Monday, June 7, 2010

Konvoi ke Cameron Highland

Apa sudah jadi dengan Cameron Highland? Selalu sgt tgk karam singh walia kat tv3 tu buat report psl penerokaan tanah pertanian secara haram dan minggu lepas baru aku dapat rasakan ape yg si karam singh ni report. Minggu lepas kiteorang anak beranak, mak ayah mertua and adik2 ipar gi bercuti kat cameron Highland. Sepanjang perjalanan naik ke tanah tinggi tu pun dah nampak permandangan yang tak begitu menarik. Banyak sgt tebing2 bukit atau gunung yang ditarah secara berleluasa dan tidak sistematik. Sebelum ni, last sekali aku gi ke sana mase aku darjah 4. Lebih kurang 18 tahun yang lalu. Mase tu aku ingat lagi punyerlah sejuk cameron ni. Baju panas mmg selalu kene pakai. Tak kire dalam atau luar bangunan. Klu bercakap pun mulut kuar kabus. tapi yang aku pegi baru2 ni mmg berbeza sgt2. Aku yg tak tahan sejuk ni selambe je tak pakai baju panas. Pastu siap leh berpeluh2 lagi jalan2 kat kebun teh tu. Dunia semakin panas? atau lemak aku yang semakin banyak? tapi aku rase alasan pertama tu yang paling logik. alasan yg kedua tu tak masuk akal langsung.

Oklah. Lupekan kejap psl global warming tu. Tapi jgn lupekan langsung plak. Kang ade yang lagi 18 tahun Cameron Highland tu jadi Cameron lowland plak. ataupun Cameron Hotland. Perjalanan kiteorang bermula dari Melaka dengan 2 buah kereta. dari Melaka bertolak ke KL sbb kiteorang plan nak tido umah adik ipar(apis dan nanad) kat Sentul. Bebudak ni kire baru gak kawen. saje je nak tgk tempat tinggal dierang. takut gak klu2 dierang tido bawah jambatan kat KL tu. Tapi sebelum tu ambik sorang lagi adik ipar(ain) kat PPUM. kiteorang bwk die sbb die ade belikan Husna seluar. klu tak malas nak bawak. buat berat kete aje. Selepas melangok selama setengah jam kat A&W kat PJ tu, sampailah si apis ngan nanad jemput keteorang gi umah die. best jugak rumah dierang. sofa, meja makan, meja komputer, katil die semua same tinggi ngan lantai. ada satu katil aje yang tinggi sikit drpd lantai.tak penah aku tgk perabot yg mcm tu punye canggih.

Esok harinya kiteorang berkonvoi 3 buah kete. nape sampai 3 kete?9 orang naik 3 kete? pelik kan? tp tak pelik klu korang tgk kat bonet kete sampai mesin basuh dan dapur gas pun kiteorang bawak.Kat sane tuang2 sewa satu apartment. Besau gak lah. ade 3 bilik. pastu perabot semua ada. nak masak2 pun boleh. tv siap ade astro. yg tak ade cume kipas dan aircond aje. Seronok gak jenjalan kat Cameron tu. tp kadang2 ade gak terkene pencemaran udara kat apartment tu akibat mak mertua aku awal2 lagi dah kasi kiteorang makan keledek rebus. pastu ayah mertua aku plak banje minum teh yang leh kasi buang angin tu. jadi korang pepaham aje lah pencemaran yg dasyat berlaku. kat bawah ni adelah gambo2 yg boleh share same2 tgk.



kiri: Test baju panas mlmnya.
kanan : Esoknya baju panas dah tak pakai.


Kiri: Kiteorang dtg sini sbb nak ambik gambo kat depan public phone
Kanan : Minum teh buang angin kat ladang teh.



Kiri : Kelihatan seorang pekerja asing ladang teh sedang posing. Dipercayai warga Nepal. Aku pakai topi ala2 pelakon Home Alone sbb terpengaruh dgn pekerja asing ni.
Kanan : Isteri pekerja asing warga Nepal dipercayai berasal dari China, adik ipar yg belikan seluar Husna(tengah) dan seorang warga Indonesia.



Kiri : Gaya Husna kat ladang strawbery dan sayur.
Kanan : gaya mak bapak Husna. Sungguh sopan.


Kiri : Pasangan pekerja asing membazirkan 2x50sen.
Kanan : Aku sengaja buat-buat perut buncit. Supaya nampak sepadan.


Husna yang keletihan di Ladang Lebah. Muke ibu Husna tu muke sbb penat dukung Husna ye....bukan muke menahan kentut.


PS: Amaran kepada semua. Pastikan minyak kereta anda cukup untuk naik ke Cameron Highland jika tak mahu tersadai ditepi jalan sambil menunggu bantuan.

3 comments:

NM said...

lin, ko tak abis cite psl kentut..ko gi minum teh boh kt sana mmg utk buang angin kus² ko eh?kekekekeke..

RyuJi said...

itu bkn pekerja nepal tu..tu brad pit..damn hensem gila misai dia..kentut pasti wangi mamat ni..

sara said...

kakakakakaak cumel gila