Thursday, June 17, 2010

Kanak-Kanak Istimewa..

antara perkara yang paling benci untuk aku buat ialah menahan nangis..menahan air mata daripada jatuh adalah perkara yg sangat susah bagi aku...tapi aku benci menangis depan2 orang ramai..kalau menangis..mata jadi merah..muka pun sama jadi merah jugak...kadang2,kalau tak dapat control..siap sampai kuar2 hingus lagi..

tadi, aku pergi ke sini bersama-sama dgn team member..big2 boss Procurement Team Leader (PLT) datang dari jauh melawat staf2nya..masa lunch..kitaorg lunch bersama kanak-kanak di sini..company belanja KFC..serius tak tertelan ayam bila melihat kanak2 disini..



masuk-masuk je rumah ni..aku terus nampak seorang budak chomel sedang duduk di kerusi roda..muka dia choooooooomel sangat..

sebaik je tengok dia duduk di kerusi roda sambil baca buku...terus mata aku bergenang-genang...sakit dada aku nk tahan nangis..sungguh sebak gila melihat
keadaan budak ini...

akhirnya aku menangis jugak..(tapi cover2..)..aku tak mo la nangis sampai budak-budak ni perasan..takut-takut nnt dia terasa or kecik hati..kesian kat diaorg..

Jolyn umurnya 7 tahun..sangat pandai walaupun tak boleh bercakap...aku tanya dia "can you spell your name?"...serta merta jari-jemari dia tunjuk kat huruf-huruf J.O.L.Y.N...aku tanya "where's the little girl?" then jari jemari dia point kt little girl dlm buku tuh..sekali lagi aku sebak...terpaksa lagi tahan nangis..

mamat kt bawah(one of PLT member) ni sungguh tekun layan dia baca buku..aku rasa dia pun rasa sedih jugak..boleh nampak jelas kt muka dia.. lama jugak mamat ni layan Jolyn baca buku..dia bukan setakat layan baca buku eh..dia juga siap suap kan Jolyn makan..




aku rasa Joylin akan nganga kan mulut untuk senyum..lepas snap je gambar ni, aku tunjuk kat Joylin, terkekek-kekek dia ketawa..setiap kali dia ketawa, aku rasa macam nak nangis gila...rasa sebak sangat..

sebelum balik, kitaorang menari poco-poco bersama-sama...cikgu2,kanak-kanak, mat2 salleh tuh nampak enjoy sangat...aku tak join poco-poco tuh sebab melayan Jolyn..



selain Jolyn, ada ramai lagi kanak-kanak istimewa kat sini..ni je yang sempat aku snap..


ramai org ingatkn aku pregnant bile aku pakai baju ni..haihhsssssssssss!!!


ni pakai tudung hijau tuh pengetua and tudung putih tuh cikgu kanak2 kat sini.. yang cina tuh office mate aku..


masa nak balik, Joylin macam tarik-tarik tudung aku..adei..part ni yang paling tak tahan..tapi lepas cikgu dia pujuk2...dia pun babai sambil senyum -senyum..(dia senyum sambil nganga2 mulut dia..)

Moga-moga, Allah berikanlah kekuatan serta kegembiraan untuk ibu bapa serta cikgu-cikgu kepada kanak-kanak ini..
Bergembira lah engkau wahai kanak-kanak...
kanak-kanak seperti engkau di janjikan Allah untuk menjadi bidadari syurga di akhirat nanti..
amin..
p/s: Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana menjadikan aku seorang yang sempurna,lengkap sifat kejadian seorang manusia..

3 comments:

Iryani Noor said...

lyn aku yg baca pasal Jolyn nie pon rasa sebak sgt.. tu belum lagi kalu aku face to face dgn die...

NM said...

bagusnya ko lin..dpt gi jumpa dorg..insaf jap aku.sedih sebak plak rasa...

mamaEsya said...

lyn, sebenarnya dak2 tu cepat je rs bonding bl kita baik ngan derang...srb salah, kan?