapat menyusukan Insyirah secara exclusive dan sepenuhnya. Harap2 juga mak ngah dapat susukan anak mak long plak ye lps nie..hehe

3 comments:

Qaseh said...

seronoknya baca cerita kak menyusukan husna smpai 2 thn...sy ni br je 2 bulan susukan baby sy...jauh lagi perjlnan nak sampai 2 thn tu...cerita akak jadik pembakar semangat utk sy teruskan usaha menyusu bb sy.

Nieja said...

kak olin,
betulla akak ckp.. mse nak wean off kan bby adelah 1 momen yg plg syahdu.. mmg tacing.. kalo ikutkan mmg xsedia lgk..tp nak wat cmanekan.. kesiankan adiknye yg kt dlm..skrg pun bile try sua nenen kat ipan, dia pon dah xmo.. nak nangis jek rase..huhuuu :'(

lynnlyana said...

akak doakan perjalanan penyusuan qaseh dipermudahkanNya..semoga berjaya.. :)

nieja: semoga selamat melahirkan.. :).. abg irfan dh puas nenen umminya..dia dh jd big boy.. :)