Tuesday, April 12, 2011

Dugaan..

aku rasa sejak2 ni macam2 dugaan lah..masa dah semakin suntuk..macam-macam benda tak settle lagi..project paper baru sampai phase edarkan questionnaire..aku buat psl learning..aku rasa tajuk dia interesting..nanti kalau ada kelapangan, aku akan share kan sini..

bibik aku yang aku ceritakan kat entry ni dan ni, aku dah hntr balik hari isnin lepas..flight dia ke jogjakarta pkul 7 am..so subuh-subuh adam,pkul 3 am kitaorg bertolak ..2 hari sebelum dia bertolak, aku ajak dia pegi shopping dulu..untuk dia beli buah tangan keluarga dia..setelah 2 tahun berkhidmat, jaga cuna, tiba masanya untuk dia pulang..harap2 cuna OK lah..dan harap2 jugak, cuna ok dengan bibik baru..risau aku...ape2 pun aku berterima kasih kt bibik ni..


husna baru baik demam.1 minggu dia demam.ala2 semput..dada dia bebunyi macam air mengelegak tuh.2 malam aku tak tidur...alhamdulillah Husna dah semakin ok.


bibik baru kena hantar pulang indon next week. dia ada tiroid.leher dia bengkak.setakat ni, keja dia ok lah..dan aku puas hati..baik, dan semayang..tapi mcm tak sampai hati pulak tengok dia ala2 macam sesak nafas kalau penat..dia kalau penat, lehernya keras, dan akan rasa tercekik..risau pulak nak tinggalkan dia berdua dengan husna.So,aku dan sang perchentaan decide utk hantar dia pulang, buat operation dulu..kalau dah sihat nanti leh contact aku balik untuk kerja.

Aku buntu lah..next week bibik dah hantar balik, sape mau jaga husna? aku survey2..taska leh hantar seawal 7.30 am. dan boleh amik budak pkul 5pm..selalunya kalau balik kerja,aku sampai paling awal pun pkul 7pm..kesian anak aku..huhuhu..tengok la macam mana nanti nak handle.makin lama pikir,kepala makin pening dan serabut..

Budak yang semakin becok.hobi dia asyik nyanyi dan bercerita je.Cakap pun dah butir.ayat pun dah penuh.'Bu, tolakkan beskal una bu..', 'ayah jom main bola nak?' chomelnye suare die.. :) selalu buat ibu rindu..lps ibu abeh blaja, kita pegi jalan2 eh bucuk ??


aku present thesis on 7th May. Tadi boss call aku. dia nak f2f meeting in early May.ape aku nk update kat dia ni??progress keja sangat slow...besilat la aku nk jawab suma soalan dia nanti..boleh ke aku manage ni? aku tak mo extend study! aku pun tak mo performance keja aku terganggu..tak mo!tak mo! ...Adeii!!

sejak 1 bulan ni, mata aku mcm semakin kabur..kepala pun asyik pening.tadi 1 hari aku tak buat ape pun kerja kt opis.sbb aku macam tak boleh nak tengok skrin.mcm suma huruf tuh bersambung-sambung.tak dapat nk baca.dah lebih 1 minggu gak aku jalan macam tak jejak tanah dan tak nampk orang. bape orang ntah aku dah terlanggar time berjalan. Kenapa dengan aku ni?rabun semakin teruk kah? ke aku dah terlampau penat??


p/s : aku nak tidur..tapi tak boleh tidur, sebab hati runsing. mak cakap,mengadulah segalanya kepada Dia kerana Dia maha mendengar...


Ya Allah, Berikan lah kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini..tunjukkan lah aku jalan, untuk hilangkan akan segala kebuntuan..permudahkanlah segala urusanku, wahai Tuhanku yang Maha Pengasih dan yang Maha penyayang... amin..

Wednesday, April 6, 2011

Susu Ibu..

2 hari lepas, aku sempat chat dgn adik sepupu terchenta, si caca. Gila lama aku tak chat..sekali dapat chat rasa mcm ‘owhhhh..alangkah indahnya donia..’ hehe. Borak punya borak.. last2 masuk bab menyusu….dia runsing, stok susunya merudum, dan sudah start campurkan dengan Formula Milk…dia juga menceritakan keadaan kawannya, di mana, apabila mengepam, susunya tidak keluar..tetapi kalau di picit, baru susunya keluar…


Owh adik ku sayang…jika susu kering, itu tandanya ada 2 perkara kita kena review :

1) Ibu memerah/mengepam secara tidak konsisten.

2) Ibu mengamal kan diet berlebihan..

Adalah penting bagi ibu-ibu yang bekerja yang menyusukan anak maupun secara sepenuhnya atau separuh, mengepam atau memerah secara konsisten. Sebenarnya, proses mengepam bukan setakat nak dapat kan susu je, tapi sebenarnya dia merangsang urat2 saraf untuk sama2 berkerja (collaborate) menghasilkan susu. Kalau diceritakan secara saintifiknya, process pemahaman akan menjadi complicated. Jadi disini, aku akan buat summary berdasarkan pemahaman aku daripada pembacaan serta pengalaman..Harap2 entry ini dapat membantu.


cuna dari umurnya 2 hari (gambar di hospital) sampai la hari ni, tidur di bawah ketiak ibu.

Selama ini aku tidak menggunakan apa-apa pam untuk memerah susu. Dengan sangat-sangat yakin dan percaya bahawa wanita itu ciptaan yang terindah, serta Allah banyak kasi keajaiban pada wanita, maka apa saja yang ada pada badan ini, aku rasa ianya juga ajaib. Banyangkan lah, kita selaku wanita di pilih Allah untuk mengandungkan seorang manusia selama 9 bulan ++..bukan setakat itu, proses kelahiran yang pada mulanya kita anggap susah,ngeri,sakit dan sebagainya, dengan izin dari Allah, zuriat kita dapat dilahirkan dengan selamat di dunia..tidak cukup setakat itu, kita telah mengalami proses berpantang dengan jayanya..jadi Yakin la wahai ibu-ibu, menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, kita juga mampu melakukannya.


Cuma, caranya bagaimana?


Kalau tanya aku..aku akan strongly recommend untuk memerah pakai tangan.kerana apa? Oleh kerana aku percaya, wanita terutamanya ibu adalah ajaib, jadi, aku juga percaya, tangan ku juga ajaib (magic). Sebelum memerah/mengepam, kita harus lah mengurut cik kak kembar kita (kedua-dua breast). Untuk teknik urutan yang betul, boleh lah refer ke link ni : Click Here


Selepas urut, baru lah memerah/mengepam.Tak kisah la pakai tangan ataupun pakai pam. Teknik memerah pakai tangan, boleh la refer ke link ni :


Click Here , or Click Here, or Click Here or Click Here

ada banyak link yang menunjukkan teknik perahan pakai tangan..cik kiah-kiah boleh goole sendiri untuk memantop kan pemahaman.. :)


hasil dari sekali perahan daripada kedua-dua cik kak kembar ku..hehe.. (teknik mengurut memainkan peranan penting dlm penghasilan susu)

Teknik mengurut serta memerah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sewaktu ibu sudah confirm mengandung.Untuk ibu-ibu yang mengalami masalah kekeringan susu juga boleh buat teknik urutan ini. Aku practicekan urutan ini selalunya masa mandi since mengandung 2 bulan. Hasilnya, semasa mengandung 6 bulan, susu sudah mula keluar. Mengurut teknik begini juga, bukan semata-mata untuk merangsangkan pengeluaran susu. Tetapi teknik urutan ini juga, adalah teknik untuk menjaga bentuk cik kak kembar kita agar tidak jatuh, maupun menjadi layut maupun jadi tahap yang boleh di sidai di bahuuu..


(owhh..tak sanggup acik nk bayangkan tahap cik kak kembar boleh disidai di bahuuu!! Huhuhuhuh!)


Sambil mengurut-ngurut cik kak kembar,kita boleh la sertakan dengan selawat atau pun bacaan ‘Ya Rahman, Ya Rahim’ (dlm hati). Allah Tuhan yang Maha Pengasih serta Penyayang..mudah-mudahan dengan berkat kasih sayangNya, pengeluaran susu akan menjadi lancar. Percaya dan Yakin lah wahai ibu-ibu..kita adalah makhluk ciptaan Allah yang ajaib..


Ibu-ibu yang menyusukan anak juga tidak perlu diet. Mengikut pengalaman aku,bila aku diet, tak amik nasik, production susu akan merudum kepada 90% (byk kan?)..susu yang dihasilan akan menjadi sangat kurang dan cair. Banyakkan minum susu, atau amik pil calcium magnesium 3x sehari (bergantung kepada quantity calcium+magnesium utk sebiji pil). Banyakkan makan buah-buahan, dan minum air putih. Kesihatan Ibu adalah PALING PENTING dalam menghasilkan susu ibu yang berkualiti.



Cuna 13 bulan

Bayangkan kalau kita lapar, boleh kah kita menghasilkan mutu kerja yang baik?boleh kah kita focus? Begitu juga dengan system badan. System badan memerlukan tenaga,nutrient,zat-zat,vitamin-vitamin, utk sama-sama bekerja menghasilan susu ibu yang berkualiti. Jangan risau cik kiah-cik kiah.Macam mana punya gemuk pun kita, tapi kalau kita menyusukan anak, kita tetap nampak anggun dan lawa.(pewit!pewwitt!)

Untuk siapa-siapa yang mengalamai masalah susu kering atau susu kurang, boleh la cuba teknik urutan dalam link di atas. Dan review balik pemakanan.Lakukan proses mengepam/memerah secara konsisten..percayalah juga pada keajaiban Zikir Allah (Ya-Rahman,Ya-Rahim). Harap-harap segala yang kusut akan terlerai jua dan yang susah akan menjadi mudah.

Tidak kiralah samada memerah pakai tangan atau pun mengepam pakai Pam..kedua-dua teknik ada pro dan contra nya..terpulang kepada keselesaaan ibu-ibu…dan, jika anak menyusu sepenuhnya susu ibu, jangan risau jika anak debot/gumok. Ini kerana susu ibu adalah makanan yang paling senang di digest oleh baby…nnt bila baby dah active, dah pandai berjalan,melompat..insyaAllah slim melim balik la tu..Janji anak kite sihat dan dapat makanan berkhasiat Tak gitu cik kiah??

Cuna pernah overweight. lahir beratnya 3.49. 2 bulan, beratnya naik 2x ganda 6.9kg. Mula-mula aku risau..takut-takut anak obes..tapi lepas banyak buat pembacaan di google..hati kembali tenang. :)

Dalam pengalaman menyusukan Husna, aku dah list down kan beberapa kelemahan/kesilapan yang telah aku TERBUAT. Harap2 aku tak repeat lagi untuk anak-anak yang seterusnya. Adalah amat penting kita belajar dari kesilapan, supaya perjalanan kita sentiasa ada pergerakkan /anjakkan(Movement),serta kita tidak ketinggalan atau sentiasa di takuk lama.

Process yang perlu dilalui oleh semua orang untuk mahir dalam sesuatu perkara :

1)Belajar (Learn) 2)Beramal (practice) 3)pakar (skill/expertise)

Kenal pasti dimanakah kedudukan kita sekarang. Jika tiada ilmu, kita harus belajar..dari ilmu itu, kita harus praktikan (amal)…daripada apa yang kita praktik kan hari-hari, lama2 akan menjadi kebiasaan, dan kita akan menjadi pakar dalam bidang yang kita praktikan hari2 itu.

Tertarik dgn lirik ni (Lagu Raihan, Tajuk-Bismillah):



ilmu pelita menerangi kegelapan,.. darilah ilmu datangnya amalan..dari amalan lahirlah kasih sayang...saling membantu dan bekerja sama..



note: cuna suka sgt lagu ni..


moga-moga susu ibu yang mengalir dalam darah kau Husna, akan mengeratkan hubungan kita sampai lah ibu tua nanti nak..mudah-mudahan juga, kau menjadi anak yang mendengar kata, dan yang paling penting, kau menjadi manusia yang mulia akhlaknya..kau takkan tau bagaimana dalamnya kasih ibu, selagi engkau belum bergelar ibu…..

(dulu time aku anak dara, mak selalu ckp ayat ni, bila aku tanya 'antara anak2 mak, sape yang mak paling sayang?')




susu yang telah di buang sebab peti ais rosak…sedih..sedih…(antara dugaan org final semester)..

Tuesday, March 8, 2011

Terima Kasih..

Blog aku menang contest anjuran Yana- Baby Ibu


mula-mula terkejut gak..tetiba dapat sms dari yana, cakap aku menang contest blog dia..ingatkan dia salah sms...sebab tak pernah masuk apa2 contest punn..

hehehe..tengok2 yana memang tak silap hntr sms..blog aku mmg menang .. :)



Terima kasih kepada Baby Ibu yang menganjurkan contest ni...dan juga kepada sponsor hadiah iaitu zleenalovechoc .

tak lupa jgk kepada sapa2 yang sudi click blog babyibu dari blog aku ni..
i love you ..muaaaahh!muahhhhh!!

semoga kalian dimurahakan rezeki...

to yana : nnt aku email kt ko address aku ye..hehe

Wednesday, February 23, 2011

Husna Ibu.. :)

sekarang cuna dah 1 thn 9 bulan..bau baby pun dah ilang..husna ibu dah besar..dia dah pandai buat macam2.... :)


kalau aku call kat office :

aku : una tengah buat ape tuh?
husna : una mamam
aku : mamam ape?
husna : acik (nasik)
aku : lagi mamam ape?
husna : acik ngn ayammm

kadang2 :
aku : una tgh buat ape tuh?
husna : buu..mehhh cini buu ..mehh buuu
aku : ibu keje la..petang kang ibu balik ok..
husna : una nak nenen bu..plishhhhhhhhhhhhh..
haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...rasa mcm mau lari balik rumah..

dia dah pandai teropong..ni ayah dia yg ajar..teropong atuk dah jadi harta dia dah..malam2 tengok bintang ngn atuk.



kadang-kadang, dia tulun ayah packing cendawan..


pun dah pandai mintak atuk n nenek vitagen dan aiskem..

tokk..una nak tagen (vitagen) tok..plishhh...
nek..una nk askem nekk..plishh..

dan..hati atuk n nenek pun akan cair...kalau mintak confirm dapat..nanti kita tunggu anak mak ngah kuar ok cuna...saham cuna confirm jatuh nnt..hehehe

note : askem and vitagen di had kn minum/makan hanya sebulan sekali.tk boleh lebih2 ye cuna.


mengira 1-10 pun lepas..ABC dlm 75-80% kot betul..aku yg pandai2 kasi markah..hihihi..over tuh suara mak dia..



kejap je nk masuk bulan 3..misi aku menyusukan husna sepenuhnya sampai umurnya AT LEAST 2 tahun sudah hampir tercapai...mintak-mintak Allah permudahkan segalanya untuk kita nak.. amin..

beberapa jam sebelum husna di lahirkan...


masa itu, aku betul2 bertekad,dalam hati aku berazam.. aku takan beli susu formula/susu tepung sampai la umurnya at least 2 tahun..dan misi itu hampri tamat..berjayakah aku??

sama-sama kita tungguuuuuuuuuuuuu......

Tuesday, January 25, 2011

Tun Mahathir Wira Sejati

Banyak kelebihan bekas Perdana Menteri kita Tun Mahathir yang aku kagum. Salah satu yang aku suke ialah, hanya die aje boleh hentam balik Lee Kuan Yuew kaw-kaw punya.

Baru-baru ni  Lee Kuan Yew ada menggesa umat Islam di Singapura supaya 'tidak terlalu kuat berpegang pada ajaran Islam' bagi membantu proses intergrasi dan pembangunan negara itu. Korang leh baca kat sini.

Hari ni Tun Mahathir pulak tulis balik di blog die pasal negara Lee Kuan Yew tu. Sinis. Tapi memang menusuk hati kalau orang Singapore bace. Korang leh bace kat sini.

Betul kata peribahasa Melayu, "Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri. Elok Lagi Negeri Sendiri."

Semoga Tun Mahathir sentiasa sihat dan terus menabur bakti kepada tanah air.

Friday, January 21, 2011

Al-Fattah : Yang Maha Pembuka..

sudah satu minggu aku stuck buat programming..ade error yg tk dapat jumpa...puas dh belek2 coding..puas dah bukak mate besar-besar..puas dah check line by line..tapi still tk nampak jugak punca error tuh...makanya, presentation dgn boss aku hari Rabu lepas penuh dengan error..
click sana..error keluar..click sini..error keluar...then boss aku ckp :

"do you expect me to see all these??"

aku rasa mcm mau nangis je..tapi apa nak buat..bukannya kita tak ikhtiar..kita dah cuba..tapi benda nk belaku kan.....lepas presentation..aku terus belek coding balik..geraammmmm..selagi error tk jumpa error..selagi tuh la dok melangok depan pc ni..tak makan..tak minum..tk becakap..sampai la mata nmpk bintang2 bekerlipan mengelilingi angkasa..baru la stop..akibat terlalu pressure..terus aku call mak..ngadu hal..

"kau baca Ya Fattah..Ya Fattah byk2 kali..insyaAllah,jumpa la error ko tuh.."

ringkas je jawapan mak..tapi buat aku termenung panjang....teringat zaman kecik-kecik...lps mak and ayah semayang berjemaah..ayah zikir ya-fattah..ya-fattah..ya-fattah...

smbil mak and ayah zikir-zikir..aku dan adik-adik aku (tk silap aku time tuh pun kita org kene semayang sama2 gak) kemain geli-geli hati tgk badan mak and ayah goyang-goyang time zikir..

tetibe si apis buat lawak...

ayah +mak : ya fattah...ya fattah...ya fattah..ya fattah..ya fattah...ya fattah....
apis : patahhh kayuuu boleh buat ubatt! patahhh kayu boleh buat ubat!patah kayu boleh buat ubat..
aku+ayep :(ikut dak apis)
apis+ayep+aku : patahhh kayuuu boleh buat ubatt! patahhh kayu boleh buat ubat!patah kayu boleh buat ubat..

makin kuat ayah "Ya Fattah"..makin kuat le aku dan adik2 'zikir' gak..

ya-fattah..ya-fattah..ya-fattah..ya-fatahh..ya fattah..ya fattah..ya fattah..ya fattah

patahhh kayuuu boleh buat ubatt! patahhh kayu boleh buat ubat!patah kayu boleh buat ubat..(smbil gerak2kn badan mcm ayah..)

sekali..lepas ayah abeh zikir .......................................................................................................

owhhhhhhh ni ko punye zikir ehhh?? mane ko blaja?? org zikirr ko dok gelak2...(ala2 mcm tuh le dialog die..)

terus ayah amik tali pinggang...dan, dapat la kitaorg 'hadiah' yg istimewa dr ayah..kene besit dgn tali pinggang menggelupur youuuuuuuuuuu..hamik ko...ehehe..itu cerita dulu..zaman budak-budak.

kemudian,lps teringat peristiwa lalu..aku terus google maksud Ya-Fattah..
and aku jumpa ni: (source : click here)

wahai Tuhanku,
Ya Fattah, Ya A'lim,
Bukalah pintu-pintu hatiku dengan siraman cahaya-Mu,
Rahmatilah aku dengan ketaatan kepada Mu,
Lindungilah aku dari kedurhakaan terhadap Mu,
Serta kurniakan lah aku dengan curahan makfirat Mu,

Tuhanku,
Jadikan la aku berkecukupan
dengan qudrat Mu,bukan dengan kemampuanku,
dengan Ilmu Mu, bukan bersandar dengan ilmuku,
dengan KehendakMu, bukan mengikuti kehendakku,
dengan Sifat-Sifat Mu, bukan menghiasi diriku dengan sifat-sifat ku,
Engkaulah Pemilik bantuan dan anugerah,
dan Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu,
Wa shalla Allahu ‘ala Sayyidina Muhammad Wa’ ala Alihi Washabihi Wa Sallam.
Walhamdulillahirobila'lamin..

lps google dan google..baca dan baca..baru la aku faham bagaimana mak dapat kekuatan..membesarkan 6 org anak..yang mcm-mcm perangai...
masa mak mengandungkan ain, mata ini menjadi saksi..
aku nmpak mak sampai merangkak ke dapur (tak larat bangun akibat mabuk teruk..yang paling kecik mase tuh=ayep=5 bulan), untuk mengambil nasik..
dan menyuapkan anak-anaknya makan...

rupa-rupanya dari Dia mak dapat Kekuatan..
Dia yang Maha Pembuka yang menunjukkan kita jalan..
untuk menyelesaikan akan segala Kekusutan...

owh..Besarnya Kuasa Mu Tuhan,
menjadikan alam ini dengan siang dan malam..
aku mohon pada Mu Tuhan
untuk menemani aku dalam setiap perjalanan...
agar yang gelap menjadi terang..
agar yang susah menjadi mudah..
hanya kepada Mu aku berserah....
amin..



Alhamdulillah..akhirnya aku jumpa gak error tuh..

Note: Esok ada presentation proposal utk thesis aku...mintak2 sumanya di permudahkan..

Friday, January 14, 2011

2010 dan 2011

maal hijrah hari tu, aku ada face to face meeting dgn boss aku ..oleh kerana husna still menyusu, dan aku risau kot2 husna tak dapat nak tido sebab nenen tak de..maka aku telah angkut husna sekali..sang perchentaan kena kerja...nasib baik tengah choti skolah..so, mak and ayah aku pun ikut sama...lega la aku..


amazing..


Office Entrance..meeting at level 18th..


f2f meeting ni mmg sangat menakutkan aku ..time ni boss nilai performance dan bagitau la apa yg perlu dipertingkatkn ..dan apa yang perlu di kekalkan..boss juga bgtau tentang dia punya planning dan target to achieve in 2011..alhamdulillah, sumanya ok..and boss puas hati dgn performance aku..

laptop aku dan laptop boss..


video conference room..klu aku jd big boss, aku nk sediakan satu bilik khas yg selesa utk ibu2 yg menyusukan anak..so dia boleh buat aktiviti perah memerah dgn keadaan aman dn tenteram..pergghh..verangann tuh..
(Dilema aku=tak de tempat yang selesa dan sesuai utk aku sediakan stok susu husna di office..asal ade org nmpk sure derang gelakkan walaupun dia seorang perempuan..)

lps meeting..otak sedikit berserabut..Q1 2011 jadual mmg pack..almost everyweek kena demo tentang module baru untuk sistem..dan pada masa yang sama, aku dah masuk final semester dah...dengan subjectnye..dengan thesisnye..huwawawawa..sampaikan aku penah rasa nak amik unpaid leave..tapi bila result kuar..terasa macam semangat semakin membaraaa!! yeahhhh!!!Semangat!semangat!semangat!!! alhamdulillah..lulus suma subject..Terima Kasih Allah..

aku target setakat lulus je lah ..nk buat lebih2 aku tak mampu..huhuhu..lecturer utk sem 3 suma baik2 dan murah hati..trima kasih to PM isa, Pm sabariah, dan Dr. Saadiah..I love you..muah!muah!



aku seboleh-bolehnya tak mau EXTEND semester...aku tak sanggup lagi terasa terseksa..berat pun dah turun gila...dah 52 kg..daripada belakang..nmpk cunn..menawan ...tapi kalu pandang dari depan, macam nenek tua...you olsss boleh pengsan youuuuuuuuuu.....


aku dh terasa muka aku mcm ni dah.. Lps blajar target nk beli skII 1 set lengkap dgn wrinkles remover..
source: Mr google


tengah-tengah meeting aku terpikir...orang yg duduk sebelah aku ni org yahudi..dia free thinker..tidak percaya akan adanya Tuhan..minum arak...tapi, dengan sifat Al-Rahman Allah kasi juga dia kejayaan..kejayaan dalam hidupnya di dunia..di mana, dengan kejayaan yang dia miliki, orang hormat dan dengar segala cakap dan ideanya..mempunyai keyakinan yang tinggi serta berilmu..sampaikan aku pernah rasa cemburu..


boss tgh beli starbucks..aku rasa harga dia mmg tk masuk akal lah..1 cwn kopi= RM 10++?? logik kah??

kadang2 terpikir lagi..sedangkan orang kafir pun boleh berjaya, inikan kita yang percaya akan kewujudanNya,menyembah Dia yang Maha Esa..bukanKah Dia Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani....Dia juga Tuhan yang Maha Mendengar???Dia Al-Rahman dan Dia Al-Rahim....


solat 5 waktu itu adalah ibadah,megaji pun sudah tentu adalah ibadah.. pergi ke office adalah ibadah..kerja itu juga adalah ibadah...belajar itu juga adalah ibadah..berborak dengan suami juga ibadah..menyusukan anak juga adalah ibadah..bagi anak makan pun ibadah..mandikan anak pun ibadah..memasak adalah ibadah..kemas rumah pun ibadah...bergurau senda dengan suami pun ibadah juga..bukan kah Islam agama yang indah??

kadang2 rasa bersalah tingalkan husna utk attend kelas atau pergi kerja..tapi bila teringat kata2 di atas..hati terus rasa lega...

Moga-moga tahun 2011 akan ada peningkatan dan akan menjadi tahun yang penuh dengan kejayaan buat aku dan keluarga..amin...

masa tengah berchoti di penang..rasa baru je lagi amik gmbar ni..
knp cepat sangat masa berlalu??



Semoga kita sama-sama berjaya untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.. :)
Berjaya di dunia..dan berjaya di akhirat..
Moga-moga juga, tahun sekarang dan tahun yang akan datang, ada peningkatan.. :)


Wahai Tuhan..
Berilah aku kekuatan..
kurniakan lah aku kesihatan..
kuatkan la aku punya iman...
Kau permudahkan lah akan segala urusan..
agar aku dapat mencipta kejayaan..
agar aku tidak tergolong di kalangan orang2 yang kerugian..
amin..