Memang tak dinafikan, mmg agak memenatkan aktiviti 2-3 minggu kebelakangan ni. Malam tido lewat, pagi bgn awal. Cume malam jumaat aje yang tido awal sikit. Sbb takut ngantuk mase khatib bace khutbah jumaat.cewah. Takpelah sume tu...mintak2 segala usaha membuahkan hasil yang baik.
Antara yang paling menggumbirakan hati ini ialah...Husna dah pandai panggil aku ayah. Comel aje bunyinye....'ai yaaa....' . Mcm tak caya pulak ade org panggil aku ayah. Aku asyik soh die panggil aku aje.. bile die panggil aaii yaaa... aku jawab 'sayeee...' . Pastu die panggil lagi, aku jawab lagi, panggil lagi, jawab lagi dan seterusnya sampailah aku penat. Walaupun sebelum ni ade yang panggil aku 'pak su' dan 'tok chu' (adei...aku ade ramai cucu sedare tau..cicit2 pak long dan pak ngah aku), tapi panggilan ayah ni mmg paling syok didengar lah. Rase seperti seorang yang gagah perkasa yang sentiasa berjuang untuk keluarganya. cewah....
Untuk ibu Husna plak lagi best, Husna panggil die 'ab buuuuu....'. ehehehe... teringat zaman ngaji muqaddam dulu2... abu, tausi, jaiha, huda.. ;) takpelah...lame2 pandailah sebut tu. Lepas ni klu Husna dah pandai panggil ibu bebetul mintak2lah die pandai cakap...'ibu, nak makan bu...', 'ibu, nak mandi bu.....', 'ibu, nak berak...', 'ibu, nak beli menan bu...', 'ibu, nak susu...'. ataupun pandai jerit mcm ni...'nak ibu buat! nak ibu buat! nak ibu buat!!!!!! ' . Ade mase nnt aku ajar die ckp mcm tu. muahuahuahua!
Oklah. kesimpulannya, mood kiteorang 2-3 minggu ni ialah...gembira dalam kepenatan. Sekian, terima kasih.
Wednesday, July 7, 2010
Gembira walaupun penat
Posted by areyoy at 2:24 PM 2 comments
Wednesday, June 30, 2010
Penat..
skang ini jam telah menunjukkan pkul 12.45 pagi..aku masih lagi berjaga mengadap pc ku ini..(cesss..macam cerita hantu le pulaak..hehe) malam tadi tido pukul 3 a.m. mata dah tak boleh angkat gile dah ni..tapi ku gagahkan juga demi mengupdate blog yang sudah beberapa hari tidak berupdate ini..

husna pulak semakin hari semakin lasak..sekarang dia dah pandai merangkak.tapi dia merangkak sangat kelakar..kadang-kadang nampak mcm ala2 labi-labi yang tengah berenang di kolam..kekeke...penat gak aku ajar husna macam mana nak merangkak..akhirnya dia dapat juga walaupun agak terkedek-kedenk dan selalu tertonggeng-tonggeng, tapi jadi laa...daripada tak tau langsung.. gambar kt bawah ni husna tengah tergonggeng bila dia nk merangkak..sib baik nangis kejap je..kesian husna..tak pe lah wahai anak...practice makes prefect.. :)

Posted by lynnlyana at 1:42 AM 4 comments
Thursday, June 17, 2010
Kanak-Kanak Istimewa..
antara perkara yang paling benci untuk aku buat ialah menahan nangis..menahan air mata daripada jatuh adalah perkara yg sangat susah bagi aku...tapi aku benci menangis depan2 orang ramai..kalau menangis..mata jadi merah..muka pun sama jadi merah jugak...kadang2,kalau tak dapat control..siap sampai kuar2 hingus lagi..


masuk-masuk je rumah ni..aku terus nampak seorang budak chomel sedang duduk di kerusi roda..muka dia choooooooomel sangat..

keadaan budak ini...


Jolyn umurnya 7 tahun..sangat pandai walaupun tak boleh bercakap...aku tanya dia "can you spell your name?"...serta merta jari-jemari dia tunjuk kat huruf-huruf J.O.L.Y.N...aku tanya "where's the little girl?" then jari jemari dia point kt little girl dlm buku tuh..sekali lagi aku sebak...terpaksa lagi tahan nangis..
mamat kt bawah(one of PLT member) ni sungguh tekun layan dia baca buku..aku rasa dia pun rasa sedih jugak..boleh nampak jelas kt muka dia.. lama jugak mamat ni layan Jolyn baca buku..dia bukan setakat layan baca buku eh..dia juga siap suap kan Jolyn makan..
sebelum balik, kitaorang menari poco-poco bersama-sama...cikgu2,kanak-kanak, mat2 salleh tuh nampak enjoy sangat...aku tak join poco-poco tuh sebab melayan Jolyn..

Moga-moga, Allah berikanlah kekuatan serta kegembiraan untuk ibu bapa serta cikgu-cikgu kepada kanak-kanak ini..
Posted by lynnlyana at 2:52 PM 3 comments
Labels: touching mode
Wednesday, June 16, 2010
cukup makan..
result dah kuar..alhamdulillah aku lulus suma subject..suma subject aku score paras2 hidung je..suma cukup-cukup makan...tapi tak pe la..janji tak kena repeat sudah...overall aku senang hati dgn result aku ni walaupun score takat cukup makan...
Posted by lynnlyana at 11:52 AM 5 comments
Labels: masters
Friday, June 11, 2010
Apo nak buek ni?
Petang2 Jumaat ni mengantuklah pulak. Pepaham aje lah keje pepetang Jumaat ni. Otak asyik pikir cuti esok dan lusa. Sodap betullah bile pikir psl cuti.huhuhu... Apo nak buek hujung minggu ni ontah lah. Sabtu ado kenduri dopan umah. Sedaro plak tu. Klu nak merayap pun Ahad kot. Skrg ni Melaka tgh ada SUKMA. Byk tul kete. Esok ada perasmian kat Stadium Hang Jebat. Dah sah lorong masuk kampung tu sesak ngan kete. Mlm td Husna ikut nenek ngan mak ude die gi tgk raptai kat stadium. Kiteorang mmg tak larat ikut sbb mlm semalam tido lewat. Jadi mlm td ngantuk yang amat! Skrg ngantuk lagi ni. Rase nak tido mcm Husna kat bawah ni.
Posted by areyoy at 2:46 PM 0 comments
Labels: Husna
Monday, June 7, 2010
Konvoi ke Cameron Highland
Apa sudah jadi dengan Cameron Highland? Selalu sgt tgk karam singh walia kat tv3 tu buat report psl penerokaan tanah pertanian secara haram dan minggu lepas baru aku dapat rasakan ape yg si karam singh ni report. Minggu lepas kiteorang anak beranak, mak ayah mertua and adik2 ipar gi bercuti kat cameron Highland. Sepanjang perjalanan naik ke tanah tinggi tu pun dah nampak permandangan yang tak begitu menarik. Banyak sgt tebing2 bukit atau gunung yang ditarah secara berleluasa dan tidak sistematik. Sebelum ni, last sekali aku gi ke sana mase aku darjah 4. Lebih kurang 18 tahun yang lalu. Mase tu aku ingat lagi punyerlah sejuk cameron ni. Baju panas mmg selalu kene pakai. Tak kire dalam atau luar bangunan. Klu bercakap pun mulut kuar kabus. tapi yang aku pegi baru2 ni mmg berbeza sgt2. Aku yg tak tahan sejuk ni selambe je tak pakai baju panas. Pastu siap leh berpeluh2 lagi jalan2 kat kebun teh tu. Dunia semakin panas? atau lemak aku yang semakin banyak? tapi aku rase alasan pertama tu yang paling logik. alasan yg kedua tu tak masuk akal langsung.
Oklah. Lupekan kejap psl global warming tu. Tapi jgn lupekan langsung plak. Kang ade yang lagi 18 tahun Cameron Highland tu jadi Cameron lowland plak. ataupun Cameron Hotland. Perjalanan kiteorang bermula dari Melaka dengan 2 buah kereta. dari Melaka bertolak ke KL sbb kiteorang plan nak tido umah adik ipar(apis dan nanad) kat Sentul. Bebudak ni kire baru gak kawen. saje je nak tgk tempat tinggal dierang. takut gak klu2 dierang tido bawah jambatan kat KL tu. Tapi sebelum tu ambik sorang lagi adik ipar(ain) kat PPUM. kiteorang bwk die sbb die ade belikan Husna seluar. klu tak malas nak bawak. buat berat kete aje. Selepas melangok selama setengah jam kat A&W kat PJ tu, sampailah si apis ngan nanad jemput keteorang gi umah die. best jugak rumah dierang. sofa, meja makan, meja komputer, katil die semua same tinggi ngan lantai. ada satu katil aje yang tinggi sikit drpd lantai.tak penah aku tgk perabot yg mcm tu punye canggih.
Esok harinya kiteorang berkonvoi 3 buah kete. nape sampai 3 kete?9 orang naik 3 kete? pelik kan? tp tak pelik klu korang tgk kat bonet kete sampai mesin basuh dan dapur gas pun kiteorang bawak.Kat sane tuang2 sewa satu apartment. Besau gak lah. ade 3 bilik. pastu perabot semua ada. nak masak2 pun boleh. tv siap ade astro. yg tak ade cume kipas dan aircond aje. Seronok gak jenjalan kat Cameron tu. tp kadang2 ade gak terkene pencemaran udara kat apartment tu akibat mak mertua aku awal2 lagi dah kasi kiteorang makan keledek rebus. pastu ayah mertua aku plak banje minum teh yang leh kasi buang angin tu. jadi korang pepaham aje lah pencemaran yg dasyat berlaku. kat bawah ni adelah gambo2 yg boleh share same2 tgk.
kiri: Test baju panas mlmnya.
kanan : Esoknya baju panas dah tak pakai.
Kiri: Kiteorang dtg sini sbb nak ambik gambo kat depan public phone
Kanan : Minum teh buang angin kat ladang teh.
Kiri : Kelihatan seorang pekerja asing ladang teh sedang posing. Dipercayai warga Nepal. Aku pakai topi ala2 pelakon Home Alone sbb terpengaruh dgn pekerja asing ni.
Kanan : Isteri pekerja asing warga Nepal dipercayai berasal dari China, adik ipar yg belikan seluar Husna(tengah) dan seorang warga Indonesia.
Kiri : Gaya Husna kat ladang strawbery dan sayur.
Kanan : gaya mak bapak Husna. Sungguh sopan.
Kiri : Pasangan pekerja asing membazirkan 2x50sen.
Kanan : Aku sengaja buat-buat perut buncit. Supaya nampak sepadan.
Husna yang keletihan di Ladang Lebah. Muke ibu Husna tu muke sbb penat dukung Husna ye....bukan muke menahan kentut.
PS: Amaran kepada semua. Pastikan minyak kereta anda cukup untuk naik ke Cameron Highland jika tak mahu tersadai ditepi jalan sambil menunggu bantuan.
Posted by areyoy at 2:18 PM 3 comments
Labels: vacation
Friday, June 4, 2010
Persediaan Sebelum Melancong
Cuti sekolah pun dah nak mula ni. Maybe antara kite dah plan nak bercuti kat mane2. Aku ada terbace kat suatkabau psl satu portal ni. Portal ni mengandungi semua info yang kite perlukan sebelum memulakan perjalanan atau pengembaraan. terutama sekali mengenai penyakit2 yang berkaitan dengan travel. Sangat berguna untuk mereka yang mempunyai anak2 kecil atau yang mempunyai family yang mempunyai penyakit tertentu. Tip2 yang lain juga disediakan. Nak tahu lebih lanjut, sila pegi ke laman web Fit2Fly .
ps: jgn sesekali mengeluarkan kentut yang busuk semasa anda dan family di dalam kereta untuk perjalanan yang sgt jauh. sgt sengsara penumpang terutama pemandu dan anak kecil yang tidak berdosa.
Posted by areyoy at 9:40 AM 6 comments
Labels: vacation









