Rindu sangat dengan anak saya. Dengan ibu anak saya lagi rindu. Petang ni isyaAllah jumpe. Makan satay syok gak mlm ni. Hmmm...
Thursday, December 9, 2010
Rindulah
Posted by areyoy at 4:19 PM 0 comments
Tuesday, November 23, 2010
Kegemaran Cok Atok
Salam semua. Lama tak update blog ni. Dah bersawang dah pun. Dah name pun laman sesawang kan...jadi penuh sawang lah.
Diam tak diam, Husna dah pun satu setengah tahun. Kejap aje rasenyer. macam2 dah si kecik ni dah pandai. Penat2 keje, atau pening2 pikir psl nak jadi kaye raye, bile dpt main2 ngan si kecik ni ilang rase penat tu.
Untuk post kali ni cukuplah kite tgk gambar ajelah kan. gambar2 kat bawah ni antara perkara yang Husna suke sgt buat.
Pertama : Naik troli kat shopping complex. Mcm2 aksi die kalau dapat naik atas troli ni. Dulu elok aje duduk diam2, skrg ni asyik nak berdiri plak.
Keempat: Urut2 dan picit2 belakang ayah. Best gak die urut. Semayang pun dah tahu dah skrg ni.
Kelima : Suke membaca buku. Setakat ni die bace buku bahasa jerman sahaja.
Keenam : Tgk pengantin atau lebih tepat tgk kepak2 geboom2....
Sekadar gambar hiasan sahaje ye... aku tak ada niat tak baik pun nak tunjuk gambo ni. Walaupun agak pelik sebenarnya gambo ni. Lom penah aku tgk pengantin tambah nasik mase makan beradab. ganas tul.
Posted by areyoy at 4:36 PM 6 comments
Monday, October 25, 2010
Setiap Pahit, Ada Manisnya..
Tak penah-penah aku amik tau pasal budget in details..tapi di sebabkan lecturer dah kasi hint skit-skit final exam ada masuk pasal budget 2011..terpaksa la aku study ucapan PM..isi-isi penting..baru la aku tau, apa tuh budget serta strategi-strateginya I siap hapal youuuuuuuuuu..
Aku rasa menyesal marah sang perchentaan aku…dekat-dekat nak exam,mmg sungguh byk keje…presentation dan assignment mmg menyesakkan kepala hotak…fikiran aku agak terganggu..minggu lepas, time solat zuhur, ade officemate tanya aku :
knp aku susah-susah sambung belajar?tak kesian ke dengan anak? Nanti suami carik lain baru tau..hidup mestilah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..knp kita kena perlu stress-stress utk mengejar sesuatu yg tak pasti..duit mmg tk pernah cukup..kita tk perlu tamak…potpetpotpetpotpet..
Ayat yang paling buat aku tersentuh=”tak kesian ke dengan anak?anak u masih kecil..”
Aku jwb balik..”not fair u ckp I mcm tuh..mcm mane you tau I tk kesiankan anak?”
Peristiwa tuh betul-betul buat kan aku moody sepanjang hari (maybe time tu nk period tuh yg sensitip tahap gaban.hehe)..sampai terbawak-bawak kt rumah…ntah macam mane, sang perchentaan ade terbuat salah skit..or ala2 mcm bertekak ngn aku…ianya di ibaratkan mcm api yang bernyala kecil kena simbah minyak…aku melenting..maka terjadilah satu pergaduhan yang amat dasyat antara suami isteri..aku telah mengeluarkan kata-kata yang mengguriskan hati…tapi, pergaduhan tuh tk meleret panjang lah…kerana dia cepat2 menyiram air terhadap api yang menyala…
Dia ckp, klu sorang tgh menyala-nyala apinya,dan sorang lagi tukang simbah minyak petrol, maka dua2 akan rentung akhirnya..dua-dua akan hangus terbakar..tinggallah kami suami isteri dgn tulang temulang yang hitam serta hangus di saksikan dgn tangisan oleh si kecil yg chomel…hehe..
Bile aku dah agak waras..fikiran agak sedikit tenang…aku rasa betul-betul menyesal ape yang aku dah buat…sungguh menyesal..aku tk tau kenapa aku menangis tengok adengan ni…..gile punye nangis sampai kuar air hingus..…
Aku snap gambar ni…time ni pukul 4 am..mase aku study pasal 2011 budget utk preparation of my final exam…(nangis2 pun smpat snap gmbar..hehe)
Satu hari nnt, bila husna dh besar..aku akan ceritakan yang segala-galanya tentang kehebatan ayahnya…ayahnya yang sungguh sabar…baik..serta penyayang…sebab tuh aku mmg tk leh gado lame2 dgn lelaki ini…aku mmg tak leh nk marah lama2 dgn dia..walaupun aku penah ckp aku benci dia…tapi kalau dia tak dak..aku akan mereng..
Tetibe aku teringatkn ayah…dulu ayah pun sibuk belajar, aku begado besar dgn ayah..masa tuh aku form 4.. aku rasa ayah tak sayang aku..aku ckp ayah selfish…ayah tk penah sayangkn anak..ayah sibuk belajar tnpa pedulikkan anak ..ayah suka sepah-sepah kn rumah...dan mcm2 lagi..aku gado besar ngn ayah…dan akhirnya ayah sepak mulut aku sampai berdarah..aku terus bungkus baju dn lari dari rumah…sekarang,barulah aku phm mcm mane perasaan ayah dulu..dan kini aku rasa orang yang sangat memahami aku ialah AYAH..AYAH yg dulu pernah aku BENCI kerana dia sibuk sambung belajar… …sekarang ni..di atas pengorbanan ayah..serta pengorbanan emak yang menyokong ayah…satu keluarga dapat menikmati manisnya… Maafkan olin ayah..
Sekadar pesanan untuk sang perchentaan : bersabarlah sayang..hanya tinggal satu sem lagi utk meneruskan perjuangan…moga2 kita berdua dapat mencapai kejayaan seperti yang kita selalu angan-angankan.. ..
p/s: semua orang ada mempunyai matlamat yang sama dalam menentukan arah tuju hidupnya bersama keluarga..iatu, ingin mencapai kejayaan serta mengecapi kebahagian..cuma cara masing-masing untuk ke arah itu adalah berbeza-beza..cuma kita yang tau apa yang kita mahu. Dalam menentukan arah tuju, ianya terpulang kepada masing-masing dalam merancang strategi utk ke arah kejayaan serta kebahagian yang diidam-idamkan itu..
Good Luck untuk sesiapa sahaja yang bergelar ayah or ibu or bakal2 ayah or bakal-bakal ibu yang tengah berjuang menghabiskan studynya..
Percayalah..Setiap Yang Pahit..Ada Manisnya..Moga2 kita semua akan berjaya .. :)
Posted by lynnlyana at 1:41 PM 9 comments
Labels: masters, motivation
Tuesday, October 12, 2010
Stressed..
aku tgh stress..minggu lepas byk hari aku tido lambat ..dalam pkul 3 a.m - 4 a.m. Dah la tido lambat pastu kena bangun awal..aku tengok cermin...pipi aku cengkung..mata dh termasuk ke dalam sikit..berat turun..muka dah tak berseri ala-ala macam muram...sebab fikiran terawang-awang, memikirkan keje yang tengah beratur tunggu nk di bereskan..

system ni la 'baby' aku kt opis..

Posted by lynnlyana at 2:23 PM 6 comments
Friday, September 24, 2010
Melatih Anak Menabung..
selalunya,aku akan kumpul sebanyak-banyak syiling dulu sampai kembung purse aku. Bila purse tk tk boleh nak tutup, aku akan masukkan suma syilling tuh dalam tabung haji husna. Ayah husna pun sama. Dengan kata lain, segala syiling-syiling kitaorg ada, akan masukkan dalam tabung husna..
Bila husna dah masuk 1 tahun,aku mula ajar dia masukkan syiling sendiri dalam tabung. Mula-mula kita buat depan dia, masuk kan syiling satu per satu.Syiling yang lebih tuh suruh dia masukkan pulak. Mula-mula agak kekok sikit.nak kasi sebijik syiling masuk pun susah.Tapi bila 4-5 kali try,lama-lama laju je dia masukkan.Kalau dia agak-agak susah nk masukkan syiling tuh, siap dia adjustkn kedudukan tabung or kedudukan tangan dia lagi...hehe
budak ni semakin anak dara tau..selalu berangan,bercakap,main-main dgn mimi dia.
Posted by lynnlyana at 12:39 PM 6 comments
Tuesday, September 21, 2010
Hari Raya..
Rasa macam dah lama gila tak update blog..pejam celik-pejam celik dah raya dah...raya pun tak lama lagi nak abeh...sang perchentaan target berat badan dia turun 5-6 Kg time bulan puasa..tapi makin hari kulihat perutnya semakin tersasar dari landasan..bulat dan berkilat...kadang2 aku tengok macam mau meletup pun iye jugak..isk..isk..isk..(sambil menggeleng-gelengkan melihat perut sang suami)..aku harap beliau segera sedar akan keadaan yg kian meruncing terhadap perut beliau..
Raya tahun ni adalah raya ke-4 aku bergelar isteri..turn raya tahun ni adalah di Melaka (rumah aku)..lepas bersalam-salam..bermaaf-maafkan bersama suami, mak,ayah dan adik beradik..aku dan sang perchentaan lari kejap ke Rembau untuk bertemu pula dengan Martua ku yang terchenta sambil membawa pelbagai juadah, lauk pauk ke kampung Rembau..ini adalah demi menjaga imej ku yg berpestij tinggi sebagai menantu solehah di sana..lepas lepak rembau..kitaorg berdesup ke Port Dickson pulak..jumpa sedara mara (sedara belah ayah aku)kat sana pulak..petang skit, agak-agak dalam pukul 5.00 pm..aku,sang perchentaan dan Husna kembali ke rembau..kitaorg stay rembau sampai la ahad malam..raya sakan youuuuuuu!
Moga-moga syawal yang akan datang akan lebih bermakna, untuk kita bermaaf-maafan serta bergembira dengan saudara mara...
p/s: time raya, ramai tnya "bila husna nak dapat adik?" aku hanya membalas soalan itu dgn tersenyum malu sambil mengerling manja kepada suami terchenta..
Posted by lynnlyana at 10:24 AM 5 comments
Labels: Hari Raya
Tuesday, August 10, 2010
Puteri bersiram di laman
Puteri bersiram di kolam mini |
Mesti kene tgk die selalu. klu nak die jerit soh tgk. |
"ai yah! andi..andi..." |
Husna pelik jari berkedut. |
Best betul jadi budak kecik. Relekssss...... |
Esok dah start puase. Selamat berpuasa semua. Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Aku target lepas puasa ni berat badan aku maksimum 60kg. Lagi kurang lagi bagus. Sekarang ni ade dalam 65-66kg kot. Lame tak timbang. Semalam dan hari ni dah melantak makan tak ingat dunia kt opis. Opis aku buat pot luck lah. macam2 makanan ade. Perut dah macam nak pecah dah ni. Oklah...malam ni jgn lupe terawih. Mintak2 semangat malam ni berterusan sampai abis ramadhan ni. ;)
Kepade bini tersayang : pastikan abg sahur ye syg...kurangkan tahik mate mu.
Ok. setakat ni saje kali ni. Doakan kete kiteorang siap dengan cepat dan selamat digunakan. Selamat berpuasa!
Posted by areyoy at 4:22 PM 3 comments