Monday, July 25, 2011
Wajah kesayangan hamba
Posted by areyoy at 11:49 PM 2 comments
Wednesday, July 20, 2011
Bibik owhhh Bibik!
1 minggu keje, dia cakap dia mengandung. 'saya hamil, mana bisa kerja'. Baiklah, masa mula2 datang, cakap datang kotor. alih2 cakap dia mengandung. Dia cakap macam tuh, dengan harapan aku adalah sangat percaya kepada beliau. Baiklah.
Akhir kata, aku harap, aku dapat bebas dari cengkaman bibik..(perghhhh ayat!)..
Yeahh!!! aku boleh!!sang perchentaan boleh!!husna bolehhh!!
p/s: husna dah kenal A,B,C,E,I,H,G,M,N,O,P,R,W,V,T,Z. Aku rasa mainan yang hurup2 mcm dalam gambau tuh bagus lah. Sambil main, dapat belajar.. :) (tetibe je lari topic kejap.hehe)
Posted by lynnlyana at 2:02 PM 9 comments
Labels: Bibik
Wednesday, July 6, 2011
Susu Ibu Vs Susu Formula
suma susu ni telah direject oleh husna termasuk dutch lady danPediasure.
Setakat ini, aku rasa mcm tak tergamak lagi nak nak letak apa2 bahan, untuk berhenti menyusukan Husna. Aku rasa macam tak sanggup nak tengok muka husna kelat semacam bila aku letak Nescafe, atau apa2 yang seangkatan dengannya. Orang cakap, nak putuskan susu or bercerai susu badan, ibu kena kuatkan semangat. Masalahnya bab2 ini, aku hanya boleh kuatkan semangat paling lama pun 1 minit je.Last2 aku mengalah sbb terlampau tak sampai hati.Oleh itu, aku buat conclusion, aku pun masih belum bersedia utk bercerai susu dengan Husna. Ntah kenapa, aku rasa, saat2 menyusukan anak adalah moment yang sangat indah dan aku sayang nak tinggalkan.
Percubaan husna minum susu formula pada minit pertama (sila abaikan jejaka tersebut)
Persoalan yang selalu datang dalam fikiran aku adalah ,’adakah cukup bekalan kalsium,protein,DHA,B,atau apa2 vitamin yang sewaktu dengannya untuk husna melalui susu aku tanpa apa2 tambahan daripada susu formula?’. Setelah buat beberapa pembacaan, aku mengambil keputusan untuk meneruskan penyusuan ini, sehingga, salah sorang dari kami, (aku or husna) bersedia untuk bercerai susu. Dan aku dpt rasakan, bila tiba masanya nanti, apabila salah seorang dari kami telah bersedia, itu akan menjadi moment yang paling sedih buat aku..
selepas 1 minit, tak luak sikit pun. 1 0z pun tak kurang. Last2 susu tu basi. Ini terjadi utk suma susu yang dicuba husna.
Untuk itu, aku harus kembali mengamalkan diet seimbang, dan mengambil makanan dan supplement secara consistent demi memastikan Husna terus mendapat susu yang berkualiti dari aku..Aku yakin ini adalah keputusan yang terbaik buat Husna dan aku. Aku takkan amik pedulik dengan kata-kata orang lain yang mempunyai pendapat yang bertentangan. Ini kerana, sebelum membuat keputusan ini, aku telah membuat pelbagai bacaan selama 2 bulan, dan aku yakin ini adalah keputusan yang tepat. Pada masa yang sama, aku akan terus train Husna untuk menerima susu formula..
Di office, aku kena gelar container susu dan kadang2 tangki susu. Mereka yang gelarkan aku itu adalah lelaki. Tapi acikkkk tak kisahhh punnn..mula2 dulu time husna baby, boleh la sentap2. Tapi sekarang mcm dah lali..Semuanya untuk mu anak.. :)
Husna dan Baby Insyirah. Mereka bukan setakat sepupu, malah mereka juga adik beradik susuan. Aku susukan Insyirah masa Adik ipar aku dalam pantang.. :) ..Hubungan tuh rasa sampai ke hati sanubari. Rindu dgn baby Insyirah nii.
Pengalaman menyusukan Insyirah juga adalah pengalaman yang indah. Ianya bukan setakat merapatkan hubungan aku dengan Insyirah, malah ianya juga merapatkan hubungan Husna dgn Insyirah, hubungan aku dengan adik ipar (Nadia), dan hubungan aku dgan adik aku (Hafiz).
Posted by lynnlyana at 4:15 PM 4 comments
Labels: breastfeeding jorney, susu formula, susu ibu
Monday, June 6, 2011
Persediaan awal utk melatih anak ke tandas
untuk minggu ke-3, kekerapan TERkencing menjadi kurang.Itu tandanya, dia sudah mula pandai mengawal pundi kencing. Setiap kali duduk di Potty ini, Husna pasti mengeluarkan 'hasil'. hehe

potty Husna.. :) (mentang2 le anak 1st..gambau potty pun i nak amik youu!)
Satu bulan sebelum Husna di train, Potty ni jadi alat mainan husna agar dia tau, Potty adalah tempat untuk kencing dan berak. Untuk langkah awal, purak2 belakon,kasi susu kat bear/mimi (patung husna).Lepas menyususu, bear mau kencing. Kemudian letak bear atas Potty. Kemudian, purak2 wash bear. (ala-ala bear dah settle kencing). Proses ini, buat la berulang-ulang tanpa jemu. Agar, anak tau, Potty adalah tempat buang air kecil dan besar. Dan selepas settle kena la ‘wash’ . Untuk anak lelaki, bolehlah gantikan bear tu dengan ultraman,batman,spiderman, atau apa-apa saja yang ‘man-man’. :)
Perlulah diingatkan bahawa, dalam konsep pembelajaran, tiada istilah TERCEPAT atau TERLAMBAT.Ianya adalah berkaitan samaada BERSEDIA Atau TIDAK BERSEDIA. Jika anak telah Bersedia, apakah strategi kita sebagai ibu bapa untuk menggalakkkan anak memulakan langkah seterusnya. Jika sebaliknya (anak masih TIDAK BERSEDIA), apakah pula strategi kita untuk bagi anak bersedia?
Untuk percubaan anak di peringkat awal, bukan ibu dan ayah saja yang harus memberikan sokongan moral.Orang2 sekeliling juga harus terlibat. Bergembira la dengan 'bahan buangan' yang berjaya dikeluarkan oleh anak sambil mengucapkan tahniah dan ciuman kasih sayang! Seperti ibunya, anak juga akan gila gembira apabila telah berjaya mengeluarkan 'hasil'. hehe
Bear-bear husna pun kasi sokongan dekat Husna..! Husna akan lebih bersemangat jika semua org bersemangat serta positive terhadap percubaannya. :)
Untuk sesiapa sahaja yang sedang Potty Train anak, sila lap air kencing atau kutip najis anak di lantai dengan senyuman yang paling solehah serta mithali sekali sebagai ibu atau ayah. hehe.
Posted by lynnlyana at 3:10 PM 4 comments
Labels: Melatih anak ke tandas, Potty train
Thursday, June 2, 2011
Aku dan si dia ..

Time Konvo.Masa ini tawakal je la.Kalau ada jodoh kita, adalah.Kalau tak dak, setakat inilah jodoh kita
Mula kenal sebagai kawan. Dari kawan mula la timbul perasaan sayang (chewah!).Jodoh itu memang Tuhan yang tentukan. Tanggal 2 jun 2007, kami di satukan..(pewit!pewit!pewwit!). Di university, dia ada motor merah, EX 5 kalau tak silap. Aku adalah budak yang baik gile. Sepanjang berchenta, tak pernah naik moto bersama-sama dia. Nak dating I naik bassss you….Solehah tak aku? Hehe

Berchenta di Library. Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dalam kenangan..
Selama 4 tahun berkahwin, si dia mengajar aku mengenali erti suami. Tempoh 4 tahun berumah tangga adalah tempoh yang masih singkat dan mentah. Memang banyak lagi yang perlu aku dan dia pelajari dan perbaiki. Aku harap rasa kasih, sayang dan cinta aku terhadap sang perchentaan ku bucuk macham akan bertambah dari hari ke hari. Aku harap juga dia pun turut ada perasaan yang sama terhadap aku. :) amin..

Aku tak suka pakai kasut high heels.Tengok kaki aku time bersanding.Aku rasa dia dah faham apa yg aku suka dan apa yang aku tak suka. :)
Yang peliknya, dia boleh ketawa berdekah-dekah time aku mengamuk sakan! Dia hanya cakap “alahai sayang…macam mane la rupe abang nanti kalau abang buat teknik rebonding! Tak sanggup abg nak tengok muka abang kat cermin nanti..” dia cakap mcm tuh sambil terkekek-kekek ketawa.
Aku rasa, kalau laki-laki lain, dah lama dah aku kena tempeleng kot. Mesti dah lama mulut aku senget.
Dia lah lelaki yang paling cool yang pernah aku jumpa setakat ini. (ecececece! Kasi le i chance berjiwang-jiwangan. Hari ini kan anniversary i …) hikhikhikhik..
Hari ini hari pertama sang perchentaan di tempat kerja yang baru.Aku doakan semuanya dipermudahkan olehNya.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke 4 sayangku! Moga Allah merahmati kita sekeluarga..
Moga-moga juga, kita dapat menambah bilangan ahli keluarga (Mode:senyuman manja, Posing menggoda! awww!)
Amin…
Posted by lynnlyana at 3:20 PM 4 comments
Labels: anniversary
Wednesday, May 25, 2011
29..
Hari ni 25 may hari jadi aku..syukur masih lagi bernafas di bumi Allah ini..mati2 aku ingatkan birthday aku esok=khamis..hidup baru nak lega..fikiran baru nak rasa lapang..utk report thesis,baru je hntr buat hard cover bind..mintak2 lulus la..amin..
Setelah 2 tahun hidup terkejar-kejar..tido tak cukup..bilik besepah-sepah..makan tak tentu masa,akhirnya sampai jugak aku kt peringkat ini..klu lulus suma,maksudnya aku akan totally merdeka..klu tak lulus..alamatnya,terpaksa la repeat..
Adik ipar aku,skng kat labour room..aku skng kt spital,dengan sang perchentaan,husna,mak n ayah..tak sabar nk tgk kehadiran org baru dlm keluarga ini..mudah2han suma selamat..sekarang dh bukak 7cm..klu ade rezeki, berkongsi tarikh lahir la nmpknya baby baru dgn maklongnya.sang perchentaan ckp,jimat skit kek..hehe
13 may lepas,genap umur husna 2 tahun..ini bermakna,sudah dua thn husna minum susu ibu.. :) alhamdulillah..syukur Tuhan,Kau permudahkan segalanya..sejak semalam,husna dh di train tak pakai pampers..(Waktu siang je la)..utk 1st day,7x tukar seluar akibat terkencing..1x berjaya pegi ke toilet utk settlekn urusan..utk hari ni,husa menunjukkn improvement.dia dah pandai bgtau bila nk kencing dan 1 seluar pun tk basah utk hari ni..Tapi ibu dia penat la.asyik kena tnya setiap 15 min.. :) tak pe lah..ape2 pun tahniah anak!esok kita cuba lagi!
Harap2 esok pn ade improvement..kalau tk de improvement tk pe la nak,janji kita cuba.. :)
Untuk susu formula pertama husna,aku dah amik beberapa sample..setakat ni husna reject anmum..nnt try utk frisco..aku nk try s26 tp aku carik tanda halal tk de la pulak (ke aku tk nmpak)..lps ni nk try enfagrow n dutchlady harap2 jumpe la susu yg sesuai utk husna nnt..
Utk sang perchentaan..I always luv u..(Alhamdulillah,dia dah dapat pindah di melaka by next week) yeaa!!moga2 rezeki kita akan bertambah murah lepas ni..dan segala urusan akan dipermudahkanNya..
Utk ibu2..rasanya,masih tk telambat utk wish selamat hari ibu.ade seorang sahabat rasulullah sentiasa memangku ibunya yg dah lama sakit..satu hari dia bertanyakan kepada Rasullullah 'Ya Rasulullah,adakah apa yang aku buat ini berbaloi?' Lalu Rasulullah menjawab "apa yang kau buat sekarang ini (yakni menjaga serta memangku ibunya yg sakit) tidak sama dengan 1 hembusan nafasnya sewaktu ibumu melahirkan dirimu"
Subahanallah! Tingginya pengorbanan seorang ibu..
Hanya ibu memahami ibu!!
Posted by lynnlyana at 11:36 PM 3 comments
Labels: birthday, Husna, Mother's day
Tuesday, April 12, 2011
Dugaan..
aku rasa sejak2 ni macam2 dugaan lah..masa dah semakin suntuk..macam-macam benda tak settle lagi..project paper baru sampai phase edarkan questionnaire..aku buat psl learning..aku rasa tajuk dia interesting..nanti kalau ada kelapangan, aku akan share kan sini..
bibik aku yang aku ceritakan kat entry ni dan ni, aku dah hntr balik hari isnin lepas..flight dia ke jogjakarta pkul 7 am..so subuh-subuh adam,pkul 3 am kitaorg bertolak ..2 hari sebelum dia bertolak, aku ajak dia pegi shopping dulu..untuk dia beli buah tangan keluarga dia..setelah 2 tahun berkhidmat, jaga cuna, tiba masanya untuk dia pulang..harap2 cuna OK lah..dan harap2 jugak, cuna ok dengan bibik baru..risau aku...ape2 pun aku berterima kasih kt bibik ni..
husna baru baik demam.1 minggu dia demam.ala2 semput..dada dia bebunyi macam air mengelegak tuh.2 malam aku tak tidur...alhamdulillah Husna dah semakin ok.
bibik baru kena hantar pulang indon next week. dia ada tiroid.leher dia bengkak.setakat ni, keja dia ok lah..dan aku puas hati..baik, dan semayang..tapi mcm tak sampai hati pulak tengok dia ala2 macam sesak nafas kalau penat..dia kalau penat, lehernya keras, dan akan rasa tercekik..risau pulak nak tinggalkan dia berdua dengan husna.So,aku dan sang perchentaan decide utk hantar dia pulang, buat operation dulu..kalau dah sihat nanti leh contact aku balik untuk kerja.
Aku buntu lah..next week bibik dah hantar balik, sape mau jaga husna? aku survey2..taska leh hantar seawal 7.30 am. dan boleh amik budak pkul 5pm..selalunya kalau balik kerja,aku sampai paling awal pun pkul 7pm..kesian anak aku..huhuhu..tengok la macam mana nanti nak handle.makin lama pikir,kepala makin pening dan serabut..
Budak yang semakin becok.hobi dia asyik nyanyi dan bercerita je.Cakap pun dah butir.ayat pun dah penuh.'Bu, tolakkan beskal una bu..', 'ayah jom main bola nak?' chomelnye suare die.. :) selalu buat ibu rindu..lps ibu abeh blaja, kita pegi jalan2 eh bucuk ??
aku present thesis on 7th May. Tadi boss call aku. dia nak f2f meeting in early May.ape aku nk update kat dia ni??progress keja sangat slow...besilat la aku nk jawab suma soalan dia nanti..boleh ke aku manage ni? aku tak mo extend study! aku pun tak mo performance keja aku terganggu..tak mo!tak mo! ...Adeii!!
sejak 1 bulan ni, mata aku mcm semakin kabur..kepala pun asyik pening.tadi 1 hari aku tak buat ape pun kerja kt opis.sbb aku macam tak boleh nak tengok skrin.mcm suma huruf tuh bersambung-sambung.tak dapat nk baca.dah lebih 1 minggu gak aku jalan macam tak jejak tanah dan tak nampk orang. bape orang ntah aku dah terlanggar time berjalan. Kenapa dengan aku ni?rabun semakin teruk kah? ke aku dah terlampau penat??
p/s : aku nak tidur..tapi tak boleh tidur, sebab hati runsing. mak cakap,mengadulah segalanya kepada Dia kerana Dia maha mendengar...
Ya Allah, Berikan lah kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini..tunjukkan lah aku jalan, untuk hilangkan akan segala kebuntuan..permudahkanlah segala urusanku, wahai Tuhanku yang Maha Pengasih dan yang Maha penyayang... amin..
Posted by lynnlyana at 11:45 PM 3 comments


